Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,030,804
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 19 - Still awake princess?

Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Aku lebih banyak berdiam sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Masih terbayang-bayang di kepalaku tentang kejadian di rumah Aklaml tadi. Setiap kata-kata Akmal terasa masih terngiang-ngiang di telingaku. Kata-kata Akmal tadi itu bagaikan menghiris-hiris hatiku. Rasa bersalah kembali menjalar di dalam hati. Satu keluhan berat aku lepaskan.

“Awak jangan banyak fikir sangat Maya. Get a rest okay. Balik nanti awak tidur awal sikit ya.” Firqin menasihatiku ketika kereta yang dipandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Firqin mengambil jaketnya yang terletak di tempat duduk belakang lalu diselimutkan ke atas tubuhku. Aku tergamam dengan tindakan spontannya itu. Aku terharu kerana dia terlalu prihatin terhadapku. Malahan dia melayaniku dengan begitu baik sekali semenjak kami berdua mula rapat. Tidak pernah aku rasa dihargai oleh lelaki lain sebelum ini seperti yang dilakukannya.

“Sejuk malam ni. Nanti you sakit pulak.” Katanya sambil dia menukar kelarasan penghawa dingin.

Aku mencuri pandang ke arahnya yang sedang fokus memandang ke arah jalan raya di hadapannya. “Kenapa awak pandang saya macam tu?” Soalnya. Tetapi matanya tetap fokus memandang ke hadapan.

Aku segera melarikan pandanganku ke arah lain. “Tak ada apa-apa lah. Mana ada saya pandang awak.”

Dia ketawa. “ Maya awak pandang aje lah saya tak marah pun. Lagipun percuma aje.” Makin menjadi dia mengusikku.

“Perasan!” Aku berpura-pura menjelingnya.

“Awak dah mula suka kat saya kan?” Firqin menoleh memandang wajahku. Dia bagaikan dapat meneka rahsia yang aku simpan di dalam hatiku.

“Ada-ada aje kan awak ni. Saya tak cakap apa-apa pun. Jangan perasan boleh tak. Suka sangat mengusik saya ya.” Aku cuba menidakkannya.

Firqin masih lagi ketawa. Seronok kerana dapat mengusikku. “Baiklah. Sekurang-kurang saya dah buat awak senyum. Kalau tidak tu monyok aje muka tu.”

Aku senyum. Di dalam hati aku mengiyakan apa yang dikatakannya itu. Sekurang-kurangnya dia membuat aku rasa sedikit terhibur dengan gelagatnya yang sentiasa ceria dan suka mengusik itu.

“Iya lah awak kena senyum sebab senyum tu satu sedekah. Cuba senyum kat saya sikit? Saya balas senyum awak tu awak dah dapat pahala.” Cadangnya.

Aku tergelak. Cadangannya itu ada makna. Bukan hanya nak dapat pahala semata-mata.

“Saya senyum lah sekarang ni.” Ujarku bila dia masih lagi tidak berpuas hati kerana aku tidak mengikut cadangannya itu.

Dia ketawa. “ Awak jangan risau ya. Saya akan tolong. Kawan awak perlu duit tu Sabtu ni kan. Kita pergi sama-sama rumah dia nanti.” Begitu yakin lelaki itu berkata-kata.

“Awak yakin ke nak bantu kawan-kawan saya tu?” Soalku masih tidak percaya.

“Betullah. Ya Allah...awak tak percaya ke. Saya betul-betul lah ni. Takkan nak main-main benda-benda penting macam ni. Sekarang ni awak cakap kat saya awak ada berapa ribu duit nak bantu kawan awak tu?” Lembut tapi tegas nada suaranya.

“Err...dalam dua puluh ribu ringgit.” Balasku teragak-agak.

“Yang selebihnya saya tambah.” Ujarnya selamba yang membuatkan aku terngangga. Biar betul apa yang aku dengar ni.

“Banyak tu awak. Awak biar betul ni. Firqin...saya tak nak menyusahkan awak.” Aku menolak.

Dia mengaris sebaris senyuman. “Untuk Dania dan Adib. Apa salahnya saya tolong.”

Tidak berkelip mata aku memandangnya. Tiga puluh ribu itu bukan jumlah yang sedikit. Mana dia nak dapatkan tiga puluh ribu ringgit tu. Takkanlah lelaki ini nak keluarkan simpanannya untuk membantuku melangsaikan hutang Akmal. Banyak sangat tu.

“Saya akan bayar balik nanti. Awak jumlah tu banyak sangat. Saya cari cara lain ya.” Aku rasa tidak sedap hati. Rasa bersalah kerana aku tidak sepatutnya melibatkannya di dalam masalah ini.

“Maya....tak perlu. Saya nak tolong. Tak ada sesiapa yang paksa saya. Nanti kita sama-sama pergi rumah Akmal hari Sabtu ni. Sudahlah, jangan fikir macam-macam lagi ya.”

Aku mengangguk. Akur dengan keputusannya. Lagipun masa yang diberikan untuk menjelaskan hutang tersebut pendek. Hanya tinggal empat hari saja lagi. Dalam jangka masa yang pendek ini di mana pula aku harus dapatkan RM 30 ribu ringgit itu jika aku berkeras menolak tawaran Firqin. Aku bersetuju apabila aku memikirkan nasib Norzie dan anak-anaknya. Aku bersyukur kerana masih ada lagi orang yang baik sepertinya yang bersimpati dengan nasib orang lain. Mahu menghulur tangan membantu.

“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih Firqin. Saya doakan awak semakin murah rezeki . Terima kasih kerana prihatin pada nasib kawan saya walau pun awak tak kenal pun siapa mereka tu.” Ucapku ikhlas.

