Home Novel Cinta CINTA PERTAMA
CINTA PERTAMA
Melissa Lee
11/12/2019 10:03:00
130,042
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Hati Melissa bagai dicuit-cuit untuk mengenali lebih mendalam jejaka bernama Fariz yang merupakan rakan kepada dua orang rakan baiknya, Azwa dan Fairuzah.

"Apa kata kalau dia jadi kawanku juga?" 

Hati nakal Melissa berkata-kata.

"Jah, hmm..boleh aku tanya sikit tak?"

 Melissa memulakan bicara petang itu dengan berhati-hati agar rakannya itu tidak salah faham.

"Apa dia?"

"Hmm..Pasal kawan kau yang nama Fariz tu.."

Bicara Melissa tersekat-sekat, bimbang disalah erti Fairuzah.

"Ha ah..kenapa dengan dia?" 

Fairuzah memandang mata Melissa yang nampak serba salah. Apa kena minah ni?

"Kau...jangan cakap kau dah tersuka kat dia, Lisa." 

Fairuzah seolah-olah mengesyaki sesuatu.

"Kenapa? Tak boleh ke?" 

Melissa sengaja menguji Fairuzah.

"Jadi betul lah kau dah jatuh hati kat dia?" 

"Aku tak kata pun.. cuma aku nak kenal dia...boleh tak? Dia OK tak budaknya?" 

Melissa menyusun kata dengan berhati-hati.

"OK je cuma banyak cakaplah. Dia jenis budak study dan selalu pergi masjid tau." 

Cerita Fairuzah bersungguh-sungguh.

"Sungguh-sungguh kau cerita pasal dia. Kau pun suka dia ke?" 

Melissa mengusik.

"Mana ada. Kan aku dah ada 'ustaz' pilihan aku," balas Fairuzah lagi.

"Jadi, bolehlah kau bagi aku phone number dia.."

"Yelah..tapi kau jangan cakap aku yang bagi..."



Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee