Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
70,977
Kategori: Buku
Genre: Umum
Tujuan

Bukan ikan tapi berudu,
Berenang riang ke sana sini,
Apa yang terjadi sebelum itu?,
Mari kita mula dari sini.

Memang benar ketika itu, Yunus singgah di kedai buah-buahan untuk di jadikan buat tangan kepada tetamu raja.

Penjual : buah epal ni bagus. Biasa orang guna buah epal merah untuk di jadikan buah tangan. Rasa nya manis.
Yunus : boleh saya cuba.
Penjual : silakan.

Yunus pun mencuba nya. Memang rasa nya manis. Dari rasanya saja Yunus sudah tahu ini buah yang di bawa dari luar negara.

Penjual : macamana?
Yunus : boleh lah. Saya beli 3 biji. Buah lain?
Penjual : baguslah. Ada ada.. buah anggur. Tuan nak warna hijau ke ungu?
Yunus : apa beza nya?
Penjual : oh buah setiap berbeza rasa nya ikut dari warna. Bukankah begitu?
Yunus : betul juga. Tapi warna anggur ini agak kehitaman lah.
Penjual : ungu ini memang agak gelap. Itu tanda nya buah nya sudah matang. Jangan menilai dari luaran.
Yunus : ye betul juga. Saya beli 3 tangkai.
Penjual : ada nak tambah apa-apa lagi ?
Yunus : ada. Lagi satu.
Penjual : bagaimana jika hamba cadangkan buah manggis?
Yunus : buah manggis? Buah nya keras ya.
Penjual : memang keras.. tapi bila di buka, ada isi uang lembut memikat dalam mulut. Maksud hamba, rasa nya memikat. Cubalah.

Penjual itu membuka buah manggis itu dan memberikan isi buah manggis kepada Yunus.

Yunus : wah! Sedap sungguh. Ini akan jadi buah kegemaran saya.
Penjual : hamba senang mendengar nya. Jadi, nak 3 ?
Yunus : ya tapi tambah dua. Hamba mahu makan dalam perjalanan nanti.
Penjual : kenapa hanya tiga? Kemudian lima?
Yunus : oh.. buaya tertipu dengan sang kancil, hamba cuma suka nombor ganjil. Hahaha..

Mereka tertawa bersama. Ketika sampai ke istana, baru sahaja dia mahu masuk ke ruangan makanan.. dia terlihat satu sosok yang sangat dia kenali.

Yunus : Salwa? Macamana dia boleh sampai ke sini?

Fikir Yunus. Dia terpegun melihat Salwa yang duduk bersama Raja Muda.

Yunus : tak boleh jadi ini. Kalau Raja tahu hubungan kami, tentu dia akan murka. Lagipun Raja mahu berkahwin. Jangan-jangan dengan Salwa?! Aduh, apa yang patut aku buat? Patut ke aku cakap yang aku dan salwa dari kampung yang sama?

Yunus berfikir sejenak. Dia meneka di dalam fikiran nya. Cuba mencari penyelesaian.

Yunus : ya, aku kena buat-buat tak kenal. Seolah-olah kami tidak pernah bertemu.

Mendengar mereka di ruangan makan itu menyebut nama nya, dia terus masuk dan cuba untuk tidak melihat ke Salwa. Selesai sahaja mereka makan..

Raja Muda : Alhamdulillah. Kita sudah menyantap makanan ini sampai habis. Jadi, beta mahu kata sepakat atau pendapat dari kamu semua.
Abu : ampun tuanku, apa dia yang tuanku maksud kan?
Raja Muda : beta sudah membuat keputusan untuk menjadikan Salwa, permaisuri beta. Apa kata kamu?

Mereka terpana sejenak, saling berpandangan antara satu sama lain.

Raja Muda : apa kata kamu pula wahai tuan guru beta?

Yunus hanya diam sambil memandang Salwa.

Yunus : hamba tak boleh memberikan pendapat sampai hamba tahu apa tujuan gerangan cik Salwa kemari.
Raja Muda : ya, benar juga. Dinda belum ceritakan apa-apa lagi.
Salwa : baiklah. Di kampung hamba, aman damai. Kami budaya kan pantun dalam setiap kehidupan kami.
Raja Muda : pantun? Bukankah kampung kamu juga seperti itu Yunus?
Yunus : Hah? Oh tidak. Kampung hamba lebih tinggi ilmunya. Bukan pantun saja. Syair pun ada.
Raja Muda : oh begitu. Teruskan dinda.
Salwa : tetapi ada seorang lelaki dari kampung lain datang untuk beradu kepandaian melalui pantun. Hadiah yang dia sedia kan sangat lumayan. Sehinggakan orang kampung terpedaya dengan tawaran itu. Namun tiada seorang yang dapat melawannya. Orang yang kalah melawannya di rampas segala harta benda orang itu. Semua orang telah kalah dan kampung hamba menjadi milik lelaki ini. Hamba di paksa kahwin dengan lelaki itu. Suatu malam yang hangat, ayah hamba membantu hamba melarikan diri seorang diri.

