Home Novel Cinta Cinderella
Cinderella
ainRAZAK
28/12/2020 01:25:31
36,850
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

Bunyamin mengatur langkah mendekati sebuah bilik hospital swasta bertaraf 5 bintang. Pintu bilik dikuak dengan penuh hati-hati. Perlahan-lahan dia menapak mendekati sekujur tubuh yang sedang terbaring kaku.


Tubuh yang hanya mendiamkan diri tanpa berceloteh seperti biasa. Tubuh yang sering bergurau manja dengan dia sewaktu kecil dahulu. Juga tubuh yang banyak menabur jasa pada dia dan keluarganya.


Siapa lagi dia punya selain lelaki itu? 


Huh!


Dia mendengus. Penumbuknya dikepal kuat. Rasa amarah menjalar kembali. Dendamnya takkan terlunas selagi lelaki yang menyebabkan insan yang terbaring ini masih hidup!


•••


20 Tahun Yang Lalu.


"Min ... dah besar nanti Min nak jadi apa?" Joseph Quah menyoal seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun. 


Rambut kanak-kanak itu dibelai penuh manja. Sesekali disisir dengan jemarinya agar nampak lebih kemas. Ditangan pula terdapat sebentuk helikopter mainan yang dia hadiahkan tadi.


Bunyamin tersenyum kearah Joseph. 


"Bila Mi besar nanti, Min nak jaga mak, Min nak jaga ayah dan Min nak jaga adik beradik Min" jawab Bunyamin ringkas.


Joseph ketawa. Bergerak rahangnya yang ditumbuhi kumis nipis. Lucu mendengar jawapan kanak-kanak itu.


Jawapan yang tidak padan dengan usia kanak-kanak yang sedang membesr. Dibahunya sudah mahu memikul tangjawab yang besar-besar.


"Nanti, bila dah besar, uncle nak Min tolong jagakan sekali isteri dan anak uncle ya?" pinta Joseph sebaik saja ketawanya reda. Dia sekadar mahu mengusik.


Bunyamin menoleh kearah jejaka itu. Dahinya dikerutkan. Dagunya diurut-urut menunjukan sedang memikirkan sesuatu.


"Tapi ... " Joseph memandang kanak-kanak itu dengan penuh minat.


"Tapi apa Min?" soal Joseph.


"Tapikan uncle belum ada anak. Macam mana Min nak jaga anak uncle kalau uncle takda anak?" Bunyamin menyoal balas.


Sekali lagi tercetus tawa dari bibir yang merah Joseph. Matanya hampir tertutup bila dia ketawa. Terasa lucu dan bijak soalan yang diberikan oleh anak sahabatnya.


Kepala Bunyamin diusap-usap perlahan. Mata Bunyamin masih memerhati dia tanpa kelip. Masih menagih jawapan dari soalan yang dia berikan tadi.


"Min, Min, bijak kamu. Dah macam ayah kamu" ujar Joseph memuji.


Anak sahabatnya baiknya di depan dia ini sememangnya seorang kanak-kanak yang bijak dan matang. Matang dari segi pemikiran biarpun usia masih muda.


Biarpun masih berusia 7 tahun, perwatakan Bunyamin seperti kanak-kanak dewasa. Selalu menjaga kakak dan adiknya. Selalu menjadi pelindung kakaknya jika diganggu oleh kanak-kanak nakal.


Joseph juga selalu melihat Bunyamin membantu menguruskan hal-hal rumah jika ibunya tidak berkesempatan. Contohnya ketika kelahiran adik bongsunya Asyura yang berusia setahun sekarang.


Kanak-kanak itu matang pada usia sebenarnya. Untung Hazim memiliki anak lelaki tunggal seperti Bunyamin. Dia juga inginkan seorang anak seperti Bunyamin jika diizinkan Allah.


Dia berdoa agar usianya dilanjutkan demi meihat isteri dan ank-anaknya membesar didepan mata. Tapi adakah harapannya masih terbentang luas? Dia risaukan Lily dan anak yang bakal dilahirkan.


"Cepatlah uncle. Macam mana Min nak jaga anak Uncle?" Bunyamin menarik-narik lengan baju lelaki disebelahnya.


