Home Novel Cinta JANDA HOT ILYAS FAKHRI
JANDA HOT ILYAS FAKHRI
Aira eddy
19/12/2024 15:14:40
908
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

BAB 9

Selesai sahaja bersarapan pagi, keluarga Ilyas Fakhri dan Lila Aminaberkumpul di bilik bacaan. Ilyas Fakhri sudah bersedia dengan hujahnya manakalaDatuk Muiz sudah sedia dengan starteginya. Datuk Khalid, Datin Maimun dan DatinSalina diam menanti Datuk Muiz memulakan kata.

“Papa dah buat keputusan, Iyas dengan Lila tak boleh berpisah”

Dada Ilyas Fakhri berombak lantas berdiri menghadap muka papanya.

“Sabar dulu. Bagi Papa jelaskan semuanya.”

Ilyas kembali duduk. Yang lain hanya senyap menanti butir kata DatukMuiz.

“Nek Na ada jumpa dengan Papa, yang dia akan serahkan 10% saham KhafHolding pada keluarga kita kalau…

Ilyas Fakhri menanti jawapan papanya.

“Kalau kamu dapat anak.”

“What?!”

Ilyas meraub wajahnya. Datin Salina pulak mengucap panjang. Datuk Muiz menenangkananaknya dahulu dan menyambung lagi ayatnya.

“Kalau anak yang lahir lelaki, dia akan serahkan 20% saham tu pada kita.Ini bermakan 100% saham tu akan jadi milik kita”

Ilyas Fakhri sudah tidak senang duduk. Kaki bingkas bangun dari kerusi.

“Ini semua tak masuk akal Pa. Iyas dah tak nak terlibat lagi dengansemua ni! Lagipun semua orang kat sini tahu yang Iyas ni mandul!”

Datuk Khalid, Datin Maimun dan Lila Amina menelan air liur. Mereka yangmemalsukan saringan kesihatan Ilyas Fakhri semata – mata Lila Amina tidak mahu mempunyaiketurunan bersama Ilyas Fakhri disebabkan ketika itu dia sedang bercinta dengankekasihnya.

4 tahun Lila Amina memakai alat pencengah kehamilan kerana risau IlyasFakhri akan tidur dengannya. Namun sangkaannya salah bila Ilyas langsung tidakmenyentuhnya. Lila pula yang jadi terhegeh – hegeh bila pandang tubuh IlyasFakhri yang hot tu.

Suasana bilik bacaan semakin tegang. Datuk Muiz masih berusaha memujukdan menenangkan Ilyas Fakhri.

“Kita ambil anak angkat lelaki dari baby. Hanya kita yang tahu perkarani. Tapi kita kena tunggu sembilan bulan akan datang. Papa akan bagitahu dekatsemua orang yang Papa akan dapat cucu tak lama lagi. Lila akan pura2mengandung”

Ilyas meraub wajah. Semuanya tak masuk akal. Demi saham. Demi duit.Semua orang dah jadi gilakan harta dunia.

“Tapi ni salah Pa. Kalau sampai Nek Na tahu, dia boleh ambil tindakan.Iyas tak setuju!”

“Sebab tu kita kena ada plan yang rapi supaya semuanya berjalan lancar”

“Tak masuk akal..tak masuk akal hah!”

IIlyas Fakhri mendengus dan keluar dari bilik bacaan walaupun namanyaberkali - kali dipanggil oleh Datuk Muiz.

“Takpe, pasal Ilyas I akan uruskan. Ngah boleh balik dulu”

Datuk Khalid, Datin Maimun dan Lila Amina mula mengangkat kaki keluardari rumah. Kereta yang dipandu oleh pemandu Datuk Khalid meluncur laju keluardari perkarangan rumah.

“Lila rasa baik kita komplot dengan Doktor balik semula untuk ujiankesihatan tu. Lepastu kita mintalah Doktor tu cakap, keputusan sebenar. Yangsebelum ni ada masalah teknikal”

“Ha lepastu kamu nak bersama dengan Iyas? Nak dapatkan anak dari rahimkamu?”

