Home Novel Cinta MY HAQ
MY HAQ
noma
26/9/2017 11:56:19
28,811
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

BAB 1

                        Mak Timah melihatkan saja anaktunggalnya yang sedang tersengih-sengih berjalan ke arahnya. Nitersengih-sengih takde hujung pangkal ni mesti ada hajatlah tu, desis hatikecil Mak Timah sambil menarik nafasnya perlahan. Bukannya dia tak tahuperangai anak bertuahnya itu.

            "Mak ... mmm ... Ayu nak keluar sekejap. Keluar dengan Miza. Ayu janji Ayu balikcepat," kata Ayu sambil memeluk-meluk bahu Mak Timah.

            "Kamu ni nak ke mana? Keluar dengan siapa? Sebab apa?" soal Mak Timahbertalu-talu.
            " Amboi! Banyaknya soalanmak. Macam polislah pula. Ni ... Ayu nak pergi rumah Amir. Bukan Ayu suka-sukanak pergi. Tapi Amir jemput Ayu, Farid dan Miza juga ke rumah dia sebab ada  majlis doa selamat katanya. Jadi, alang-alangkeluarga dia buat kenduri, dia jemputlah kami kawan-kawan dia ni datang kerumah dia," panjang sekali penjelasan Ayu kepada Mak Timah yangterkerut-kerut dahi tuanya mendengar kata-kata Ayu.

            Mak Timahmemandang tepat ke wajah anak daranya. Wajah bujur sirih itu dipandangyaseketika sebelum bersuara.

            "Mmm ... baiklah. Tapi ... kamu pergi dengan Miza, balik pun dengan Miza. Maktahu sebelum pukul enam dah sampai rumah."

            Barusaja Mak Timah habis berkata-kata, kedengaran bunyi enjin kereta di hadapanrumah. Mak Timah menghalakan pandangannya tepat ke arah Ayu yang bingkas bangunmelangkah ke arah pintu sambil diikuti Mak Timah di belakang. Dahi Mak Timahberkerut sedikit melihatkan kereta yang di hadapan rumahnya. Pandangannyasegera dialihkan ke wajah anak tunggalnya.

            "Ayu! Nanti sekejap. Kamu kata kamu pergi dengan Miza. Ni apasal Farid pula yangdatang ni? Tu kereta Si Farid kan?," soal Mak Timah dengan nada yangsedikit perlahan tetapi keras.

            Ayumenoleh ke arah Mak Timah. Wajah tua ibunya dipandangnya sambil bibirnyatersenyum menggeleng-gelengkan kepalanya.

            "Mak ... Ayu tak tipu mak. Betul Ayu pergi dengan Miza. Cuba mak tengokbetul-betul. Kan si Miza pun ada tu.  Ayudan Miza tumpang Farid sebab kereta Miza rosak. Lagipun, mana Ayu dengan Mizatahu rumah Amir. Amir dah pindah rumah baru. Tu ... cuba mak tengok siapa yang tengahkeluar dari kereta tu. Itu kan Miza. Mana ada Ayu tipu mak," terang Ayumenggeleng-gelengkan kepalanya sebelum mencium tangan emak kesayangannya itu.

            MakTimah mengalihkan pandangannya ke muka pintu. Bibir tua itu tersenyum sedikittatkala melihat Miza yang cantik bertudung biru air itu melangkah ke arahnya.

            "Assalammualaikum makcik. Makcik sihat?" tanya Miza mesra.

            "Alhamdulillah. Sihat. Ni ... Miza nak pergi rumah Amir juga ke?"

            "Ya, makcik. Ni .. errghh ... makcik bagi tak Ayu pergi ni? Sebab kalau Ayu takpergi, saya pun tak jadilah pergi," kata Miza sopan.

            "Mmm ... iyalah. Pergilah. Tapi ... balik cepat yea," pesan Mak Timahkepada kedua-dua anak dara di hadapannya itu.

            "In shaa Allah, makcik."

            "Kami gerak dululah yea mak," celah Ayu cepat-cepat sebelum mencium pipiMak Timah dan melangkah keluar sambil diikuti oleh Miza setelah menyalamiemaknya.

            MakTimah memerhatikan saja dari muka pintu sehingga kereta yang dipandang  hilang dari pandangannya. Dia bukan cerewet. Diajuga bukan cuba mengongkong kebebasan Ayu. Cuma dia risaukan keselamatan anak perempuannya yang sedang meniti zamanmuda  yang penuh dengan berbagai dugaandan godaan. Dia takut anaknya 'kecundang' di tengah jalan!

AYU MENDENGAR saja perbualan antara Miza, Amir danFarid.  Sesekali saja dia menyampuk.Selebihnya dia lebih senang mendengar sambil menikmati  kek red velvet yang  terasa enak sekali di tekaknya ini!

            Asyikmereka berbual, tiba-tiba terdengar suara seseorang memberi salam. Semua mata mengalihkanpandangan ke arah orang yang memberi salam tadi sambil menyambut salam yang diberikecuali Ayu yang hanya mengerling sedikit dengan hujung matanya. Hanya setelahterdengar bunyi deheman seseorang baru Ayu mengangkat kepalanya sedikit.

            "Assalammualaikum," kata lelaki itu lagi. Cuma sekali ini ditujukan khasbuat Ayu sambil  melemparkan segarissenyuman.

            "Waalaikumsalam," balas Ayu ringkas.

            "Abang ... bila abang balik sini? Tak dengar cerita pun?" celah Amirtiba-tiba teruja dengan kehadiran yang tidak disangka-sangkanya.