Lamunan Joseph dibawa pergi angin lalu. Dia kembali tertumpu pada kanak-kanak lelaki dihadapannya.


"Okey, okey. Macam ni. Mana tahu, ada rezeki uncle dengan untie Lily menimang cahayamata, uncle nak minta Min tolong jagakan anak dan isteri uncle bila dewasa nanti, boleh?"


"Insya-Allah uncle! Min janji Min akan jaga mereka bila Min dah dewasa! Kalau anak uncle perempuan, Min nak kahwin dengan anak uncle. Yeayyy ... " janji Bunyamin. Dia menjerit kesukaan.


Terlompat-lompat Bunyamin gembira. Joseph hanya tersenyum. Terhibur dengan gelagat anak sahabat baiknya.


"Kenapa tu?" tegur Hazim yang baru keluar dari biliknya. 


Joseph memandang sahabatnya, Hazim. Lelaki yang pertama membuatkan dia tertarik pada agama islam. Islam begitu indah pada pandangannya melihat kemesraan dan kebahagiaan yang dimiliki oleh Hazim sekeluarga.


"Dia seronok nak kahwin dengan anak aku" balas Joseph perlahan. Hazim membeliakkan mata.


"Kenapa? Lily mengandung ke Jo?" soal Hazim teruja. 


Dia bukan apa, sudah 3 tahun sahabatnya berkahwin dan menunggu cahaya mata. Dan berita ini sangat-sangat menggembirakan jika itu betul.


Joseph menganggukan kepala.


"Tahniah sahabat!" ucap Hazim seraya menarik sahabatnya ke dalam pelukan. Dia menepuk-nepuk bahu Joseph perlahan. 


"Terima kasih Zim. Tapi aku belum bawa Lily ke hospital. Baru pagi tadi Lily maklumkan pada aku. Dia cek guna pregnency test" ujar Joseph sebaik sahaja pelukan mereka dileraikan.


Hazim tersenyum.


"Kau ni, macam tak biasa pula. Kau boleh je bawa Lily datang klinik aku niha. Klinik aku sentiasa terbuka untuk korang" 


Hazim ketawa. Jasa keluarga Joseph takkan dia lupakan. Ayah lelaki itulah yang banyak membantu dia mencapai cita-citanya. Tanpa bantuan ayah sahabatnya, tak mungkin dia berada disini sekarang.


Dia hanyalah anak seorang petani miskin yang berasal dari utara tanah air. Bercita-cita tinggi mahu menjadi doktor. Tetapi pengajiannya terpaksa ditangguh terlebih dahulu akibat kekurangan duit.


Dan Alhamdulillah, saat dia membuat kerja partime berhempas pulas mencari duit tambahan bagi menampung pengajian, Tuan Fernando menawarkan diri membantu dia. Dan dia terhutang budi pada lelaki itu seumur hidupnya.


Bermula dari situlah perkenalan dia dengan Joseph dan Jonathan. Dua beradik kembar yang seiras tetapi berlainan perwatakan.


"Insya-Allah Zim. Nanti aku bawa Lily datang klinik kau buat checkup. Kau jangan risau okey" janji Joseph.


Hazim mengukir senyum. Paha Joseph ditepuk-tepuk lembut.


"Tadi kau kata kau nak bagitahu sesuatu dekat aku, apa dia Jo?" soal Hazim kembali serius.


Joseph membetulkan duduk. Ya sememangnya dia datang ke sini ada tujuan. Dia hampir terlupa. Mujur Hazim ingatkan dia kembali.


"Aku nak bercakap sikit tentang Jonathan" sebaris nama itu meniti bibir Joseph.


"Kenapa? Dia buat apa pula kali ni Jo? Tak puas lagi ke dia kaut semua harta bapak kau?" soal Hazim geram.


Ingatkan susuk Jonathan sahaja sudah membuat hatinya terasa panas. Lelaki itu memang tamak. Sanggup merampas harta kembar sendiri semata-mata mahu hidup mewah.


Memang Jonathan abang yang tidak tahu dek untung. Dah dapat harta, masih lagi menganggu keluarga adiknya.


