Alhamdulillah,lepas 2 3 hari. Demam Aisya kebah.
Sudahmasuk 9 bulan dia menjadi isteri kepada lelaki bernama Muhammad Amier Althaf.Makan pakai suaminya sudah dijaga sebaik mungkin. Dimata keluarga mereka, diasudah menjadi isteri yang baik kepada Althaf. Tapi, tidak dengan kata sebenar.Althaf lansung tidak menyentuhnya dan dia masih tidak tahu kenapa. Nak kata adaperasaan terhadap Masha, tidak, sebab adiknya sudah berumah tangga dan merekajuga rapat seperti abang dan adik. Dia melihat kereta Althaf sedang diparkir digaraj. Suaminya keluar dari perut kereta.
Begpakaian suaminya disambut. Althaf merupakan seorang pilot. Sudah 2 tahun diamembawa kenderaan besar itu terbang di langit. “Thaf, ni air. Minum ye.” Gelasdisambut. Kenapa dia rasa suaminya agak dingin kepulangan kali ini. Ada salahapa-apa ke yang dia buat atau masalah ditempat kerja. “Saya penat, saya naknaik.” Beg bimbit ditanganku direntap kasar. Gelas air juga diletak kasar dimeja kaca. ‘Ya Allah apa salah telah aku lakukan kali ini?’
Ketikadia keluar mandi ingin bersiap menunaikan solat maghrib bersama Althaf, dialihat Althaf sedang pun sujud menunaikan solat maghrib. Hatinya kecewa, tapidibiarkan. Kemudian, Aisya menunaikan solat Maghribnya sendiri. Salam diberi.Althaf duduk disisi tilam, dia melangkah ke arah suaminya. “Thaf, nak salam.”
“Sayalapar, sediakan makan. Lepas tu saya nak tidur. Penat.” Althaf keluar daribilik mereka.
TerdudukAisya dilantai. Kecewa dan sedih dengan layanan Althaf. “Bangun Aisya. Layansuami. Ingat, sentiasa mencintai dan menyayangi dia. Ujian je ni.” Kata Aisyamemberi semangat pada diri.
Mejamakan terasa sunyi kali ini. Sebelum ini, pasti dia dan Althaf berborak ataumengusik. Tapi, kini tidak.