Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
1 - 1

Kasih yang tulus diharap memberi erti…

Pada akhirnya memakan diri…

 

HILMANberasa serba salah bila melihat penerimaan Asha. Bukan niat dia untuk melukakanhati Asha. Tetapi sebagai seorang insan, dia merasakan berhak untuk menegakkankebenaran. Dia tidak boleh menutup keaiban yang telah dilakukan oleh Fadli.Asha berhak tahu sikap sebenar Fadli. Lagipula, perkahwinan untuk seumur hidup.Dia tidak ingin Asha menderita hidup di samping Fadli.

            “Asha,saya mohon maaf kalau…”

            “Awaktak salah, Hilman,” celah Asha lalu tersenyum lemah.

            Hilmanterdiam.

            “Sayarasa diri saya ni bodoh kerana jatuh cinta pada orang yang tak pernah hargaisaya. Saya…”

            Ashamenekup mulutnya lalu melepaskan tangisan. Rupa-rupanya, dia sudah salahmenyandarkan tempat untuk mencurahkan cinta. Dia umpama menagih kasih padainsan yang tidak sudi menerima.

            “Asha,tak baik cakap begitu. Awak kena sematkan perkara yang positif dalam pemikiranawak. Hari ini kita dipertemukan dengan orang yang salah. Orang itu yang akanajar kita erti kesabaran dan ketabahan, erti cinta yang sebenar. DIA juga mahukita kuat bila berdepan dengan rintangan yang harus kita tempuhi.”

            Hibahati Hilman. Kekecewaan terukir jelas di wajah Asha. Jika diikutkan kata hati,dia mahu memeluk tubuh gadis itu. Dia ingin memujuk gadis itu agar tenang dantidak lemah. Tetapi dia masih tahu hukum agama yang amat melarang kaum lelakidan wanita saling bersentuhan tangan. Maka, dia terpaksa menadah telingamendengar keluhan demi keluhan daripada Asha.

            Ashamelepaskan keluhan.

            “Awakcakap senang. Saya yang hadapi, bukan awak,” rintih Asha.

            “Benarkata awak. Tapi adakah dengan bersikap seperti ini akan buat awak rasa lebihbersemangat? Tindakan ini hanya akan menambah kesakitan di hati awak, Asha.Untuk apa awak bazirkan air mata jika ia tak memberi apa-apa makna kepada awak?Kecewa dalam percintaan bukan bermaksud kecewa sampai bila-bila. Mungkin adahikmah yang terbaik untuk awak, Asha,” tegas Hilman.

            “Saya…”

            “Sudahlah,Asha. Mahu tak mahu, awak harus berdepan dengan realiti sebenar walau sangatmemeritkan. Pada mulanya, saya memang agak berat hati untuk berterus terangtentang perkara sebenar pada awak. Tapi sampai bila saya nak sembunyikan rahsiani daripada pengetahuan awak? Lambat laun awak akan tahu,” celah Hilman. Diabukan berniat hendak memporak-perandakan hubungan Asha dan Fadli. Dia tidakmahu Asha terus tertipu dengan permainan Fadli.

            Ashahanya membisu.

            “Jadi,apa keputusan awak? Awak nak teruskan pertunangan ni ke?” soal Hilman ingintahu.

            Ashamenarik nafas sedalam-dalamnya. Ditenung wajah Hilman dengan rona serius.

            “Sayaakan mengundurkan diri. Itu pilihan yang ada sekarang ni,” tekad Asha.

            Hilmanmenghela nafas lega. Semoga tindak-tanduknya ini tepat. Semoga Asha memperolehkebahagiaan yang sebenar di dunia fana ini.

 

Previous: PROLOG
Next: 1 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.