"Aku nak minta tolong dengan kau. Kalau terjadi apa-apa pada aku, aku nak kau tolong tengokkan isteri dan anak aku Zim" pinta Joseph sungguh-sungguh.


Dia teringat kembali surat ugutan Jonathan yang dia terima tengahari tadi. Jonathan mahukan harta peninggalan bapanya yang terdapat diluar negara, diserahkan pada dia.


Joseph takkan sesekali serahkan harta tersebut kerana itu adalah harta untuk isteri dan anak-anaknya. Macam mana abang kembarnya boleh tahu, dia sendiri tidak pasti. 


Harta itu telah disorok tanpa pengetahuan sesiapa oleh ayahnya, mendiang Tuan Fernando Quah.


"Apa kau cakap ni Jo? Kau nak pergi mana? Takkan kau nak tinggalkan anak isteri kau?" soal Hazim ragu-ragu.


"Kenapa Uncle? Uncle nak pergi mana? Uncle nak tinggalkan untie Lily dengan baby ke?" soal Bunyamin mencelah. Dia mendekati kedua jejaka yang disayanginya, ralit berbual.


"Eh, uncle tak kemana-mana sayang" ujar Hazim.


Dia menangkat anaknya lalu dibawa duduk diatas ribaan. Perbualan antara dia dan Joseph terhenti. 


"Habis tu kenapa baba cakap yang uncle nak tinggalkan anak dengan isteri uncle?" soal Bunyamin ingin tahu.


Dia pelik. Apa yang mahu mereka sembunyikan? Dia sudah besar okey. Dia faham apa yang mereka bualkan. 


"Nanti, bila Min dah besar, Uncle akan ceritakan pada Min okey?" janji Joseph. Dia mengangkat jari kelingkingnya. Mahu mengikat janji antara mereka.


Bunyamin tersenyum. Dia turut melakukan hal yang sama. Kelingking mereka bertaut. Senyuman terukir disitu. Hazim turut ketawa dengan keletah anak lelaki tunggalnya.


••••


"Uncle ... mana janji yang uncle buat? Kenapa uncle belum sedar? Dah 20 tahun berlalu. Anak Unclepun dah besar. Dah jadi isteri Min pun." Lirih ucapan Bunyamin.


Klak!


Pintu bilik terkuak. Kenangan tadi terhambat pergi. Bunyamin menoleh. Badannya dibongkokkan sedikit kearah tubuh yang baru menapak di dalam bilik.


Bahunya disentuh lembut.


"Baru sampai Min? Apa khabar?" lelaki itu menyoal.


"Alhamdulillah uncle. Min sihat. Keluarga pun sihat. Huda pun sihat." perlahan Bunyamin menjawab.


Lelaki itu terangguk-angguk.


"Bila uncle sampai dari UK? Karina ada bagitahu, esok atau lusa baru uncle pulang" soal Bunyamin sopan.


"Baru sampai terus datang sini. Aku dengar kau menikah dengan Huda?" 


Bunyamin menundukan wajah. Dia malu bertentang mata dengan Tuan Aeron. Lelaki tua bertongkat itu memandang dia. Wajah itu nampak tegas.


"Iya uncle. Min tunaikan janji min waktu kecil dulu" jawab Bunyamin tergagap-gagap.


Takut mahu bertentang mata dengan lelaki itu. Takut menerima tentangan dari Tuan Aeron yang banyak berjasa pada dia dan keluarga. Dia risau penerimaan Tuan Aeron.


"Baguslah Min. Sekurang-kurangnya Huda dilindungi dari bapa saudaranya yang gila tu. Tapi kau kena janji yang kau akan jaga Huda sebaiknya!" tegas Tuan Aeron bersuara.


Laju Bunyamin menganggukan kepala.


"Bagus!" Tuan Aeron sekali lagi menepuk bahu anak muda dihadapannya. 


Dia melangkah mendekati katil yang dihuni sekujur jasad yang sudah berubah wajah. Rambut di kepala semakin keputihan.


"Bila kau nak sedar Jo?" rintih Tuan Aeron perlahan.







Bersambung ...


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.