Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
70,999
Kategori: Buku
Genre: Umum
Terdesa

Jinjang kasih sayang berpanjangan,
Ibarat dongeng si ibu itik,
Sungguh dia selalu berangan,
Ingin memiliki isteri yang cantik.

Di kampung Sutera itu sudah menjadi tempat berfoya-foya untuk anak buah Jagat. Hampir separuh dari kawasan penduduk di kampung sutera itu telah pun di miliki oleh Jagat. Maka, semakin ramailah orang tinggal di tanah kepunyaan Tok Laba. Ada yang tidak mempunyai rumah kerana kalah di tangan Jagat, tinggal di kebun mereka sendiri. Harta-harta yang masih tertinggal bagi setiap orang. Namun ada yang bodoh mempertaruhkan kesemuanya untuk hadiah dari Jagat iaitu emas permata yang di bawa oleh Jagat. Di tempat makan kawasan kandang itu....

Tok Laba : Menumpang dahan di pokok yang patah, ramai orang yang sudah kalah.
Orang Kampung 1 : benar. Kalau lah ada Yunus.
O.K 2 : kalau ada dia pun mesti kalah juga. Selama ini kita ingat dia lah raja pantun gurindam apa semua tu. Sekali dia lemah dengan pantun teka teki.
O.K 3 : apa yang susah sangat ntah. Cuma teka teki.
Tok Laba : kamu senang lah cakap.. beban yang Yunus tanggung kamu tak tahu. Sekarang dia tak ada. Sekurang-kurangnya, Yunus itu satu-satunya orang yang mampu melawan dia beberapa kali jual beli walaupun kalah pada akhir nya.
Mid : dia dah lama rancang, kita saja yang lalai. Leka. Dulu, bukan kah dia gunakan helah seperti ini juga. Cuma masa tu hanya Yunus saja yang kena.
O.K 1 : ya betul. Yunus tu banyak harta nya. Orang kaya.
Tok Laba : hish dia ni. Menyibuk je. Pergi main tempat lain. Menyampuk cakap orang tua.

Tiba-tiba salah satu orang kampung itu mula mengamuk.

O.K 5 : ahhh aku tak kira, aku nak dapatkan balik rumah aku.
Tok Laba : sabar, kamu nak bagi hadiah apa kalau kamu kalah?
OK 5 : aku masih ada perternakan ikan.
OK 2 : jangan, kalau kau kalah.. kita nak makan apa?
OK 5 : ahhh ..

Orang itu mengendahkan pujuk rayu orang kampung dah terus beredar dari situ. Dia menuju ke tempat jagat..
Sementara itu di tempat Jagat.

Jagat : besar sungguh rumah ini.
Anak Buah 1 : bukan ke ini rumah Yunus dulu?
Jagat : ya benar! Hahaha..
A.B 2 : berapa lama kita tinggal dekat sini?
Jagat : sampai kita rampas semua milik mereka.

Kata Jagat dengan senyum sinis.

A.B 2 : anak ketua kampung tu lawa juga.
Jagat : kau jangan !! Dia aku punya. Semua nya aku dah rancang.
A.B 2 : maafkan saya..

Datang lah orang kampung tadi dengan memekik-mekik nama si Jagat dari luar rumah.

A.b 1 : kurang hajar! Tak reti bagi salam ke?
OK 5 : assalamualaikum!!
A.B 1 : waalaikumussalam.. ha ada apa?
OK 5 : Jagat mana?! Aku nak ambil balik rumah aku.
A.B 1 : apa? Kau dah kalah.....

Jagat muncul di belakang anak buah nya dan mengangkat tangan agar anak buah nya berhenti bercakap.

Jagat : ya ? Apa hadiah nya?

Kata Jagat dengan tenang.

OK 5 : aku ada perternakan ikan. Kalau aku kalah , kau ambil lah. Tapi jika kau kalah, kau kena pulangkan balik rumah aku.
Jagat : baik lah. Apa tema nya?
OK 5 : teka teki !!
Jagat : oh bagus.. pergi ke....
OK 5 : wooo, biar aku yang jadi penjual. Kau ingat aku bodoh.. kau menang sebab kau yang selalu jadi penjual, bukan pembeli. Sebab mungkin kau sendiri tak tahu jawapan pada teka teki kau sendiri!!
Jagat : huh!! Cihh hahaha.. silakan..
O.K 5 : Daun gugur jatuh ke duri, pukul kuat batu bata, kalau tuan bijak bestari, apa benda macam senjata?

Jagat mula berfikir. Sebenarnya dia sudah tahu akan jawapan itu. Namun dia berpura-pura sedang kesulitan.

OK 5 : hahaha nampak nya kau tak tahu bukan? Mengaku kalah saja.

Katanya dengan bangga.

OK 5 : terlalu lama. 10 saat!

Dia pun mula mengira undur.

Jagat : hehehe terlalu senang.
OK 5 : Apa? Jangan nak menipu! Apa jawapan nya?
Jagat : badang orang nya sangat perkasa, mampu mengangkat pokok berbatang-batang, kalau tuan pergi ke angkasa, sudah tentu jawapannya bintang.

Orang kampung itu terus terbeliak mata nya. Terkejut ya amat sehinggakan tidak berkata-kata.

Jagat : sekarang, perternakan kau jadi milik aku. Pengawal!! Campak dia keluar dari sini!
OK 5 : ti..dak.. bukan itu.. salah!! Bukan!!!

Bagaikan gila orang kampung itu menafikan jawapan yang di berikan Jagat. Padahal dia terkejut besar kerana kalah. Sedangkan Tok Laba dan orang kampung yang lain hanya memerhati dari jauh.

Tok Laba : sudah ku halang, namun apakan daya, ego nya setinggi bintang..

Waktu malam, Mid sedang mencari kakak nya, Salwa. Dia menjumpai nya sedang duduk di batu-batu di bawah pokok yang rendang.

Mid : kakak?!!

Terkejut Salwa disergah begitu..

Salwa : apa ni ? Kacau orang saja.
Mid : buat apa tu? Nak basuh kain ke malam-malam dekat sungai ni..
Salwa : tak ada la. Dulu abang Yunus selalu tidur tengahari kat sini. Tu yang saja datang.
Mid : ehem! Semenjak bila pula Yunus tu jadi Abang..
Salwa : ahh.. tak tak.. Yunus si gila tu. Selalu kat sini.
Mid : ceh, macam lah orang tak tahu. Kakak sudah menaruh hati dengan abang Yunus tu.
Salwa : mana ada? Orang salah sebut la.
Mid : lupakan lah.

Mid duduk di batu sebelah kakak nya. Obor yang di pokok itu menerangi gelap malam. Tiada bulan pada malam itu.

Mid : sunyi rasa tak ada abang yunus. Walaupun baru kenal secara berdepan.. tapi rasa macam dah kenal lama. Mungkin sebab selalu nampak tapi tak tegur.
Salwa : boleh lah. Dia tak ada pun bagus. Bukan boleh buat apa pun.

Esoknya, Jagat merancang sesuatu.. dia menghantar beberapa anak buah nya untuk menyebar kan bahawa Jagat akan rampas semua harta milik orang Kampung Sutera. Kemudian dia akan jual kampung ini untuk di jadikan tempat Kem tentera untuk berperang. Oleh itu, orang kampung sebaik sahaja mendengar perkataan 'perang' mereka terus tersentak. Jadi, orang kampung mula mengerumuni halaman rumah Tok Laba.

"Kami nak rumah kami balik"

"Kami mahu ketua kampung bertanggungjawab"

Itulah kata-kata yang di ulangi oleh orang kampung sutera itu.

Tok Laba : sabar! Sabar!! Ada apa ni?!!
OK 3 : jagat dia nak rampas semua harta orang kampung.
OK 4 : bukan itu saja tok!
OK 500 : ya! Dia nak jadikan kampung ini kem untuk tentera perang.
OK 108 : bahaya tu tok. Nanti habis huru hara negeri ini.
Tok Laba : apa yang aku boleh buat?
OK 10 : tok kena lawan dengan jagat tu. Ambil semula rumah-rumah kami dan harta-benda kami.
Tok Laba : aku bukan tak boleh. Cuma aku tak berapa mahir dengan pantun.

Bersambung..... 

Previous: Puteri
Next: Hadiah

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy