Home Buku Alternatif Silence: Menari dalam Fikiran
Silence: Menari dalam Fikiran
Kid Haider
28/10/2018 00:35:55
9,015
Kategori: Buku
Genre: Alternatif
Kata 17

Jangan Suruh Aku Berhenti

Katakan cinta itu cuma ilusi,
Mainan hati tanpa erti,
Aku rela ditipu lagi,
Asalkan kau masih di sini.

Beritahu aku segala cela,
Segala kurang, segala lara,
Hujani aku dengan kata,
Asal jangan suruhku lupa.

Aku tetap akan mencinta,
Walau hati kau tak percaya,
Biarkan aku karam sendiri,
Asal jangan suruh aku berhenti.

Previous: Kata 16
Next: Kata18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.