Slot 3 : Bunga-bunga Alim
Kali ini kita nak cerita pasal bunga.
Cuba perhati bunga.
Bunga boleh mekar kalau tanah tu cantik, disiram, diberi cahaya, dijaga elok-elok. Tapi kalau kurang satu antara tu, apa jadi?
(Jawab sendiri)
Macam tu juga dengan bunga-bunga alim di taman hati kita ni. Kenapa bunga-bunga? Sebab taman hati perlu banyak bunga-bunga alim. Silih berganti kerana bunga pasti akan layu. Kena sediakan bunga lebih untuk berdepan dengan ribut dugaan yang Allah tiup bila tiba masa sahaja.
Taman hati kita ni perlu selalu disiram dengan air istiqamah. Perlu ada baja syukur. Mesti ada cahaya sabar. Angin cinta perlu bertiup sesuai dengan kadarnya. Tanah iman perlu cantik setiap masa.
Barulah sesuai dikatakan dalam hati ada taman.
Ada orang kata berubah itu senang.
Bila-bila masa.
Jadi, apa susahnya berubah?
Susahnya bila kita tidak istiqamah.
Nantikan Slot 4 : No Couple Before Nikah?