“Abang…”Aisyah mencari suaminya. Dengar bunyi kereta diparking di luar tadi, tapituannya entah hilang ke mana. Kini dia sudah 2 bulan duduk serumah dengansuaminya dirumah mereka dan kehidupan mereka bahagia sahaja. Althaf melayan diabaik, sungguh dia bersyukur dengan takdirnya sekarang.
“Baa!”Althaf memeluk Aisyah yang berbadan dua itu. Aisya menepuk bahu Althaf, “Ish!Abang ni, terkejut Aisyah dibuatnya.”
“Alolosayang comelnya merajuk.” Pipi bulat Aisya kini yang semakin berisi dicubit-cubit.
“Abangmulai esok, setiap Jumaat-Ahad akan pergi ke Johor. Ada projek yang perludiuruskan di sana.”
“Alhamdulillah,abang. Buat yang terbaik dan Aisyah doakan semoga urusan projek abang disanadipermudahkan. Please don’t naughty.” Aisyah mencuit hidung suaminya.
“Abangminta maaf sebab tak boleh bawa Aisyah disana. Abang stay sana pun dengan memberofficemate yang bujang. Kalau ada rezeki lebih sedikit, kita pindah sana ye.”Pujuk Althaf, dia tidak mahu isterinya terasa. Maklumlah, sebagai suami diatidak sepatutnya meninggalkan isterinya sendirian di rumah waktu-waktu nakdekat dengan due date begini. Tapi, hatinya tak perlu risau sangat keranaumminya dan ayah mertuanya ada untuk melihatkan keadaan Aisyah.
Alhamdulillah,lepas kes dia putuskan untuk tidak meneruskan perkahwinannya dengan Mayahubungan Aisya dan umminya baik dan semakin rapat sebelum ini.
Malamselepas mereka menunaikan solat Isyak berjemaah, Althaf sedang berbaring dikatil mereka sambil melihat isterinya yang lincah mengemaskan dan menyediakanbegnya. Dia melihat wanita tabah itu dari rambutnya yang ikal panjang, mukayang bujur sireh, dengan mata bulat berwarna hijau tambah seri dengan lentikanbulu mata yang panjang dan lebat, turun pula ke hidung mancung macam orang Arabdan bibir yang merah bak delima. “Amboi, menikmati indahnya ciptaan Allah ke,bang?” Teguran Aisyah menerbitkan senyuman di bibir Althaf.
“Macammanalah abang nak tinggalkan isteri abang sorang dekat sini? Tak sampai hatipula.”
“Abang,jangan risau baby dengan Aisyah faham. Kan anak ummi?” Aisyah mengusapkandungannya yang kini berusia 8 bulan. Rasa tak sabar pula menunggu lagisebulan menanti kehadiran cahaya matanya ini hadir ke bumi. Tiba dia rasa adatendangan dari dalam kandungannya.
“Abang,he kicks.” Teruja sungguh Aisyah.
Althafmenekap telinganya di perut isterinya. Lalu, dia cium di tempat yang sama. ‘Maafkanabi. Kalaulah ummi tahu apa yang abi lakukan, pasti ummi tidak dapat maafkanabi. Anak abi, maafkan abi.’ Bisik Althaf.
Aisyahmemberanikan diri membelai rambut suaminya. ‘I love abang. Always love you.’
Salam readers. Kalau nak update malam ni sila komen ^_^. [email protected]