Cemburu demi cemburu…
Benci demi benci…
Tiadakah sekelumit rasa kasih dihati?
“AKUtidaksetuju kau menikahi Asha! Kau tiada hak ke atas Asha! Aku ni tunang merangkapbakal suami dia! She’s suppose tomarrying me, not you! Apa yang kau dah buat pada dia hah? Kau dah hasut diake? Dia terlebih dahulu mengenali aku!”
Fadli melemparkan pelbagaituduhan kepada Hilman. Dia memang sudah menduga bahawa Hilman tidak akanberdiam diri. Adiknya itu akan berusaha untuk memikat hati Asha setelahpertunangan mereka diputuskan. Tidak! Dia tidak boleh membiarkan Asha menjadisuri di hati Hilman! Dia benci melihat Hilman bahagia!
Datin Zaryn meluru kearah Hilman. Satu tamparan keras hinggap di pipi Hilman. Hilman terkedu, begitujuga dengan Datuk Halim. Mereka tidak menyangka Datin Zaryn akan bertindakkasar sebegitu rupa. Fadli tersenyum sinis memandang Hilman. Dia berasa puashati dengan tindakan mama terhadap adiknya itu.
“Kenapa dengan awak,Zaryn? Hilman baru nyatakan niatnya tetapi awak sudah berkasar dengan dia!”tengking Datuk Halim. Amat marah dengan tindakan Datin Zaryn. Melampau sungguh!
Datin Zaryn mendengus.
“Saya dah agak. Hilmanialah punca Asha tergamak meninggalkan Fadli! Kau memang adik yang jahat,Hilman! Asha tunang abang kau sendiri. Kenapa kau sering berdengki dengan Fadlihah? Fadli tidak pernah menyakitkan hati kau, Hilman!”
Hilman tergamam. Beberapakali nafas ditarik agar hatinya sentiasa berada di dalam keadaan tenang. Diatidak mahu perasaan marah terus bertakhta di kalbu. Rasa itu akan membinasakanjiwa jika dia melayaninya. Biarlah dirinya itu terus dibenci oleh mama. Suatu ketikananti pintu kasih sayang mama pasti akan terbuka untuknya.
“Mengapa awak tidakpernah berhenti daripada menuduh Hilman, Zaryn? Saya rasa Hilman tak melakukanapa-apa kesalahan kepada awak atau Fadli. Dia melamar Asha selepas pertunanganFadli dan Asha putus! Maka, awak tidak berhak meletakkan kesalahan seratus-peratusdi bahu Hilman!” bidas Datuk Halim.
Datin Zaryn seringbertindak tanpa berfikir dahulu. Itulah sikap yang paling tidak digemari olehDatuk Halim. Datin Zaryn seorang ibu yang tidak adil dan sering pilih kasih.Padahal Hilman dan Fadli ialah anak kandungnya.
Datin Zaryn merenungtajam segenap wajah Hilman.
“Abang janganlah beladia! Dia sudah buat salah pada kita!” bentak Datin Zaryn.
Datuk Halim ketawa sinis.
“Awak bela Fadli tidakmengapa ke?” perli Datuk Halim.
Datin Zaryn terdiam.Fadli pula sudah terteguk liur. Sebentar lagi papa pasti akan membuka isumengenai perbuatannya terhadap Asha. Ah, rahsianya tidak boleh terbongkar. Papadan Hilman pasti akan membelasahnya jika mereka mengetahui perkara sebenar.Lantas perlahan-lahan langkah diatur ke muka pintu tetapi gagal kerana Hilmanbingkas menghalang di hadapannya. Fadli berdecit. Dia mula resah.
“Kenapa kamu nak lari,Fad? Bukankah Fad tidak bersalah?” sergah Datuk Halim. Tajam pandangan matanyamenikam wajah Fadli.
“Fad tak bersalah!”bentak Fadli.
Hilman hanya membisu. Diamahu Fadli sahaja yang berterus-terang. Ingin sahaja dia berterus-terangtentang perbuatan Fadli. Bahkan, bukti sudah cukup bagi mensabitkan kesalahanabangnya terhadap Asha. Tetapi dia tidak mahu menjatuhkan maruah Fadli. Biarkeadilan sahaja yang menghakimi abangnya itu.
Datuk Halim menjungkitkansebelah keningnya ke atas.
“Orang yang sudahmelakukan kesilapan saja yang takut untuk berhadapan dengan kebenaran,” sindirDatuk Halim.
Fadli kemam bibir.
Datuk Halim menolehmemandang Hilman.
“Hilman, papa beri green light pada Hilman untuk kahwiniAsha. Papa akan hantar rombongan meminang ke rumah keluarga Asha. Andai katamama dan Fadli tidak bersetuju dengan perkahwinan ini, pedulikan saja! Bukanmereka saja ahli famili kita. Masih ramai lagi yang sudi menyempurnakan segalaurusan yang berkaitan dengan peminangan, majlis pertunangan dan perkahwinan!”sambung Datuk Halim lagi.
Hilman tergamam. Dia mahumembalas tetapi seperti kelu untuk melakukannya.
Fadli terjegil mata.
“Papa tak boleh kahwinkanmereka berdua!” tegas Fadli.
“Mengapa?” bidas DatukHalim.
“Abang, Asha adalah bekastunang Fadli! Abang tak fikirkan perasaan Fadli ke?” celah Datin Zaryn.
Datuk Halim tergelaksinis.
“Kenapa saya harusmemikirkan perasaan anak kesayangan awak tu, Zaryn? Pernahkah dia fikir perbuatanyang telah dia lakukan kepada Asha sebelum ni? Kenapa dia mahu menghalangperkahwinan Hilman dan Asha? Bukankah pertunangan mereka sudah putus? Ashabebas untuk memilih sesiapa sahaja untuk menjadi suaminya!” herdik Datuk Halim.
“Itu tidak bererti papaboleh bertindak tanpa persetujuan Fad!” bentak Fadli.
“Siapa Fad untukmenentukan keputusan papa?” balas Datuk Halim keras.
“Papa, Fad adalahsatu-satunya lelaki yang pernah hadir di dalam hidup Asha!” balas Fadli.
“Hilman adalah lelakiyang seterusnya selepas Fad!” balas Datuk Halim.
“Tapi…”
“Hilman akan bergelarsuami kepada Asha!” pintas Datuk Halim.
“Abang tak boleh buatbegitu!” celah Datin Zaryn, sekali lagi membela anaknya itu.
Fadli mengangguk laju.
Hilman menghampiri DatinZaryn. Tangan kanan mama diraih lalu dibawa ke bibirnya. Dicium dengan penuhkasih sayang seorang anak terhadap ibunya. Datin Zaryn terkedu dengan tindakanHilman. Fadli pula mencebik.
Hilman menegakkantubuhnya semula.
“Restuilah perkahwinankami, mama. Hilman ikhlas hendak memperisterikan Asha. Hilman amat mencintaiAsha,” rayu Hilman bersungguh-sungguh.
“Dasar perampas!” makiFadli, sekali gus menghasut mama agar terus membenci Hilman.
Datin Zaryn menarik kasartangannya dari pegangan Hilman.
“Kau tidak akan pernahmenerima restu daripada aku, Hilman!” tengking Datin Zaryn.
Fadli tersenyum puas.
Datin Zaryn merenungtajam Hilman.
“Kau bukan anak aku,Hilman! Fadli saja anak kandung aku!”
Serentak itu, Datin Zarynberedar meninggalkan ruang rehat itu. Fadli pula terkocoh-kocoh melangkahmengikut langkah mama dari arah belakang.
Hilman melepaskan keluhankecil. Ditahan air mata agar tidak mengalir. Dia tidak mahu kelihatan lemahmeskipun hatinya menderita bila si ibu tidak mengakui kewujudannya. Mamabukanlah seorang ibu tiri tetapi ibu kandungnya. Sabar, Hilman Adrian. Suatuhari nanti mama akan menerima kehadiranku, pujuk hati Hilman. Itu sahaja yangmampu dia lakukan untuk menenangkan sukmanya.
Datuk Halim berasa sebakbila melihat kesuraman yang terpamer di wajah Hilman. Lekas dihampiri tubuhanaknya itu. Bahu Hilman ditepuk beberapa kali.
“Usahlah bersedih, wahaianak. Hilman masih ada papa. Papa sayang anak papa. Hilman tidak keseorangan.Tidak lama lagi, Hilman akan memiliki seorang isteri yang menemani sepanjanghayat. Seorang wanita yang Hilman amat cintai. Berhenti berfikir tentang mamadan Fadli. Suatu masa nanti mereka akan menyedari kesilapan mereka.”
Datuk Halim memujukHilman. Dia mahu Hilman terus menanam sikap positif di dalam dirinya. Auranegatif boleh merosakkan iman dan jiwa.
Hilman hanya tersenyum.