Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
11 - 2

“MAMA kena tolong Fad! Mama harus halangperkahwinan Hilman dan Asha. Fad tidak rela dengar Hilman lafazkan akad nikahdengan nama Asha Hasna. Asha itu bekas tunang Fad, mama! Masih banyak lelaki diluar sana yang boleh Asha pilih. Mengapa Hilman juga yang menjadi pilihannya?”

            Fadlitidak akan berputus asa. Andai kata Asha dan Hilman ditakdirkan berjodoh, diatetap akan memisahkan mereka. Dia suka melihat Hilman menderita!

            DatinZaryn mendengus.

            “Habisitu, apa yang Fad mahu mama buat? Fad sendiri nampak yang papa beria-iabersetuju dengan keputusan Hilman untuk mengahwini Asha! Hilman bebas lakukanapa-apa sahaja kerana mendapat sokongan papa!” bidas Datin Zaryn.

            DatinZaryn juga sama seperti Fadli. Tidak mahu merestui perkahwinan Hilman dan Asha.Pada permulaannya, dia memang menyukai Asha. Gadis itu amat menghormati orangtua dan sangat bersopan santun. Tetapi setelah Asha menerima lamaran Hilman,rasa suka itu bertukar kepada benci. Jika dia benci Hilman. Dengan Asha pun diabenci juga!

            “Mama,Fad masih menyayangi Asha!” rengek Fadli.

            DatinZaryn berdecit lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

            “CubaFad beri cadangan untuk kita batalkan perkahwinan mereka. Mama akan sedayaupaya memastikan supaya mereka tak jadi kahwin!” balas Datin Zaryn.

            Fadlimengukirkan senyuman penuh makna.

            “Apakata kalau mama cuba bercakap secara baik dengan Hilman? Fad kenal adik Fad tu,mama. Dia sentiasa berlakon menjadi seorang anak yang konon-konon baik terhadapibu bapanya. Mama ambillah kesempatan di atas lakonan dia tu. Mama bolehbermain dengan emosinya. Adakah mama faham apa yang Fad cuba sampaikan?” hasutFadli.

            DatinZaryn mendengus.

            “Fadnak mama berbaik-baik dengan anak yang tidak berguna sesen tu ke hah? Pandangmuka dia pun mama tidak ingin, apatah lagi nak bercakap dengan dia! Janganlahsuruh mama lakukan perkara yang mama tidak suka!” bentak Datin Zaryn.

            Fadliberdecit.

            “Fadbukan suruh mama bersujud di kaki dia!” bentak Fadli.

            “Dahtu?” herdik Datin Zaryn.

            “Sekalisekala mama kenalah lunturkan kekerasan hati mama untuk Fad. Fad adalah anakkesayangan mama. Mama mesti sanggup lakukan apa-apa saja demi Fad kan? Fad cumanak mama bantu Fad untuk mematikan hasrat Hilman tu. Ala, Fad tahu yang mamaboleh buat! Mama kan hebat!”

            Berbuih-buihmulut Fadli mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk mamanya itu.

            DatinZaryn menggigit bawah bibirnya.

            “Mamatak nak,” tolak Datin Zaryn.

            “Mamanak tengok hidup anak kesayangan mama ni menderita ke?” balas Fadli yangsengaja menerbitkan rasa bersalah di pundak Datin Zaryn.

            DatinZaryn tergamam.

            “Mama…”

            “Takapalah kalau mama tak nak tolong Fad,” potong Fadli lalu bangun. Membelakangimama, bersedia untuk pergi meninggalkan Datin Zaryn.

            “Fad,mama akan menuruti kemahuan Fad!” Lekas Datin Zaryn membalas.

            Fadlimenghentikan langkahnya. Kerja kerasnya itu membuahkan hasil. Kau tidak akanmemiliki Asha Hasna, Hilman Adrian!

Previous: 11 - 1
Next: 11 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.