Home Alternatif Alternatif Dilamar Sekali Lagi
Dilamar Sekali Lagi
Hidayah
30/5/2020 17:43:36
19,581
Kategori: Alternatif
Genre: Alternatif
Slot 4


Slot 4 : No Couple Before Nikah


“No couple, before nikah”


Ayat ni selalu aku nampak semasa aku jadi peminat tegar laman IluvIslam dulu. Aku suka ayat tu. Jadinya, aku simpan ayat tu sebagai profil Facebook.

Pernah juga aku tulis karangan ringkas mengenai hal itu. Wow! Macam apa pula kan nak bahas ayat tu. Ilmu tak tinggi mana pun.

Ada yang suka ayat ni tak?

Tapi, serius. Aku suka ayat tu. Dan aku benci couple. Kenapa perlu nak bercouple bagai sebelum menikah?

Hubungan tak sah lagi dan minum segelas guna dua straw.

Belajar tak habis lagi dah berpimpin tangan mengalahkan suami isteri.

Hidup berpasangan saling menunjuk padahal masih guna duit mak ayah.

Lagi teruk setiap minggu asyik tukar pasangan.

Dan sadisnya pasangan tu pula kahwin dengan orang lain.

Habis tu, kenapa nak couple bagai?


Banyak persoalan yang berlegar di otak waktu aku masih mencari jawapan.

Aku hairan melihat pasangan yang tanpa segan silu keluar tanpa ikatan yang sah. Aku pelik tiada yang menghalang. Dan pernah.. aku memandang buruk pada hubungan begitu. Tiada sedikit doa pun aku mohon untuk golongan ini berubah.

Memang aku akui. Dulu aku benci tengok orang couple.



Setahun, dua tahun...dan entah tahun yang mana...

 


Akhirnya kebencian aku menguji diri aku sendiri.  

Eh, tup tup aku pula hadap benda alah tu!

Dan tanpa sedar, aku sudah berada dalam dunia itu. Dunia couple yang amat memeritkan. Kenapa perit? Sebab hal begini umpama aku jilat semula kebencian yang pernah aku pendamkan dalam hati, tanpa sedar. 

Untuk merasakan apa yang mereka rasa sebelum ini, Allah uji aku.

Untuk mendapat jawapan bagi setiap soalan aku sewaktu sekolah menengah dulu, aku diberi jawapan dengan cara bergelut sendiri dengan ayat ‘No couple before nikah’.

Belum nikah, aku sudah terjebak dengan hubungan yang tidak sah. Waktu itu, semestinya kesedaran bukan lagi tegak di dada. Iman kian luntur. Ayat yang aku pasakkan dalam diri aku sudah pudar. Berkenalan secara tersipu malu walaupun hanya melalui mesej sewaktu pengajian dulu membawa aku terus hanyut ke dunia percintaan.

Jika difikirkan semula, begitu sentap jawapan yang Allah tunjuk untuk aku. Aku tidak menuding jari pada Dia. Kerana aku tahu di mana silap aku selama ini.

Bila melihat pasangan begitu, sepatutnya aku mendoakan. Bukan memandang hina.

Bila melihat pasangan begitu, sepatutnya aku berdoa agar dijauhkan. Bukan memendam dan berprasangka buruk terhadap mereka.

Aku kini sedar.

Apa saja yang kita lihat dari perbuatan seseorang bukanlah dosa dia yang diungkit.

Bukanlah hati dia sendiri yang sakit.

Tapi semua itu ujian besar untuk diri kita sendiri.

Untuk tahu sama ada hati kita sihat.

Untuk tahu apa yang hati kita lihat.

Paling penting untuk kita selalu beringat.

Ayat ‘No couple before nikah’ kupasannya bergantung dengan insan yang belum, sedang atau pernah mengalaminya.

Hanya saja, kita perbaiki diri.

Jangan pernah menilai dosa yang kita lihat dari seseorang.

Setiap orang diuji dengan paparan takdir yang berbeza.

Ujian Allah untuk menguatkan jiwa, untuk kentalkan hati kita.

Ujian Allah untuk kita judge diri kita, bukan orang lain.


Ya Allah, aku kibarkan syukur atas ujian ini. Semoga kibaran syukur ini menenangkan hati yang selama ini gundah tanpa secebis iman.

 

Aku :  Merujuk kepada orang yang pernah buat dosa.



Nantikan Slot 5 : Sepasang Mata Alim

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.