Home Novel Cinta CINTA PERTAMA
CINTA PERTAMA
Melissa Lee
11/12/2019 10:03:00
130,092
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

FORUM Perdana Ehwal Islam berjalan dengan lancar. Ramai juga pelajar-pelajar KUTKM dengan sukarela mengorbankan masa rehat mereka untuk memenuhi perkarangan masjid Al-Azim. Dalam kesibukan mengharungi dunia kampus, bukan senang untuk menarik individu bergelar mahasiswa untuk sudi meluangkan masa bagi pengisian rohani. 

Kadang-kadang mereka ini lebih suka berpoya-poya bersama teman-teman di pusat hiburan, berpeleseran di pusat membeli belah, menonton wayang dan lain-lain. Betapa semakin nipisnya nilai keagamaan dalam hati anak-anak muda kini. Melissa pun bukannya baik sangat. Jarang menghadiri majlis agama dan cuma apabila mempunyai kelapangan barulah turun solat berjemaah di surau hostel. Itupun berdua bersama dengan Fairuzah.

"Kau dah selesai makan? Kalau dah, jom balik. Bas dah tunggu sana."

Fairuzah di sebelah mencuit bahu Melissa. Peserta-peserta yang hadir ke program agama tersebut telah dijamu dengan Nasi Tomato setelah selesai sesi ceramah.

"Okey, kejap. Aku nak buang bekas polisterin ni. Sini, aku tolong kau buangkan kau punya. Kau pegilah basuh tangan dulu. Kang aku follow.

Melissa mencapai bekas polisterin yang berada di tangan Fairuzah dan membuang ke dalam tong sampah berdekatan. Kemudian mereka berjalan keluar dari perkarangan Masjid Al-Azim menuju ke arah bas yang telah sedia menunggu.

"Fairuzah!" 

Tiba-tiba kedengaran satu suara lelaki. Mereka sama-sama menoleh. Di seberang jalan sana, seorang jejaka berbaju Melayu kuning cair melambaikan tangan. Melissa menoleh kepada Fairuzah.

"Kawan kau ke?" 

Bersama degupan jantung yang mula berdegup kencang, Melissa bertanya Fairuzah. Jejaka itu lagi! Kebetulan yang selalu menyesakkan dada Melissa. Kenapa dia mesti selalu hadir di hadapanku? Ah, senak dada memikirkannya.

"Wei, Fariz! Kau pun datang ke?" 

Fairuzah bertanya sambil tersengih. Jejaka itu masih di seberang jalan.

"Wah, kau dah sombong lah sejak dah tukar course ni." 

Jejaka bernama Fariz itu mengusik. Melissa memerhatikannya. Ya Allah, tenangnya wajah dia..

"Mana ada. Busy lah," Fairuzah membalas.

"Weh, kau ambik nombor telefon aku ni. Nanti senang nak contact. 0.1.9.7.7.3.7.8.4.4." 

Fariz menyebut nombor telefon itu satu persatu manakala Fairuzah terburu-buru menekan-nekan keypad telefon bimbitnya.

"Aku kena pergi ni. Bas aku nak jalan dah tu. Bye. Assalamualaikum." 

Fariz berlari-lari menuju ke pintu bas KUTKM.

"Hmm..kawan sekelas aku dulu. Masa sebelum aku tukar course.



Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee