Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
12 - 1

Cintailah dia kerana hati,

Juga cintailah kerana ALLAH.

 

“HILMAN?”KakLeen berasa terkejut bila melihat susuk tubuh Hilman yang tercegat di mukapintu. Dia tidak menyangka akan menerima kedatangan Hilman pada ketika waktumalam begini.

            Hilmanmerenung Kak Leen. Raut wajahnya yang kelihatan suram itu menimbulkan tandatanya di benak Kak Leen.

            “Masuklah,dik,” ajak Kak Leen.

            Serentakitu, mereka melangkah masuk ke dalam rumah teres setingkat itu. Langkah diaturmenuju ke ruang tamu. Abang Munsif, suami Kak Leen juga berasa kaget bilamelihat Hilman. Dia segera bangun lalu menghampiri mereka.

            “Duduklah,Hilman,” tegur Abang Munsif.

            Hilmanmelabuhkan duduk. Abang Munsif dan Kak Leen duduk di hadapan Hilman.

            Bisu.Kak Leen dan Abang Munsif hendak memberikan ruang kepada Hilman untukmeneutralkan emosi dirinya semula.

            “Hilman,kenapa datang ke rumah kami? Hilman ada masalah ke?”

            AbangMunsif bersuara setelah lama mendiamkan diri.

            “Akak,abang, berdosakah Hilman kerana telah menyebabkan perniagaan mama lingkup?Jahat sangatkah Hilman bila memberitahu perkara sebenar tentang Fadli kepadaAsha? Adakah cinta yang mendiami di hati Hilman buat Asha ni merupakan suatukesalahan besar?”

            Lirihsuara Hilman. Batinnya seakan-akan mencari jawapan kepada setiap persoalan yangtimbul di pundaknya.

            AbangMunsif terkedu, begitu juga dengan Kak Leen.

            “Kenapaadik akak cakap begitu?” balas Kak Leen.

            AbangMunsif mengeluh.

            “Abangtak rasa Hilman bersalah. Datin Zaryn tidak boleh menghukum Hilman! Pertama,peristiwa yang berlaku dahulu bukan kehendak Hilman. Hilman masih kecil ketikatragedi butik itu. Pihak Bomba juga sudah menjalankan siasatan. Hasilnya, puncakebakaran ialah disebabkan litar pintas. Dimanakah letaknya kewarasan DatinZaryn bila menuduh Hilman adalah penyebab bisnesnya lingkup?”

Abang Munsif berasa amatkecewa dengan mentaliti manusia. Mereka seharuslah menerima kehendak ILLAHI.

            “Kedua,Hilman juga mengambil tindakan yang benar. Asha berhak mengetahui sikap sebenarFadli. Perkahwinan untuk seumur hidup. Apa guna berkahwin jika pada akhirnyaberpisah? Ketiga, setiap umat ALLAH dilahirkan dengan perasaan untuk mencintaidan dicintai sesama manusia. Hilman jatuh cinta kepada Asha dengan izin DIA.Hilman akan menikahi Asha juga dengan izin DIA,” sambung Abang Munsif dengannada tegas.

            “Akaksetuju dengan abang. Datin Zaryn dan Fadli tidak boleh menuduh Hilman sebegiturupa. Mereka bukanlah hakim yang boleh menjatuhkan hukuman ke atas pesalah.Jodoh Hilman dan Asha adalah ketentuan ILLAHI. Siapa kita untuk mengelak takdiryang telah ALLAH tetapkan untuk kita, dik?” sokong Kak Leen.

            Hilmantertunduk merenung ke lantai.

            AbangMunsif melepaskan keluhan panjang.

            “Hilman,dengar nasihat abang. Hilman tidak melakukan apa-apa kesilapan. Abang yakinyang Hilman berfikiran matang ketika bertindak. Syabas, Hilman menegakkanperkara yang betul! Pedulikan mereka semua! Jika nawaitu kita ikhlas, nescayaALLAH akan berpihak kepada kita,” tegas Abang Munsif.

            AbangMunsif amat menyenangi sikap yang ada dalam diri Hilman meskipun mereka tiadasebarang pertalian darah. Dia berasa bersyukur kerana telah mengenali Hilman.Mereka telah terhutang budi kepada Hilman. Lelaki itu tidak lokek menghulurkanbantuan jika mereka sekeluarga ditimpa musibah. Tetapi mengapa Datin Zarynseperti buta untuk menilai kebaikan Hilman?

            “PatutkahHilman meneruskan niat untuk menikahi Asha, akak, abang? Mama tak merestui kamiberdua. Hilman tak nak jadi anak yang derhaka,” balas Hilman lemah.

            KakLeen berdecit.

            “Hilman,hisy usahlah cakap macam tu! Hilman telah ditakdirkan untuk berjodoh denganAsha! Satu lagi, hati Datin Zaryn penuh dengan kebencian. Oleh itu, dia tidaknampak kejahatan yang telah dilakukan oleh Fadli. Sudah tiba masa untuk Hilmanfikir tentang diri sendiri. Tidak perlu fikirkan orang yang sedikit pun tidakpernah hargai kewujudan Hilman!”

            KakLeen berasa geram. Hilman selalu mengetepikan diri dan mengutamakan kepentinganorang lain.

            “Carilahkebahagiaan, Hilman,” celah Abang Munsif.

            “Betultu,” sokong Kak Leen.

            Hilmanberdiam diri.

            “Hilman?”panggil Kak Leen.

            Hilmanmemandang Kak Leen.

            “Ikutkata hati Hilman. Bukan kerana pengaruh orang di sekeliling,” nasihat Kak Leenlagi.

            Hilmanmengukirkan senyuman lalu mengangguk.

 

Previous: 11 - 3
Next: 12 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.