            "Baru jea sampai. Rindu sangat dengan suasana kampung. Kebetulan pula Pak Ngahkata nak buat kenduri. Tu yang balik kampung ni," jawab lelaki yangdipanggil abang itu.

            "Itulah abang. 'Rajin' sangat balik kampung kan. Pak Long dan Mak Long ada jugake, abang Aris? Tak nampak pun," tanya Amir.

            "Tak. Abang balik seorang jea ni. Pak Long awak tu tak sihat. Demam. Pak Longdan Mak Long kirim salam jea."

            "Oh! Waalaikumsalam. Mmm ... erghh kawan-kawan ... kenalkan ini abang pupu aku, AbangAris. Abang Aris, inilah kawan-kawan Amir. Yang ini Farid, Miza dan yang makantak berhenti tu Ayu," Amir memperkenalkan lelaki yang tersenyum manis tadikepada Ayu, Miza dan Farid. Semua membalas senyuman Aris. Kecuali Ayu yangsekadar mengangkat keningnya.

            PerlahanAris menarik sebuah kerusi dan diletakkan di sebelah Ayu sebelum dia melabuhkanpunggungnya di atas kerusi itu. Dia melirikkan hujung matanya sedikit. Sengajaingin melihat reaksi gadis di sebelahnya. Ketara kelihatan rasa kurang senanggadis itu. Entah kenapa, tetapi dia terasa seronok pula nak menyakat kawan adikpupunya ini. Dia berdehem sedikit sebelum memulakan kata.

            "Ada yang marah tak saya duduk sebelah Cik Ayu ni?"

            Ayutidak menjawab pertanyaan lelaki itu. Sebaliknya, dia menjeling sedikit lelakiitu. Aris tersenyum kecil melihatkan gelagat Ayu. nGarang anak dara nirupa-rupanya, komen hati kecil Aris.

            "Jangan jeling-jeling saya Cik Ayu. Hati saya ni senang jea cair kalau anak darayang cantik macam Cik Ayu ni jeling-jeling saya. Kalau saya tergoda denganjelingan Cik Ayu, susah Cik Ayu nanti!" usik Aris jelas didengari semua disitu.

            Ayumemandang ke arah lelaki yang bernama Aris itu sebelum mengalihkan pandangannyake arah kawan-kawannya. Kelihatan Si Miza tersenyum-senyum sementara Amir danFarid pula tersengih-sengih memandang ke arahnya. Ciss! Kurang asam punya kawan.Boleh pula ketawakan aku ek! dengus hati kecil Ayu.

            Gerammelihatkan reaksi kawan-kawannya, ligat otak kecilnya berfikir cara nakmenggenakan lelaki yang bernama Aris dan kawan-kawan baikya. Tiba-tiba sajadatang  'idea bernas' dalam kepalanyaini. Pantas Ayu bangun dari duduknya dan terus memandang tepat ke mata Amirdengam wajah sayu.

            "Sayang! Macam mana awak boleh tersengih jea bila lelaki lain mengurat saya. Sayakan kekasih awak. Sepatutnya awak pertahankan saya. Macam ni ke perangaisebenar awak. Kita putus! Lupakan saja hasrat awak nak kita bertunang bulandepan. Saya benci awak!" kata Ayu  dengan air mata yang mengalir di pipinyasebelum beredar dari situ.

            Terngangasemua yang mendengar dialog drama sebabak Ayu tadi. Kini semua mata tertumpu kearah Amir yang kelihatan tercengang-cengang dan keliru seperti cicak tertelankapur.

            "Eh! Kau dengan Ayu nak bertunang? Sejak bila korang couple? Kenapa kita orangtak tahu pun?" tanya Farid dan Miza serentak.

            "Errghh .. aku ... aku ... erghh," Amir tidak mampu menghabiskankata-katanya. Dia pun tengah berfikir. Dia boyfriend Ayu? Tapi sejak bila? Biladia confess yea? Dan, bila pula dia nak bertunang? tanyanya pada dirinyasendiri sambil menggaru-garukan kepalanya sedikit.

            Sementaraitu, Aris atau nama sebenarnya Faris hakimi berubah sedikit air mukannyamendangarkan kata-kata Ayu tadi. Oppss ... dia terkacau girlfriend adik pupunyarupa-rupanya!

            "Errghh ... Amir ... abang Aris minta maaf. Abang tak tahu pun dia bakal tunangAmir. Abang usik jea tadi. Errghh ... pergilah pujuk  bakal tunang Amir tu. Cakap kat dia abangminta maaf. Mmm ... abang jumpa Pak Ngah dengan Mak Ngah dululah yea,"kata Aris serba-salah sambil menepuk bahu Amir yang masih lagi terkebil-kebilitu.

            Sementaraitu, di dalam teksi yang sedang menuju ke Kampung Kubang Kerbau pula, Ayutersenyum puas. Masih terbayang di ruang matanya wajah Amir yang terkejut berukdengan kata-katanya tadi. Begitu juga dengan Farid dan Miza. Paling seronokdapat melihat muka serba-salah lelaki yang bernama Aris itu tadi. Hahaha ...padan muka kau Amir. Boleh pula kau ketawakan aku dipersendakan abang pupu kauyang miang tu yea. Kan dah kena dengan aku!, gelak Ayu di dalam hati. Taksangka dia ada bakat lakonan yang terpendam rupa-rupanya ... hihihi. Bravo Ayu!,gelaknya lagi di dalam hati. Di matanya masih  terbayang muka Amir yang macam cicak tertelankapur tadi. Hahaha ... padan muka kau Amir. Jahat sangat kenakan aku!

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma