Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,030,713
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4 - Dia kata I Love you

Seperti yang dijanjikan siang tadi, tepat pukul 6.00 petang aku mencapai tas tangan di atas katil dan bersedia untuk turun ke lobi. Sebelum turun dari katil sempat aku menelek diri di hadapan cermin.

“Hmm...dah cantik lah kot.” Aku berkata sendiri sambil mataku menyorot ke arah dress bercorak polkadot yang aku sarung sebentar tadi.

Aku sarungkan kasut tumit tinggi warna merah yang aku pakai semalam, kunci pintu dan terus masuk ke dalam lif. Sampai di lobi, mataku terus tercari-cari kelibat Encik Pilot tu. Aku berjalan ke arah sofa di bahagian kanan lobi dan aku lihat dia sedang duduk di sana. Lengkap berkot serba hitam. ‘kacak jugak lelaki ni’ Sempat aku memuji.

Aku mempercepatkan langkah mendapatkannya. Menyedari kehadiranku Firqin terus bangun. Lama dia memandang aku sambil kedua belah tanganya berada di dalam poket seluarnya.

“Saya nampak okay tak? Baju ni saja yang ada dalam beg saya.” Kataku.

“Okaylah daripada tak ada.” Balasnya.

Aku sekadar mencebik. “Jom lah. Kat mana tempat tu?”

Dia menahanku. “Ariana kejap. Duduk dulu.” Pintanya.

Firqin duduk di sebelahku. Tangan kanannya mengeluarkan sesuatu dari kotnya. Sebuah kotak baldu berwarna biru. Dia membuka kotak itu dan aku lihat seutas gelang tangan berwarna perak berbatu berlian terletak elok di dalam. Sangat cantik, aku terpesona melihatnya. Rekaannya nampak anggun dan eksklusif. Tapi gelang ini untuk siapa? Aku?

Aku memandang wajah Encik Pilot. Menunggu jawapan. “Gelang ni pernah jadi milik Amera. Saya nak awak pakai malam ni.” Katanya sambil memakaikan gelang itu di pergelangan tanganku.

Aku ketawa. “Oh...ini salah satu cara nak buat ex girlfriend Encik cemburu lah ya. Biar Amera tu rasa yang saya ni orang penting dalam hidup Encik. Macam tu? Saya ingat ni hadiah untuk saya tadi.” Kataku.

“Saya bagi awak pakai saja. Bukan jadi milik awak lah.”

Aku tahulah. Takkan gelang istimewa seperti ini senang-senang dia nak bagi pada orang. Pasti ada ‘special moment’ anatara dia dan Amera yang berkaitan dengan gelang ini.

“Hai untung lah badan dapat gelang cantik macam ni. Diamond pulak tu!’ Aku suakan gelang itu di hadapan mukanya.

“Saya tahulah bukan untuk saya. Tapi kalau hilang saya tak bertanggungjawab ya. Encik yang bagi saya pakai ni.”

“Awak tak perlu risau pasal gelang tu, risau role awak malam ni sudah.” Dia seakan-akan menjelingku.

‘Eee....geramnya! Ingat aku hadap sangat ke dengan benda ni. Tahulah nanti aku nak buat apa. Tunggu.’ Kutukku dalam hati walau bibir masih tersenyum.

Dia terus bangun meninggalkan aku menuju ke arah pintu utama.

“Tak gentle langsung!” Kutukku geram.

Aku mengekori dia dari belakang. Sampai di depan pintu lobi, aku ternampak Firqin bersalam dengan seorang lelaki yang baru masuk. Aku mendekati dan berdiri di sebelah Firqin. Lelaki seakan chinese look tu senyum memandangku.

“Who is this beautiful lady?” Soal lelaki berambut hitam itu kepada Firqin namun matanya tidak lepas dari memandang wajahku.

Firqin tidak menjawab pertanyaan lelaki itu malahan dia pula yang memperkenalkan lelaki itu kepdaku.

“My cousin, Adam.”

“And Adam this is Ariana.”

Adam memandang kami dengan rasa curiga. “Takkan kenalkan nama aje Abang Kin.” Ujarnya tersenyum-senyum.

“Oh saya bakal isteri dia.” Kataku selamba.

“No!” Sangkal Firqin. Dia merenungku tajam.

Actually  yang mana satu betul ni?” Adam mencelah.

Aku ketawa. Memang buat-buat lah ketawa aku tu. “Apa ni sayang...takkkan dengan sepupu sendiri pun you nak berahsia.”

Firqin mengetap giginya. Aku tahu dia geram dengan tindakan beraniku.