Salwa mengalir kan airmata.

Salwa : hanya hamba sahaja yang selamat dari kekuasaan lelaki itu. Orang kampung pula di paksa berkerja di bawah pimpinan lelaki itu. Tujuan hamba sampai kesini adalah untuk mencari bantuan.
Raja Muda : maafkan beta, dinda sudah berkali-kali cuba menceritakan ini semua. Tentu sangat terseksa rasanya. Tidak kah ada seorang yang bijaksana di kampung itu?

Salwa menjeling pada Yunus.

Salwa : Ada tetapi orang itu sudah lama pergi meninggalkan kampung hamba!
Raja Muda : bertenang dinda.

Abu memandang kepada Yunus. Dia tahu siapa lelaki yang di maksudkan Salwa.

Salwa : tolonglah hamba tuanku. Hamba mendesak agar selamatkan lah orang kampung hamba.
Raja Muda : beta akan fikirkan nya besok bersama menteri beta.

Kata Raja muda itu sambil tersenyum.

Malam itu, Abu pulang bersama Yunus. Yunus meminta izin untuk tinggal bersama Abu pada malam itu saja.

Abu : aku tahu apa yang kau fikirkan. Kau mesti buntu.
Yunus : oh kau sedar rupanya.
Abu : habis tu? Apakah perempuan itu cinta hati kau? Hehehe...
Yunus : bukan.. dia cuma seorang musuh dalam pantun.
Abu : ya lah tu. Tapi apa-apa pun. Jangan melawan Raja. Besar akibatnya nanti.
Yunus : Raja tu kan seorang yang baik.
Abu : sebaik-baik Raja, jika terkena masalah tentang kesetiaan.. Raja boleh murka. Raja kita bukan Muhammad al Fateh. Kau kena tahu tu.
Yunus : haaa entahlah.

Yunus mula mati akal.
Abu pula cuma memikirkan cara memikat tuan puteri. Pada saat ini, mereka hanyalah seorang kawan. Dia tertanya-tanya apakah tuan puteri memiliki perasaan yang sama dengan nya. Keesokan harinya, ketika raja pergi memburu.. Salwa mencari-cari kelibat Yunus. Setelah sekian lama, dia terserempak dengan Yunus.

Yunus : Assalamualaikum tuan permaisuri?

Salwa tidak menjawabnya. Dia menampar wajah Yunus seperti melepaskan geram.

Yunus : aduh! Kenapa pula? Siapa ajar jawab salam dengan tamparan?
Salwa : waalaikumsalam. Padan muka.
Yunus : jalan-jalan menuju ke pekan, sungguh kau masih menakutkan.
Salwa : asah pisau sampai tajam, kau masih kejam.
Yunus : melihat bunga di paya bakau, sebab itu aku tak suka kau.
Salwa : jangan pijak batu busut, kau memang penakut.
Yunus : resah sungguh si bapa, eh kenapa pula?
Salwa : isi bulat itu bumi, kau tinggal kan kami.
Yunus : kalau nyanyuk cakap bukan-bukan, sungguh aku tidak diperlukan
Puteri : melipat baju dan kain, kamu seperti kenal antara satu sama lain.

Mereka berdua terkejut apabila melihat puteri tiba-tiba ada di situ.

Yunus : tolong jangan bagitau Raja.
Puteri : kenapa pula?
Salwa : kami akan di timpa masalah.
Puteri : jadi benarlah kamu berdua kenal antara satu sama lain. Abu ada cerita kan tidak lama dahulu.
Yunus : tolong lah.
Puteri : jangan risau. Beta tidak tidak akan masuk campur. Lagipun, jika bukan kerana kamu, beta tidak mungkin bertemu abu sadad.
Yunus : nasib baik. Terima kasih. bukan hamba yang menemukan tuan puteri dengan si Abu.
Salwa : mula lah tu
Yunus : tetapi jodoh yang menemukan.
Salwa : dah agak.
Puteri : hehehe. Kamu fikir Abu menyukai beta?
Yunus : sudah pasti.
Puteri : sebenarnya beta tahu. Cuma beta masih menunggu dia yang mulakan. Bukan apa, dia seperti takut-takut. Padahal beta sudah khabarkan tidak perlu terlalu rasmi dengan beta.
Yunus : betul tu. Eh mana Raja?
Puteri : dia pergi memburu. Baiklah, beta mahu mandi.

Mereka berdua melihat kepergian tuan puteri.

Salwa : apa yang harus kita lakukan? Patutkah kita lari dari kota ini.
Yunus : jangan. Raja tentu akan mencari kita. Kita akan hidup dalam pelarian.
Salwa : aku tak boleh tunggu dengan lama. Raja tu mahu berkahwin dengan aku. Kau tak rasa apa-apa ke?
Yunus : rasa apa?
Salwa : bodoh!!

Salwa terus pergi dari situ.. tinggal lah Yunus seorang diri.
Terlihat kelibat seseorang yang sedang mengintai mereka berdua dari tadi.

Bersambung...

Previous: Rahsia
Next: Murka

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy