Home Novel Cinta Mengintai Cinta
Mengintai Cinta
Hidayah
29/5/2020 00:52:53
19,982
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BONUS

Seperti yang dijanjikan dalam status Whatsapp, sebaik saja mencecah 1K, penulis akan paparkan sinopsis ‘Mengintai Cinta’. Bab 6 akan disambung selepas ini, insya-Allah.

Jemput baca.


 SINOPSIS MENGINTAI HATI

Hilang percaya tidak bermakna pudarnya cinta. Tapi tetap saja aroma salah sangka melenyapkan wangian bahagia. Begitu tanggapan Fisya, seorang wanita yang pernah curang dan tidak dipercayai oleh kekasihnya. Keraguan yang hadir sepanjang kisah cintanya menjadi titik tolak kehancuran sebuah impian dan lenyaplah sebuah harapan yang perlu dilakar bersama. Dari rasa bersalah membawa pada rasa jijik. Rasa muak dengan lelaki membawa dia untuk membutakan hatinya pada kata cinta buat yang ke sekian kali.

“Kenapa perlu teruskan hubungan jika rasa percaya dah tertanam kat kubur, rasa ragu dah terpacak di langit?” - Fisya

Mungkinkah Fisya mampu memaafkan diri sendiri dan menerima cinta sekali lagi? Setelah bertubi-tubi kata setajam jarum menusuk ke hati.

“Terserempak berkali-kali begini akan menyukarkan lagi hati saya untuk lupakan awak. Awak sengaja?”- Ikhwan

Mampukah Ikhwan melupakan kekasih pertama yang berlaku curang kepadanya? Setelah diduakan tanpa sebarang ikatan sedikit pun.

“Nanti…ada masa jahitlah seluar koyak kat lutut tu.” – Fazlan

Bagaimana pula tanggapan Fazlan terhadap kehidupan Fisya di waktu silam? Setelah hati yang diintai hanya sekadar pintu yang sudah dimamah rajuk lamanya.



NANTIKAN BAB 6

Previous: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.