“Sama-sama Maya.” Dia senyum.

“Sebagai tanda terima kasih, awak kena teman saya makan boleh? Ganti yang siang tadi tu. Saya lapar sangat ni.” Pintanya.

Aku mengangguk bersetuju. Tambahan markah dariku untuknya. Mungkin markah dari hatiku untuknya sudah mencapai 100%, cumanya aku saja yang tak mahu mengakui. 

Ketika aku sedang berbaring di atas katil sambil mengingati lelaki yang satu itu, Farhin masuk ke dalam bilikku. Meleret senyumannya memandang ke arahku.

“Maniskan cinta tu?” Ujarnya.

Berkerut dahiku. “Kau ni dah kenapa tiba-tiba masuk terus cakap ‘manisnya cinta kan?” Aku mengejeknya.

Farhin menolak bahuku. “Dah kau tu duk senyum sorang-sorang dari tadi. Kalau bukan tengah angau bercinta, apa lagi? Ingat Encik Pilot lah tu kan. Aku nampak tadi dia siap bukakan pintu kereta untuk kau lagi. Tunggu sampai kau masuk baru dia pergi. Korang tengah hangat bercinta kan? Mengaku sekarang Maya.”

“Mana ada.” Aku cuba sembunyikan rasa hatiku dari Farhin.

Telefon bimbitku berdering. Tanda ada pesanan masuk. Aku mencapai telefon bimbitku. Tersenyum apabila nama Firqin tertera sebagai penghantar pesanan tersebut. ‘Still awake princess?’

Aku terus tersenyum tatkala membacanya. Aku terkejut apabila Farhin tiba-tiba merampasnya dari tanganku. “Kan sah Encik Pilot. Amboi! Siap panggil kau princess lagi.”

Aku mengambil kembali dari tangannya. “Ein...jangan buat macam tu lagi. Respect my privacy please.” Kataku.

Farhin tersengih sinis. “Banyak lah kau punya respect. Kau buat aku boleh pulak. Aku tak kira nak tengok jugak mesej dari pakwe kau tu. Sharing is caring kan. Itu yang selalu kau kata pada aku kan. Cepatlah praktikkan.”

“Tak boleh.” Aku terus menyorokkan telefon bimbitku di bawah bantal. Aku berpura-pura tidur. Isyarat kepadanya untuk meninggalkan aku sendirian.

“Okay lah Maya...layan lah rasa indah tu. Semoga malam ni tidur kau ditemani oleh ‘dia’ di dalam mimpi sepanjang malam ya. Aku doakan untuk kau. Moga-moga dia lelaki yang kau nantikan selama ni.”

Aku membuka mataku. “Terima kasih Ein sebab doakan aku.” Aku bangun dari pembaringan. Aku mencapai tangan Farhin.

“Aku...aku...rasa aku dah jatuh cinta dengan Firqin.” Jujur dari hati aku akui.

Farhin bagaikan tidak percaya dengan apa yang aku katakan. Dia pula yang menjerit keriangan. Lantas dia memelukku. “Maya! Betul ke ni apa yang aku dengar? Syukur lah akhirnya terbuka juga pintu hati kau yang dah berkarat tu.”

“Sebab Firqin pegang kunci yang betul.”Jawabku yang ketika itu sedang tersipu-sipu malu. Aku rasakan yang Firqin sedang berada di depan mataku walau pun sebenarnya dia sedang berada di dalam khayalanku saja. Benarlah kata orang, cinta itu terasa indah rupa-rupanya. Kini aku mengakuinya.

“Habis kau dah beritahu dia?” Tidak sabar-sabar Farhin menagih jawapan dariku.

Aku menggeleng. “Aku tak berani. Aku takut nak akui yang aku juga sukakannya. Kalau dia tak suka aku macam mana? Tak dapat terima siapa diri aku yang sebenarnya? Kalau itu berlaku, mana aku nak letak muka aku ni Ein.”

“Mula dah nak rasa rendah diri. Buang jauh-jauh rasa tu boleh tak Maya? Mana tahu sebenarnya Firqin tu ikhlas nak berkawan dengan kau. Beri dia dan diri kau sendiri peluang untuk berkongsi rasa indah tu boleh. Kau tak perlu rasa takut Maya. Kau cantik, bijak, baik. Sempurna Maya. Ramai yang suka dan jatuh cinta dengan kau. Tapi kau tahu kan, hati kau pilih siapa?” Farhin memberi kata-kata perangsang kepadaku.

Aku tersenyum apabila jawapan kepada soalan yang terakhirnya itu muncul di benakku. Lelaki itu sedang senyum kearahku. “Dia baik sangat Ein. Dia dengan ikhlas nak bantu aku langsaikan hutang-hutang Norzie dan Akmal. Aku bersyukur kerana berkenalan dengan orang yang baik macam tu, cuma awal-awal dulu tu aje aku buli dia.” Aku tersenyum apabila bayangan kejadian di Auckland muncul di hadapan mata.

“Iya? Alhamdulillah syukur. Aku harap masalah kawan kau akan selesai dengan baik. Aku nampak yang dia lelaki yang baik. Jadi bila kau nak beritahu pada dia, perasaan kau terhadap dia? Aku pulak yang tak sabar-sabar ni.” Ujar Farhin.

“Sabtu ni. Lepas kami tolong selesaikan hutang Norzie tu. Aku harap Firqin gembira bila aku katakan yang aku juga sukakan dia. Atau yang paling tepat aku dah mula sayangkan dia.” Aku mengaku jujur dari hati.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.