Home Novel Cinta Kerana TAUFIQ versus HIDAYAH
CHAPTER 1 (ii) EDITED

Kolej Antarabangsa MAZ, Petaling Jaya

Taufiq memandang penuntut-penuntutnya di dalam dewan kuliah yang boleh menempatkan hingga seratus orang penuntut dalam setiap sesi kuliah itu.

Masih menunggu kalau-kalau ada yang mahu mengutarakan sebarang persoalan berkaitan modul yang telah mereka bincangkan sepanjang kuliah tadi.

Any questions?” dia ulang soalan untuk kali kedua apabila pertanyaannya yang pertama tadi tidak mendapat maklumbalas.

Sure? Kalau tak ada soalan, saya anggap anda semua tidak ada masalah untuk menyiapkan assignment yang telah saya edarkan melalui email sebelum mula kuliah tadi.”

Seorang penuntut melambai untuk menarik perhatiannya. Taufiq mengangguk tanda memberi izin untuk penuntut itu meneruskan soalan.

“Dr. Taufiq, dateline untuk assignment tu Dr. beri hingga hujung minggu ini.”

Serta-merta suasana di dewan kuliah menjadi hingar. Bunyi keluhan kedengaran di sana-sini. Dr Taufiq kekal di posisinya. Senyum.

“Ada masalah dengan dateline yang diberikan?”

“Dr. Taufiq, minta extension boleh?” tanya seorang penuntut lain.

Count down pun belum mula, dah minta extension. Apa hal? Tak macho lah macam ni bro.”

Hingar lagi seluruh dewan. Ada yang mengeluh, ada yang ketawa dengan jawapan pensyarah mereka. Taufiq memang dikenali sebagai pensyarah yang sporting di kalangan penuntut. Namun begitu dia tetap digeruni kerana ketegasannya jika dateline dan peraturan yang dikenakan diingkari.

Try meet the first dateline, boleh?” lembut tetapi tegas maksud kata-katanya. Meniru sedikit nada penuntut yang meminta sambungan masa itu tadi.

“Susahlah Dr. Taufiq, kami ada banyak assignments lain.”

Leher Dr Taufiq memanjang mencari empunya keluhan. Kreatif sungguh budak-budak ni beri alasan. Tapi sayangnya, alasan itu pada Taufiq dah sangat lapuk. Atau bahasa kasarnya, ’aku peduli apa?’.

Dateline bantu kita urus masa dengan cekap dan berkesan. It’s a kick start to success. Macam mana you all nak successfully survive dalam kehidupan selepas belajar, kalau belum mula pun dah beri macam-macam alasan? Berfikir positif, berusaha dengan positif, then insya-Allah you all saya beri A positive for my subject. Deal, all?

Bunyi lebah kedengaran memenuhi ruang dewan kuliah. Mahu tak mahu, itulah dateline yang telah Dr Taufiq beri kepada mereka. Sekurang-kurangnya dateline diberi dengan kata-kata motivasi.

Usai penuntut-penuntut bersurai, telefon bimbitnya berbunyi.

“Assalammualaikum.”


Kuala Lumpur

Azreetersenyum mendengar suara Taufiq di hujung talian. Cepat sungguh Taufiq beri salam kepada panggilannya.

“Waalaikumsalam. Apa khabar Dr Taufiq?” soal Azree sambil melabuh punggung ke atas kerusinya kembali. Dalam suku jam lagi, rehat tengahari bermula. Petang ini pula dia harus menghadiri mesyuarat dengan pelanggan di Petaling Jaya,

Dah kebetulan ke sana, kalau Taufiq sudah habis jadual kuliah, dia mahu pelawa senior universitinya itu minum petang bersama. Itupun kalau tidak ada aral melintang.

“Sejak bila kau address aku, Dr ni? Anyway, aku sihat, alhamdulillah. What’s up bro?”

Suara Taufiq kedengaran serius. Namun ia tidak dapat menghalang tawa Azree kerana dia sudah boleh bayangkan memek muka lelaki di sebelah sana.

“Apa khabar Amy and the twin? ”

“Kau, khabar aku pun tak tanya. Tiba-tiba nak tanya khabar bini aku, apahal bro?

“Aku dengar suara kau sihat walafiat je, nak tanya buat apa lagi. Buang karan je. Kau jealous ke?” selamba Taufiq menjawab.

Lalu mereka serentak ketawa.

“Ni... aku ada mesyuarat kat PJ nanti dalam jam 2.30 macam tu. Selalunya kami habis around 4 to 4.30. Kau ada kuliah ke petang nanti?”

Azree belek jam tangannya. Berharap juga Taufiq ada masa luang. Sudah lama tidak minum dan bersembang bersama.

“Hmmm.... ”

Barangkali Taufiq sedang menyemak jadualnya. Azree sabar menunggu.

“Bolehlah kot. Tempat biasa? ”

“Yup, tempat biasa.”

“Kau datang dengan siapa? ”

“Eh, aku seorang je lah. Kau nak aku datang dengan siapa pulak?” soal Azree kehairanan.

“Manalah tau... kot kau datang dengan Amy ke?”

“Bang, siang ni. Dia kat tempat kerja lah. Kau ni pun, dinner nak ada bini aku, tea time pun nak ada bini aku... over tu. ”

Mereka ketawa lagi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.