Home Novel Cinta Dalam Diam Ku Mencintaimu
Dalam Diam Ku Mencintaimu
Isha Idiaz
6/11/2012 20:23:11
44,233
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

BAB 07

PANTAS sungguh masa berlalu. Sekejap sahaja sudah hari rabu. Farhan melihat sekilas jadual kuliahnya yang di tampal di softboard berhadapan mejanya. Hari ini jadual kuliahnya agak padat. Petang nanti mereka masih mempunyai kegiatan kokurikulum.

“Farhan, kau dah siap assignmentyang Miss Rozita bagi semalam?” Deli bertanya. Tangannya masih menekan-nekan butang pada kalkulator Casio350 itu.

“Dah siap. Malam tadi aku dah buat.” Farhan memandang Deli sekilas sambil tangannya pantas mengacau-ngacau air milo di dalam gelas yang masih panas itu.

Hurm. Aku ingatkan sikit je kerja Misstu bagi. Sekali tengok berlambak macam ni. Nak putus tangan aku membuatnya,” ujar Deli tanpa mengalihkan sedikitpun matanya daripada buku kalkulus. Kepalanya digaru-garu menggunakan pen.

“Kau ni macam tak tahu pulak. Pernah ke Miss tu bagi kerja sikit? Berdozen-dozen adalah.” Air di dalam gelas dihirup.

Afiq yang masih duduk di atas katil hanya diam tidak berbicara. Keningnya berkerut-kerut memandang laptopnya. Mukanya menunjukkan reaksi suspens. Farhan yang melihat dari jauh hanya tertawa.

“Kau tengok apa tu Afiq yang sampai serius sangat muka tu?” Afiq masih mendiamkan diri. Fokusnya hanya pada siri kartun Spongbob. Headphoneterletak kemas di kepala.

What is happening? Please, settle down.Eugene Krabs sudah dikerumuni oleh berpuluh-puluh wartawan.

Semua microphone dihalakan ke arahnya. Dalam keadaan terpaksa, Eugene Krabs menjawab, “We’ve gotten a situation in there. I’d rather not discuss till my manager gets here.”

Look, there he is,” Jerit satu suara. Kereta berbentuk sampan itu berhenti dihadapan para wartawan. Spongebob keluar daripada kereta. Dengan pantas Krabs berlari kearah Spongbob.

Tell me Krabs,” ujar Spongebob dengan muka serius.

It started out as a simple order : a Krabby Patty with cheese. When the customer took a bite, no cheese!Krabs menjerit dan akhirnya menangis sepuas hati.

Satu tamparan hinggap dimuka Krabs.

Farhan menghampiri Afiq dengan segulung kertas ditangan. Kertas itu betul-betul diletakkan di telinga Afiq. Dengan sekuat hati, Farhan menjerit.

“Hoi Afiq!!”

Afiq tersentak. Suara Farhan lebih kuat daripada suara Spongbobyang menjerit-jerit panik , sibuk mencari jalan penyelesaian untuk meletakkan keju di burgeryang akan dimakan oleh pelanggan Krabs.

“Kau nak suruh telinga aku pekak ke Farhan!!” jerit Afiq. Pantas tangannya mencapai bantal di sebelah dan dilemparkan ke arah Farhan.

“Dah tu, aku tanya tak jawab-jawab. Khusyuk sangat tengok Spongbob tu. Entah apa ada pada Spongbob tu.”

Spongbob tu comel. Tak macam kau.” Ringkas, tepat dan padat jawapan yang diberikan oleh Afiq.

“Siapa cakap aku tak comel?”

“Faiz yang cakap. Dia cakap kau tak comel tapi comot,” ujar Deli pula.

Akhirnya tawa mereka bertiga terhambur jua memenuhi bilik itu. Melihat jam sudah menunjukkan pukul sembilan pagi, masing-masing bersiap untuk ke kuliah kalkulus pada pagi itu.

MEREKA terlambat lagi hari ini. Semua gara-gara high hills yang dipakai oleh Faizah. Sudah dilajukan langkah kaki, namun semakin jauh pula dirasakan ruang kuliah yang mahu dituju.

“Tulah Mira, saya dah cakap dah, tak payah pakai hills hari ni. Tengok, susah saya nak jalan. Skirt lagi.” Faizah sudah mengomel.

“Lambat sikit je, tak apa. Miss tak marah punya.” Mira masih memimpin tangan Faizah.

