Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
8 - 2

SELEPASmenghantar Datuk Syukur di KLIA, Asha dan Afidah menyinggah direstoran McDonalds untuk menjamu selera. Jarum jam yang sudah berubah ke angkalima petang itu ternyata memeranjatkan mereka. Rupa-rupanya mereka masih belummakan tengah hari. Patutlah terasa lapar sahaja.

            Ashamengecop meja manakala Afidah pula beratur di kaunter untuk memesan makanan.Asha memilih tempat duduk yang berdekatan dengan sinki supaya senang untukmembasuh tangan. Baru sahaja duduk, tiba-tiba telefon bimbitnya berderingmenandakan ada panggilan masuk. Lekas Asha menyeluk tas tangannya. Telefonbimbit ditarik keluar. Skrin diperhati.

            “Eh,siapa yang menelefon aku?”

            Lantaspanggilan itu segera dijawab.

            “Hello?” sapa Asha.

            “Are you Asha Hasna?” soal satu suara dihujung talian.

            Eh,bagaimana si pemanggil itu mengetahui nama Asha? Tetapi suara itu sepertipernah didengari.

            “Yes, I am. Do I know you?” balas Asha.Soalan bertukar dengan soalan.

            “Who am I? I am Hilman Adrian, yourprospective husband,” balas Hilman dengan nada romantik.

            Ashaterkedu. Dia seolah-olah berasa gugup untuk membalas kata-kata Hilman. Aliranpernafasannya serta-merta berdetak dengan laju. Beberapa kali ditarik nafasnyaagar terus berada di dalam keadaan yang tenang. Dia tidak mahu Hilman menyedariperubahan emosinya. Lehernya dipanjangkan ke arah kaunter untuk mengesankelibat Afidah. Fuh, mujurlah Afidah masih lagi beratur menunggu gilirannyaitu.

            “Err,Hil… Hilman?” Ah, gagap juga! 

            Hilmantertawa kerana lucu.

            “Awakterkejut bila terima panggilan daripada saya ke, Asha? Hmm… inilah kali pertamasaya telefon awak,” usik Hilman nakal.

            Ashahanya tersenyum. Tidak mampu membalas usikan Hilman.

            “Can I see you?”

            Hilmanmenyambung bicara apabila Asha terus membisu.

            Ashameneguk liur. Bila dengar suara sahaja, hatinya umpama hendak terkeluar. Apatahlagi hendak bersua muka dengan Hilman? Sejak Hilman melamarnya, Asha sepertisegan untuk berhadapan dengan bakal suaminya itu. Terasa kekok pula.

            “Asha,kenapa awak diam saja? Err… saya mengganggu awak ke?” tegur Hilman.

            “Tak,saya tengah free sekarang!”

            LajuAsha membalas.

            “Dekatmana kita akan berjumpa?” sambung Asha.

            Tadigementar, sekarang teruja. Perasaan apakah yang sedang bersarang di atma Asha?

            “Mmm…dimanakah awak berada sekarang ni?” balas Hilman.

            “Sayaberada di airport. Hantar majikansaya yang akan berlepas ke Melbourne pada malam ini,” beritahu Asha.

            “Awakke airport guna kereta syarikat ke?”tanya Hilman lagi.

            “Ya.Saya ke sini dengan rakan sekerja saya,” balas Asha.

            “Okey,cun!” balas Hilman. Nada suaranya itu kedengaran seperti sedang menjeritsahaja. 

            Ashatercengang. Dia bagaikan hendak tercabut nyawa, namun Hilman boleh terpekikterlolong?

            “Haa…cun apa?” balas Asha.

            “Apakata kalau saya ambil awak di sana? Biarlah rakan sekerja awak itu yang bawapulang kereta syarikat itu. Lagipula, saya ada kejutan untuk awak, Asha!”cadang Hilman.

            Ashamengukirkan senyuman lebar bila mendengar sebaris ayat yang terakhir itu.

            “Kejutanapakah?” tanya Asha ingin tahu.

            “Bukannama kejutanlah jika beritahu awal,” balas Hilman yang masih hendak berahsiadaripada Asha.

            Ashaberdecit.

            “Sayatak sukakan kejutan!” bentak Asha.

            “But I like surprise!” balas Hilman.

            Ashamengeluh.

            “Beritahulahpada saya, Hilman!” rengek Asha.

            “You will know soon,” balas Hilman.

            Ashamendengus.

            “Adakahsemua guru prasekolah memang suka buat kejutan?” perli Asha. Geram keranaHilman tidak mahu memberikan kerjasama kepadanya.

            Hilmanmenjongketkan keningnya ke atas.

            “Untukpengetahuan awak, setiap hari saya akan berikan kejutan kepada semua anak-anakmurid saya. Maka anggaplah diri awak tu sebagai salah seorang daripada pelajarsaya,” balas Hilman.

            Ashaberdecit. Ada saja jawapan Hilman.

            “Okey,saya akan tunggu awak di sini!”

Terpaksa Asha mengalah.

“Dalam masa sejam, sayaakan sampai. Tunggu kedatangan cikgu ya, sayang?” balas Hilman sekali gusmematikan talian.

Asha tersenyum sendiribila teringat akan telatah nakal Hilman. Tingkah lelaki itu amat berbeza denganFadli. Hilman seorang lelaki yang suka bergurau senda dan mengusiknya. Fadlipula hanya tahu menyakiti hatinya sahaja. Ah, hatinya sudah mula dibajai denganbenih cinta. Adakah dia harus menerima lamaran Hilman?

Previous: 8 - 1
Next: 8 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.