Duga Datin Maimun dengan plan anaknya. Lila Amina menggangguk. Lagipundia dah bincang dengan kekasih hatinya tentang perkara ini. Kekasih hati Lilatak kisah yang penting poket tebal tiap bulan. Ah! Dasar lelaki pengikis.

“Kamu ni Lila, kadang – kadang pandai, kadang – kadang bengap jugak. 4tahun kamu kahwin dengan dia, sekali pun dia tak sentuh kamu. Apa kamu ingatdia nak ke sentuh kamu?”

“Tu lain Ma, sekarang ni dia ada misi, mesti dia nak bersama denganLila.” Balas Lila bersungguh. Dia juga tak sabar nak terkam tubuh hot suaminyaitu.

“Tak ada maknanya Lila. Kalau dia tahu dia tu normal tak mandul, dia dahkahwin lain, dah ada anak. Ha lepas tu anak dia tu yang dapat saham tu. Kitadapat apa? Habuk pun belum tentu dapat.”

Lila memikir sejenak. Ada betulnya apa yang mamanya cakap. Datuk Khalidhanya menyokong apa yang diperkatakan oleh isterinya. Semuanya demi duit. Buatkeputusan seolah - olah tiada agama.

Adam Mikail membuka pintu bila loceng rumahnya ditekan berulang kali.Belum dijemput masuk, Ilyas Fakhri sudah menghempas tubuhnya di atas kerusiruang tamu. Kepalanya berserabut dengan masalah yang baru sahaja hadir dirumahnya.

“Kenapa ni? Pasal Mawar ke?”

Ilyas masih diam tidak membalas.

“Bini dah dua pun serabut. Bukan orang bini dua ni seronok ke. Macamcerita P Ramlee tu. Hai senangnya…

Adam Mikail menutup lawaknya bila melihat muka Ilyas masam mencuka.Ilyas masih memandang syiling sambil meletakkan tangannya lengannya di dahi.

“Sorry la. Okay aku serius kali ni. Kau okay tak ni? Mawar tahu pasalkau ke?”

“Bukan sebab Mawar”

“Dah tu?” Soal Adam Mikali inginkan penjelasan.

“Papa tak bagi aku dengan Lila bercerai and dia sanggup suruh Lilamengandung tipu – tipu demi nak dapatkan share Nek Na”

Melopong muka Adam Mikail mendengar berita yang baru dikhabarkan.

“Habistu Mawar macam mana? Tak baik kau buat dia macam patung hanyadalam dunia kau. Dia berhak tahu pasal kau”

Ilyas Fakhri mengeluh kecil. Dia pulang untuk menyelesaikan masalah,tapi masalah lain pulak yang timbul.

“Aku akan teruskan jugak plan aku. Aku tak nak ada kaitan dah denganLila. Aku akan bawak Mawar jumpa family aku lepas semua ni settle”

“Kau ingat semudah tu ke? Habistu plan papa kau, kau tak fikir pulak”

“Aku tak fikir apa dah. Apa nak jadi dengan saham tu, lantak lah. Yangpenting sekarang ni Mawar. Dia tanggungjawab aku. Dia kebahagiaan aku. She is theonly one. Tak kan ada wanita lain yang boleh bertapak dalam hati aku kecualiMawar Elina”

Adam Mikail menyandarkan tubuhnya di sofa. Rumit juga masalah yangsahabatnya sedang hadapi. Telefon bimbit Ilyas Fakhri berbunyi saat fikiran danhati masih resah memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah. Nama Mawar Elinatertera di telefon bimbit miliknya.

“Abang sibuk ke? Sorry Mawar ganggu abang”

Ilyas Fakhri bangun dan pergi ke balkoni luar. Adam hanya memerhati darijauh. Teringat dia juga pernah ada hati pada Mawar masa beli lukisan Faiq. Tapisemuanya dibuang jauh disebabkan sahabatnya sudah pun memiliki Mawar.