“Awak bukan tak tahu Miss tu garang.”

“Hari ni confirm Miss tak marah. Percayalah cakap saya,” ujar Mira dengan penuh yakin.

Apasal pula tak marah?” Faizah menyoal kembali.

“Sebab hari ini Faiz ayu sangat. Macam Puteri Gunung Ledang.” Mira menuturkan sambil ketawa terkekeh-kekeh.

“Nak makan hills ni ke Mira?” Faizah mengugut Mira. Pantang sungguh dia apabila ada yang memanggilnya Puteri Gunung Ledang.

“Eh, tu Miss kan?” Faizah menyoal apabila dia ternampak kelibat Miss Rozita menaiki tangga di sebelah kiri menuju ke kelas mereka.

“Cepat Mira. Cepat. Kita kena sampai kelas dulu. Kalau tak berdarah telinga kita nanti dengar Miss membebel.”

Tanpa berfikir panjang, mereka berdua berlari sepantas mungkin memanjat anak tangga menuju ke kelas mereka. Faizah lupa dia mengenakan tumit tinggi. Begitu juga dengan Mira yang langsung tidak teringat Faizah mengenakan tumit tinggi.

Farhan yang berada di koridor kelas ternganga melihat Faizah yang berlari-lari menaiki tangga dengan high hills yang dipakainya. Mahu tercabut nyawanya melihat Faizah.

Mira dan Faizah berjaya mendahului Miss Rozita dalam perlumbaan menaiki tangga menuju ke kelas. Namun mereka masih berlari-lari anak untuk memastikan mereka sampai ke kelas sebelum Miss Rozita. Namun tiba-tiba….

“Woooo...” Badan Faizah sudah melayang ke belakang. Sukar mengimbangi dirinya dengan hills yang dipakai. Hampir sahaja dia terjatuh.

Namun badannya di sambut kemas oleh seseorang. Bagaikan sebuah cerita dongeng, Tuan Puteri hampir terjatuh namun sempat diselamatkan oleh Prince Charming. Mata mereka bertemu dan mereka kaku dalam posisi itu. Putera menghadiahkan sekuntum senyuman buat si Puteri. Puteri mengalihkan pandangan matanya ke arah lain. Malu kerana Putera masih memandangnya.

Hey Darling, Prince Charming nak masuk kelas dah ni. Younak berapa lama lagi macam ni?” ujar Putera sambil mengenyitkan matanya kepada Faizah.

Faizah yang baru tersedar daripada lamunannya pantas menepis tangan jejaka yang masih lagi mengampu badannya. Kerana tidak stabil dia hampir terjatuh lagi. Putera menyambut kembali badan Puteri dan membantu Puteri untuk berdiri dengan stabil.

I save you twice today girl,” ujar lelaki itu. Muka Faizah sudah merah padam. Pandangannya ditundukkan.

Mira, Farhan dan MissRozita ternganga melihat sketsa yang dilakonkan oleh Faizah dan lelaki yang mereka tidak tahu siapa namanya. Melihat tiga pasang mata memandangnya, Faizah bertambah malu. Sempat pula dia berangan di masa-masa kritikal sebegitu.

Get to go girl. Watch your steps ok.” ujar Prince Charmingtadi lalu meninggalkan Faizah dan masuk di kelas sebelah.

Dengan pantas Faizah masuk ke dalam kelas meninggalkan tiga manusia yang masih terpinga-pinga. Setelah mengambil tempat duduk, mukanya disembamkan ke meja.

‘Malu betul. Ada pulak nak jatuh time macam tu. Dah la mamat tu handsome. Jatuh saham aku.’ Faizah mengutuk dirinya sendiri. Kakinya dihentak-hentakkan ke lantai.

“Sebab tu aku cakap kalau pakai high hills jangan lari. Kena jalan.” Farhan membisikkan ke telinga Faizah setelah kembali ke tempat duduknya. Kejadian tadi masih bermain-main difikirannya. Lelaki tadi memeluk Faizah. Faizah tersenyum memandang lelaki itu.

“Kau apa tahu. Kau ingat senang ke pakai hills ni. Dah la long skirt, blous renda-renda ni lagi.” Faizah merungut.

“Tapi bestlah kan sebab tiba-tiba je kau dah dapat Prince Charming hari ni.” Nada suara Farhan berbaur cemburu.

Faizah mengangkat mukanya. Dilihat wajah Farhan sudah berubah merah.

“Kau kenapa? Jealous?” soalnya selamba.

“Kalau aku jealous kau nak buat apa?” spontan Farhan menanyakan soalan yang lain buat Faizah.

Faizah membiarkan soalan itu tidak berjawab apabila dilihat Miss Rozita sudah memulakan kuliah. Dia tidak mahu fokusnya hilang semasa belajar.

Setelah tamat kuliah dan kelibat Miss Rozita hilang dibalik pintu, Shukri yang sempat menonton sketsa tadi datang menghampiri Faizah dan Farhan. Gayanya tidak ubah seperti Mami Jarum.

“Faiz, siapa peluk kau tadi? Sweetnya aku tengok. Macam cerita dongeng you all.” Serentak Faizah, Farhan, dan Mira menarik nafas panjang. Susah jika Shukri sudah mula berbicara.

“Cepatlah Faiz. Tak nak cerita ke? Mata bertentang mata lagi tadi aku tengok. Sangkut dekat hati tak Faiz?” Jari telunjuknya mengarah ke dada Faizah.

“Eh, baju kau. Renda-renda hari ni. Baru aku perasan.” Tangannya sudah mula membelek-belek renda di bahagian lengan tangan blouseyang dipakai oleh Faizah.

“Wei, kau tak payahlah nak pegang-pegang bagai Shu oii. Rimaslah aku,” ujar Faizah dan sepantas itu dia menepis tangan Shu.

Brooch kau ni. Amboi. Berantai-rantai. Macam rantai basikal. New version ke?” Shu masih terus berbicara.

Malas melayan pertanyaan Shukri yang tidak tahu bila akan habis, Faizah bingkas bangun dan keluar daripada kelas itu. Langkah kaki diarahkan menuju ke perpustakaan. Mira hanya mengekori daripada belakang.

“KITA nak naik atas ke nak duduk bawah ni je Faiz?” Mira menyoal sebaik sahaja mereka berdua melangkah masuk ke dalam library.

“Saya nak guna komputer sekejap. Nak check e-mail,” ujar Faizah sambil menghayun langkah menuju ke sudut komputer.

“Okey. Jom.”

Setelah mengisi data di buku log dan meletakkan kad pelajar di board, Faizah dan Mira menunggu giliran mereka. Mereka menuju ke komputer lima dan enam setelah dua pelajar siswa berlalu pergi.

Faizah mengambil tempat duduk di sebelah tingkap. Digerakkan mousedi atas meja. Jelas terpampang background komputer itu dengan bendera negeri Johor. Bibirnya tersenyum. Pantas dicuit tangan Mira di sebelahnya.

“Macam tau-tau je saya orang Johor. Bendera Johor tu,” tuturnya bangga dengan senyuman mekar di bibir. Mira hanya tersenyum memandang Faizah yang berperangai keanak-anakan.

So, orang Johor?” siswa di belakangnya bersuara. Pantas Faizah dan Mira menoleh.

‘Alamak! Mana nak sorok muka ni. Mr. Prince Charmingni ada pula dekat sini,’ bisik hati Faizah. Faizah dan Mira hanya tersengeh dan memalingkan muka mereka kembali ke hadapan.

Mahu sahaja dibenamkan mukanya masuk ke dalam komputer. Malunya masih belum hilang lagi. ‘Relax Faiz. Relax. Bukan kau sengaja pun nak suruh dia pegang kau tadi,’ Faizah cuba menyenangkan hatinya sendiri. Pantas tangannya menekan papan kekunci dan membuka e-mail. Setelah selesai, segera dia mengajak Mira keluar daripada perpustakaan itu.

“Memalukan betul. Boleh pula mamat tu ada dalam library,” ujar Faizah perlahan. Tangannya pantas membuka air tin Coca-Cola yang dibeli daripada vandor machine yang diletakkan di Foyer Libraryitu.

“Bukan salah awak pun Faiz. Tak sengaja kan. Tapi handsome juga mamat tu. Kalau tak silap saya, dia komander PBSM juga tau.” Mira menuturkan dengan dahi yang berkerut-kerut. Seingatnya, lelaki yang menyelamatkan Faizah tadi adalah salah seorang komander mereka dalam ko-kurikulum PBSM. Mungkin juga dia tersalah orang.

“Lantaklah dia tu siapa pun. Malas nak fikir.” Faizah meneguk air Coke itu bagi menghilangkan rasa hausnya. Namun otaknya memikirkan kemungkinan kata-kata Mira itu. Jika benar Prince Charming itu komander mereka dalam PBSM, maka petang nanti akan ada bala besar yang bakal melanda dirinya.

“Hmm. Lagi satu kan Faiz, saya rasa dia senior kita jugalah. Semester empat dia tu. Awak perasan tak tadi ada Abang Fazwan sebelah dia?” Mira masih lagi membuat berbagai-bagai spekulasi.

“Duduk sebelah tak bererti dia orang kawan. Kalaudia orang tak kawan, secara hipotesisnya, saya boleh katakan yang dia bukan senior kita,” Faizah menuturkan sepatah-sepatah.

“Yelah. Kita tengok petang nanti, hipotesis siapa yang betul.” Mira sudah memberikan senyuman mengejek kepada Faizah. Dia yakin lelaki itu adalah seniormereka kerana dia pernah melihat lelaki itu bersama dengan senior-senior Diploma Sains yang lain.

“Eii. Sengih pulak dia. Siapa kalah kena belanja keropok lekor balik nanti. Deal?” Faizah sudah bertaruh dengan Mira.

Deal.” Mira dengan penuh yakin menepuk telapak tangan Faizah tanda setuju dengan taruhan itu.

Prince Charming atau nama sebenarnya Iskandar Shah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat dua gadis itu. Senyuman menghiasi bibirnya. ‘Kita lihat petang nanti siapa yang kena,’ bisik hatinya.

ANGIN bertiup kencang petang itu. Sekencang degup jantung Faizah. Petang ini dia bakal mengetahui adakah hipotesisnya benar atau tidak. Padang Kawat sudah dipenuhi dengan siswa siswi semester satu. Semuanya berkumpul disini untuk aktiviti kokurikulum.

Farhan melihat kelibat Faizah yang sudah menghampiri barisan PBSM. Lama sudah dia tidak mendajal Faizah. Oleh kerana Farhan memasuki badan kokurikulum Kesatria Negara ataupun lebih mesra dipanggil KESAT, maka barisannya agak jauh daripada Faizah.

‘Sementara ada masa ni, baik aku kenakan Faiz,’ detik hatinya. Farhan menghampiri Afiq dan memberitahu ideanya untuk mengenakan Faizah. Afiq terkekeh-kekeh ketawa seraya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham arahan yang diberikan oleh Farhan. Lantas kedua-duanya menghampiri barisan Ko PBSM.

Farhan berdiri betul-betul di hadapan Faizah yang leka duduk termenung di barisan paling hadapan.

“Oh angin...” Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa seolah-olah faham bait lirik lagu yang dinyanyikan oleh Farhan. Farhan memejamkan matanya dan meneruskan nyanyian.

“Sampaikan laguku padanya…. Yang sering pilu,” Farhan menyanyi sepenuh hati sambil melutut di hadapan Faizah. Faizah yang terperanjat membelakangkan badannya.

“Terimalah....” Afiq sudah mula menjatuhkan daun-daun di atas kepala Faizah.

“Daku menjadi teman hidupmu untuk selamanya,” Farhan masih terus menyanyi.

Sorakan mula kedengaran daripada semua siswa siswi. Lagu Belaian Jiwa nyanyian kumpulan Innuendo ini memang boleh merasuk sesiapa sahaja yang mendengarnya untuk turut menyanyikan bersama. Maka tidak hairanlah hampir semua siswa siswi yang berada di Padang Kawat itu turut menyanyi bersama Farhan.

‘Mula dah budak berdua ni,’ Faizah mengomel dalam hati. Faizah membuang daun-daun yang masih melekat di tudungnya.

“Sengetlah tu Farhan. Afiq, kau pun sama melayan otak si Farhan ni,” ujar Faizah. Tangannya masih sibuk membuang daun-daun yang masih dijatuhkan oleh Afiq di atas kepalanya. Farhan dan Afiq masing-masing tidak mempedulikan kata-kata yang diuturkan oleh Faizah. Lagu Belaian Jiwa terus berkumandang.