Wajah Adam sudah tentu kelihatan tertanya-tanya ketika itu.

“Okay Bro...I see you later. We got to go. Nanti aku datang bilik kau.” Firqin menepuk bahu sepupunya itu. Beralasan untuk tidak menjawab soalan sepupunya. Aku ketawa geli hati. Tapi dalam hati aje lah.

“Jom.” Ajak Firqin dengan nada suara yang ditekan. Tahan geram.

Aku mengekorinya ke luar. Dia membukakan pintu kereta untukku.

“Cousin you handsome!” Pujiku sambil mataku masih lagi memandang ke arah Adam yang masih menunggu hingga kereta yang dipandu Firqin beredar.

“Whatever.”Firqin menutup pintu kereta. Nadanya bagaikan tidak puas hati.

‘Huh jeles lah tu.’ Tapi bukan aku nak katalah kan Adam ni memang lagi hensem daripada mamat berlagak yang duduk sebelah aku ni.

Dia mula memandu keluar dari kawasan hotel. Beberapa keluhan kedengaran keluar dari mulutnya. ‘Padan muka kau, mesti rasa bengang kan. Macam tu lah aku rasa bila kau paksa aku berlakon jadi bakal isteri.’ Aku berkata-kata di dalam hati sambil mataku sesekali mengerlingnya.

“Are you crazy? Apa yang  Adam tu akan fikir bila you cakap macam tu tadi?” Marahnya.

“Apa yang salahnya? Saya rasa okay je. Bukan awak sendiri ke yang kata malam ni saya kena berlakon jadi bakal isteri awak. Ni saya tengah jalankan kerja lah ni.” Jawabku dengan rasa tidak bersalah. Pura-pura tidak tahu.

“Tapi cuma depan Amera je. Tindakan awak tadi pasti akan menyusahkan saya punya. Kalau cerita ni sampai kat telinga Aunty saya, tamat lah hidup saya.” Merah padam wajahnya.

“Sorry...” Kataku. Malas mahu panjangkan cerita.

Diam antara kami. Tiba-tiba aku teringat sesuatu, lantas aku ajukan soalan itu kepadanya.

“Encik takut kena paksa kahwin ya?”

Aku memandang wajahnya. Merah padam mula tahan malu. Tak tahan melihat reaksi wajahnya sebegitu, meledak ketawaku.

“Hahahahaha....biasa perempuan yang kena paksa kahwin, yang lelaki saya tak pernah jumpa lagi. Aduh kelakarnya. Encik malu ya.” Aku sengaja menyakatnya.

Dia menjelingku. Mati ketawaku. Nampak marah benar dia apabila disakat sebegitu olehku. Aku berdehem beberapa kali sebelum meminta maaf. “Sorry.”

Lebih kurang dua puluh minit selepas itu, Firqin membelokkan kereta yang dipandunya memasuki kawasan deretan kedai. Tidak lama kemudian, dia memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restroran yang nampak eksklusif. Aku turun dari kereta dan mengekorinya menyusuri laluan yang terletak di tepi restoran itu.

“Pantai...” Aku berteriak. Aku terus berlari ke arah pantai. Ya Allah, cantiknya. Pemandangan matahari terbenam ketika itu sangat memukau pandangan mataku. Langit berwarna jingga, begitu juga dengan warna air. Ditambah dengan pasir berwarna putih, kalau ikutkan hati masa tu juga aku nak baring di atas pasir.

Memang sejak dari pagi lagi aku dah bercadang nak ke kawasan pantai, tetapi mood aku hilang selepas berjumpa dengan Encik Pilot yang meluatkan aku tu. Ditambah dengan permintaannya yang tidak masuk akal dan menyakitkan hati aku.

Aku berlari ke kawasan gigi air. Lupa terus akan lakonan candle light dinner malam ini. Keriangan aku dibawa pergi oleh satu suara.

“This way Miss. Sekarang bukan masa untuk main air.” Lelaki itu kelihatan tidak sabar.

Aku menoleh ke arahnya. Lalu sebuah senyuman aku hadiahkan padanya. “Macam mana Encik tahu yang saya nak sangat ke pantai?”

Dia berjalan mendekatiku. “Jangan nak perasan boleh. Sekarang boleh kita ke sana Cik Ariana?”

Aku mencebik. “Ish...tak gentle langsung!” Kutukku sambil menjelingnya.

“Apa awak cakap tadi? Dia memandangku tajam.

“Tak ada. Saya cakap jom kita ke sana.....”Aku senyum buat-buat.