“Eh tak lah sayang. Ada ni kat rumah Adam. Ada benda yang abang kenadiscuss sikit dengan dia. Mawar tengah buat apa tu”

“Tengah rindukan abang la…”

Ilyas Fakhri tersenyum. Jantungnya berdegup kencang. Ingin sahaja diaterbang untuk memeluk Mawar sekarang ini.

“Abang janji, abang tak lama – lama kat sini, kalau dalam masa seminggu dahsettle semua, abang balik okay.”

“Yelaa… abang sayang Mawar tak?”

Ilyas tersenyum lagi. Soalan yang sama dia akan dapat dari Mawar. KerenahMawar dilayankan sengan sepenuh hati. Mawar pula mengukir senyum mendengarjawapan balas suaminya. Telefon bimbit diletakkan di tepi setelah menamatkanperbualan.

Kaki bingkas bangun dari kerusi kayu di ruang tamu dan pergi ke arahkelendar yang digantung di belakang pintu. Tarikh 25 hari bulan 7 dibulatkanoleh Mawar Elina. Itu tarikh yang dijanjikan oleh Ilyas Fakhri untuk pulang kerumah.

‘Eh aku patut period kelmarin , tapi tak datang lagi. Tak kan lahperubahan hormon kut. Belum pernah lewat sampai 3 hari ni.”

Bicara Mawar di dalam hati sambil melihat tanda pangkah di kelendar. Panggilansalam membuatkan Mawar berhenti berfikir soal periodnya. Setelah membuka pintu,kelihatan Ijat membawa lauk mentah dan diberikan kepada Mawar atas pesananIlyas Fakhri.

“Ijat, Fahim ada cakap apa – apa dengan kau ke pasal akak? Kutlah diamasih tak boleh terima abang Iyas”

“Dia okay dah. Lagipun Ijat selalu yakinkan dia yang Abang Iyas tu baiksangat orangnya. Pandai layan Faiq”

“Akak bukan apa, akak risau kalau dia sebenarnya masih tak boleh terimayang akak dah kahwin. And dia cuma berpura – pura seronok sebab tak nak akaksusah hati”

“Alah, akak jangan fikir bukan – bukan. Fahim bukan macam tu. Lagipundia ada cakap dengan Ijat yang dia bersyukur sangat sebab akak dapat sambungbelajar. Tak perlu akak tunggu dia habis belajar baru akak nak sambung”

Mawar Elina menarik nafas lega bila mendengar jawapan balas dari Ijat. Manadia tak risau, itu sahajalah keluarga yang dia ada. Susah senang, air dicincang tak kan putus. Mawar Elina kembali semula ke dalam dan menyusun semuabarang – barang yang dibeli oleh Ijat. Setelah itu dia masak lauk ringkas kegemaranFaiq. Ikan masak kicap.

Melihat Faiq yang tertidur bersama lukisannya, Mawar mengambil bantaldan mengangkat adiknya tidur di atas bantal. Lukisan Faiq Izani membuatkanMawar Elina tersenyum. Gambar percutian di pantai sewaktu Ilyas dan Mawarhoneymoon. Dia perasan yang Faiq suka menggambarkan perkara yang dia nampak diatas lukisan.

“Akak janji dengan Faiq, lepas ni kita cipta memori yang indah – indah.Lepastu semua lukisan Faiq, kak mawar letak dekat gallery Faiq”

Ucap Mawar Elina sambil mengelus rambut adiknya. Urusan penjagaan FaiqIzani sewaktu Mawar Elina sambung belajar telah diuruskan oleh Ilyas Fakhri.Yuran pengajian Mawar juga telah di bayar sepenuhnya oleh Ilyas.

Mawar masuk ke bilik dan memeriksa persiapan untuk masuk ke kolej. Taksabar rasanya dia ingin mengejar cita – citanya untuk menjadi perancang majlisyang hebat dan tak lupa juga dia ingin menjenamakan nasi lemak resepi uminya.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.