“Kau tahu betapa ku sayang padamu, hanya bidadari sebagai ganti.” Farhan masih melutut di hadapan Faizah. Kali ini, Deli dan Afiq masing-masing secara sukarela menjadi penyanyi latar dan memetik jari. Siswa siswi lain juga turut menjadi penyanyi latar dan memetik jari masing-masing bagaikan membentuk satu kumpulan choirUiTM Jengka yang sangat harmoni bersama Farhan, Afiq dan Deli.

“Kira dah macam Innuendo la ni konon-kononnya,” Faizah menuturkan dengan riak wajah selamba. “Kau ni tak malu ke Farhan. Semua tengok drama muzikal kau ni.”

Mira tidak mampu menahan tawanya. Mulutnya ditekup. Expect the unexpected. Kerja gila macam ni, memang Farhan seorang sahajayang pakar. Siapa sangka tiba-tiba semua siswa dan siswi yang ada di padang kawat itu turut menyanyi bersamanya.

“Buat apa nak malu. Dah memang aku sayang kau. Kau pun sayang aku kan?” Farhan bertanya spontan. Memang dia benar-benar sayangkan Faizah. Dia juga mahu tahu apakah perassan Faizah kepadanya.

Semua mata bertumpu ke arah Faizah. Menanti jawapan yang akan diberikan oleh Faizah kepada Farhan.

“Senget. Dah jangan nak mengarut. Pergi masuk barisan kau. Tu Abang Azuan dah datang,” tutur Faizah sambil memuncungkan bibirnya ke arah komander KESAT yang dimaksudkannya.

“Ada je alasan nak mengelak. You owe me the answer.” Sempat Farhan membaling daun yang ada di situ ke badan Faizah sebelum berlari masuk ke barisannya.

Faizah yang bengang, terus berdiri dan mengibarkan T-Shirtdan tudung yang dipakai untuk membuang daun-daun yang masih melekat. Mira turut berdiri membantu Faizah.

“Masuk barisan!!” Laungan suara komander Rid jelas kedengaran. Semua ahli PBSM bangun dan masuk ke dalam barisan.

“Ke kanan lurus,” laungan suara itu kedengaran memberikan arahan. Serentak arahan itu, semua memalingkan muka ke kanan dan mengangkat tangan kanan dan diletakkan di atas bahu orang di sebelah.

Semua muka menghadap ke hadapan apabila arahan pandang hadapan diberikan oleh komander. Seperti biasa setiap kali setelah arahan rehatkan diri diberikan, pemeriksaan pakaian akan dilakukan.

“Awak, tudung kenapa ada kerawang lagi? Berapa kali nak cakap, pakai tudung mayat!!” tengking komander Rid kepada salah seorang ahli.

Pemeriksaan masih diteruskan. Kini, tiba giliran siswa siswi fakulti sains gunaan. “Tunjuk kuku.” Arahan dikeluarkan. Semua menunjukkan kuku masing-masing. Komander Rid berhenti betul-betul dihadapan Faizah.

“Kamu! Asah kuku kamu sekarang juga atas tar ni.” Matanya mencerun memandang Faizah.

Hek eleh. Kerek betul. Komander je pun mamat ni. Sekali aku sekeh baru tau,” ujar Faizah setelah komander Rid agak sedikit jauh daripadanya.

Komander Rid kembali ke arah Faizah. “Kamu cakap apa tadi? Ulang balik.” Panas hatinya mendengar kata-kata Faizah tadi.

“Aku cakap, kau tu komander je pun. Yang nak kereksangat apa hal? Aku sekeh sekali baru tahu,” selamba Faizah menuturkan kembali .

“Berani awak nak sekeh saya? Cuba buat sekarang.” Komander Rid semakin membara. Berani sungguh siswi ini melawan kata-katanya.

Sepantas itu, tangan Faizah menolak kepala komander Rid. “Dah. Puas hati?” soalnya kepada lelaki itu yang telah merah padam mukanya.

Komander Rid telah mengangkat tangannya untuk menampar pipi Faizah. Kesabarannya hilang. Marahnya membuak-buak.

Komander Iskandar Syah yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati kini datang menghampiri. Tangan komader Rid di pegang.

“Kau yang suruh dia sekeh kepala kau tadi. Dia dah buat. Yang kau nak marah kenapa?” soalnya kepada komander Rid.

“Kurang ajar perempuan ni,” ujar komander Rid.

“Sudahlah tu Rid. Behave yourself. Our junior’s tengok tu,” komander Is cuba menenangkan keadaan.

Mata Faizah mencerun memandang komander Rid. Seolah-olah mahu menerkam lelaki itu.