Entah macam mana aku tiba-tiba hilang imbangan ketika berjalan di atas pasir. Kasut tumit tinggi yang aku pakai menyukarkan aku untuk melangkah.

“Arrh...” Aku hampir terjatuh ke belakang. Namun lelaki itu sempat menarik tangan kananku. Aku terdorong ke depan. Jarak antara kami begitu dekat ketika itu. Mata kami saling berpandangan. Aku dapat rasakan jantung aku ni seakan-akan berhenti bedegup ketika itu. Terasa aku berada di alam dimensi lain.

Namun dimensi itu hilang dibawa pergi oleh satu suara.

“Kin...what are you doing here?” Soal seorang wanita yang berdiri tidak jauh dari kami.

Aku dan Firqin sama-sama menoleh ke arah suara itu. Tiba-tiba aku rasa tubuhku ditolak. Aku terkejut. Aku memandang lelaki itu geram.

“Amera...”

Aku memandang Encik Pilot dan wanita itu silih berganti. ‘Okay, ini rupanya Amera. Emmm...biasa je orangnya. Kalau nak dibandingkan, aku lagi cantik .’ Omelku geram.

‘Okay Maya....ready, camera, action!’ Hatiku berkata.

Aku terus tersenyum ceria. Lantas aku memeluk tangan kanan lelaki itu. Memandang wajahnya sebelum mataku beralih ke arah Amera.

“Siapa ni sayang?” Ujarku. Sengaja bernada manja.

Aku nampak wajah Amera sedikit berubah sebelum matanya beralih memandang Firqin.

“Errr....Amera, Ariana. Ariana, Amera.” Tergagap-gagap Kin memperkenalkan kami berdua.

Aku menghulurkan tangan kepada Amera namun dia menyambutnya seakan acuh-tidak acuh saja.

“You tak pernah kenalkan Ariana pada I pun Kin? You sangat berahsia sekarang ni.” Amera senyum namun nampak sangat buat-buat.

“Emmm...iya ke I tak pernah kenalkan pada you. She is pretty right?”

Amera senyum namun dia sempat menjelingku.

‘Whatever.’ Kalau cantik tak apa, lepas tu berlagak sombong pula.’ Kutukku di dalam hati. Bengang.

“Jom dinner sekali. Tak sangka jumpa you di sini. Danial dah tunggu. Itu pun dia.” Aku hanya memandang seorang lelaki mendekati kami yang datang-datang terus memeluk bahu Amera. Namun mata dia nampak bersinar-sinar ketika memandangku.

“Danial kenalkan ini kawan I...Kin.” Amera ambil peranan sebagai tuan rumah.

“And she is....”Danial menghulurkan tangannya kepadaku.

Aku tidak menyambutnya. Aku terus kepada fokus malam ini. Berlakon dengan sebaik mungkin. Biar nampak natural. Itu pesan Firqin kepadaku siang tadi.

“I Ariana....Firqin’s fiancee and his wife to be. Nice to meet both of you.” Aku memandang mereka berdua sebelum mataku beralih kepada wajah lelaki di sebelahku yang nampak begitu pucat. Nampak sangat dia yang tak reti berlakon. Tadi bukan main lagi dia nasihati aku!

“Your fiancee? I tak tahu pun you dah bertunang, Kin.” Amera menyoal.

Lelaki di sebelahku ini diam seribu bahasa. Muka pucat. Mulut terkunci. Sudah...

Aku memeluk lebih erat lengannya. Lalu aku menjawab bagi pihak Firqin.

“Siapa tahu tu tak penting kan sayang. Yang penting we love each other very much right?” Aku menguntum senyuman yang paling manis.

Firqin memandangku sebelum mengangguk. “I love you Ariana...” Katanya selamba. Spontan!

Membulat mataku memandangnya sambil otakku menghadam kata-katanya sebentar tadi. Pipiku terasa panas ketika itu.

‘What?Apa yang harus aku jawab ni?’ Hatiku menyoal hebat.

Aku mengerling Amera dan Danial yang seakan-akan tidak sabar menanti apa yang bakal keluar dari mulutku. Kalau aku kata ‘no’ atau ‘are you crazy’ nanti alamatnya sia-sia saja lakonan kami malam ini.

Aku kembali memandang wajah lelaki di sebelahku. Merenung anak mata coklatnya. Agak lama. “I love you too.” Balasku. Dia membalas senyumanku.

‘Okay....sekarang ni kenapa semuanya terasa real? Adakah perasaan aku juga real? Oh hati tolong sedar!’ Suara di dalam hati aku berkata-kata.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.