“Kamu, keluar baris. Ikut saya,” ujar komander Is.

Faizah memandang komander Is. ‘Eh, macam pernah nampaklah komander ni, tapi dekat mana ya?’ bisik hatinya. Satu jelingan tajam diberikan kepada komander Rid. Setelah keluar baris, Faizah melintas di belakang komander Rid. Sempat dia membisikkan sesuatu. “Kau ingat kau hotdalam U ni? Boleh blah.”

Satu senyuman mengejek diberikan oleh Faizah kepada komander Rid yang sememangnya tidak disukai oleh semua pelajar semester satu. Komander Rid adalah salah seorang OC semasa MMS dengan gelaran Abang Rid. Mereka adalah orang yang sama.

FAIZAH hanya membontoti langkah Komander Is. Akhirnya mereka tiba di hadapan Foyer Library.

“Duduk,” arah Komander Is.

Faizah mengangguk dan duduk bertentangan dengan komander Is. Mukanya ditundukkan.

Your name?” soal komander Is.

“Faiz. Nur Faizah.”

“Faizah. Nice name. Saya Iskandar Syah. Boleh panggil Abang Is.”

Faizah sekadar mengangguk. Otaknya masih mencerna di mana dia melihat lelaki ini. Akhirnya otaknya mengigat kembali drama sebabak kisah Tuan Puteri dan Prince Charmingnya. Sepantas itu Faizah membenamkan mukanya ke meja. ‘Eiii, dia ni ke? Malunya. Ya Allah,selamatkanlah hambaMu ini,’ doanya dalam hati.

Iskandar sudah tertawa melihat gelagat Faizah yang keanak-anakan itu. “Sudahlah tu. Termasuk muka tu dalam meja nanti,” ujarnya tenang.

Faizah mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak mahu mengangkat mukanya. Iskandar masih tersenyum.

I save you three times today. Tak ke tu namanya jodoh?” Iskandar menuturkan. Suaranya agak perlahan membuahkan suasana romantis.

“Siapa suruh selamatkan?” Faizah masih tidak mengangkat mukanya.

“Diri sendiri yang nak selamatkan,” perlahan Iskandar menuturkan.

Iskandar menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat Faizah masih tidak mahu mengangkat mukanya. “Dahla tu. Risau abang tengok awak macam tu. Nanti kalau melekat muka tu dalam meja siapa nak selamatkan? Abang juga kena selamatkan.”

Akhirnya Faizah mengangkat mukanya. Pipinya memerah.

‘Subhanallah, cantik.’ Iskandar memuji di dalam hati. Bibirnya tersenyum memandang wajah Faizah yang tidak tahu untuk ditafsirkan perasaannya pada waktu itu.

“Dah, jom masuk Dewan Kuliah belajar teori,” ujar Iskandar setelah melihat ahli PBSM sudah menuju ke Dewan Kuliah.

Faizah sekadar mengangguk. Mereka bergerak ke Dewan Kuliah bersama-sama. Memandangkan Faizah masuk agak lewat sedikit, dia terpaksa duduk di bahagian belakang. Terpisah daripada Mira dan dikelilingi oleh siswa.

Cuba berlagak tenang, Faizah mengeluarkan buku notanya dan sebatang pen. Namun pen yang dipegangnya terjatuh ke lantai. Entah mengapa dia tidak selesa di situ. Mahu dijerit memanggil Deli terlalu jauh pula. Memanggil Mira apatah lagi.

Akhirnya Iskandar Syah datang menghampiri. “Duduk dalam. Biar abang duduk sini,” arahnya perlahan lantas memberikan pen Faizah yang jatuh dilantai tadi. Faizah hanya menurut perintah. Dia beralih ke bangku sebelah.

“Dengar elok-elok. Fokus. I’m here. Don’t worry,” tambahnya lagi. Dilihat wajah Faizah lebih tenang daripada tadi. Sekuntum senyuman terukir di bibirnya.

Kini, tumpuan Faizah telah sepenuhnya kepada isi kuliah. Dalam diam, Iskandar Syah memerhati wajah Faizah dan gerak-gerinya. Dadanya berdegup pantas. “Adakah aku jatuh cinta?” soalnya di dalam hati. ‘Shhhh~ Dalam Diam Ku Mencintaimu,’ otak Iskandar akhirnya mencerna.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.