Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
15 - 2

“ASHA! Keluar, Asha! Keluar sekarang!Keluar!”

            Bagaikanorang tiada pedoman, Fadli terjerit-jerit di luar pagar rumah keluarga Asha.Pagar digoncang sekuat hati.

Semua tetamu dan sanaksaudara yang hadir itu tercengang memandang tingkah laku Fadli. Tidak kurangjuga yang saling berbisik-bisik sesama sendiri.

            EncikAzman dan Puan Fariha meluru ke muka pintu. Afidah yang sedang menggubah bungatelur itu turut terkejut dengan bunyi riuh di luar. Dia segera bangun laluberlari keluar. Apabila melihat Fadli, dia terjegil.

            EncikAzman menghampiri pagar.

            “Apani, Fad? Fad tak malu ke buat bising di rumah uncle?” marah Encik Azman.

            Fadlimerenung tajam wajah Encik Azman.

            “Fadnak jumpa Asha!” tengking Fadli.

            EncikAzman mendengus.

            “Untukapa lagi? Untuk sakiti hati dia lagi ke?” bidas Encik Azman keras.

            Sementaraitu, Asha tergesa-gesa berlari ke luar. Terkesima seketika tatkala melihatFadli sedang bertengkar dengan Encik Azman. Dia segera menghampiri mereka.

            “Kenapaawak datang ke rumah saya ni, Fad?” soal Asha.

            Fadlimerenung sayu wajah Asha.

            “Abangnak jumpa Asha. Abang nak betulkan situasi kita. Tolonglah benarkan abangmasuk, Asha,” rayu Fadli. Mula mengendurkan suaranya ketika berbicara denganAsha.

            Ashamengeluh. Dia menoleh memandang papa.

            “Papa,biar Asha yang selesaikan.”

            EncikAzman beredar meninggalkan mereka berdua.

            Ashaberpeluk tubuh.

            “Kansaya dah cakap. Tiada apa-apa yang perlu dibincangkan lagi. Esok saya akanbergelar isteri Hilman yang sah. Awak pergilah cari kebahagiaan awak,” ucapAsha serius.

            “KenapaAsha buat abang begini? Abang tahu yang abang banyak buat silap pada Asha.Takkanlah tiada pintu kemaafan buat abang di hati Asha?”

            Fadliterus merayu.

            Ashamemandang Fadli.

            “Sayadah maafkan awak. Tidak baik menyimpan kemarahan terhadap orang lain, Fad.Kelak hati kita yang akan menjadi hitam dikuasai perasaan itu,” balas Asha.

            “Abangtahu Asha dah maafkan abang. Apa kata kalau kita mulakan hidup baru? Lupakansegala kenangan lama. Kita bina impian baru. Jauh di sudut hati Asha, Ashamasih mencintai abang kan? Asha tidak pernah menyayangi Hilman, sepertimanaAsha menyukai abang. Tolonglah, Asha. Terimalah abang semula.”

            Fadlitidak akan berputus asa. Selagi mereka tidak berkahwin, selagi itulah dia akancuba mendapatkan Asha semula!

            Ashaberdecit.

            “Awakfaham ke tidak? Saya hanya mahu Hilman seorang saja! Hilman boleh berikebahagiaan kepada saya! Lupakan saya! Saya bukan untuk awak!” tegas Asha.

            “Tapi…”

            “Cukuplah!”potong Asha kasar.

            Fadliterdiam.

            “Pergilahbalik, Fad. Dekatkan diri awak dengan ALLAH. Minta keampunan di atas segalakelalaian awak. Jadilah seorang hamba yang sentiasa takut dengan kekuasaanALLAH. Berpatahlah semula ke jalan yang benar. Kelak diri awak akan berasatenang. Banyakkan berzikir dan sentiasa letak nama Allah di ingatan kita,”nasihat Asha.

            Semakinkuat hentakan di pagar bila Asha menasihatinya sebegitu rupa.

            “Apayang dia dah beri pada kau hah? Baik kau cakap terus terang dengan aku, Asha!”

            Fadliseolah-olah sudah hilang pertimbangan diri.

            Ashamengeluh.

            “Sudahlah.Tak ada guna kita bercakap lagi. Saya rasa lebih awak baik beredar sebelumfamili saya menelefon pihak berkuasa. Awak mesti tidak mahu meringkuk di dalampenjara kan?” ugut Asha.

            Apabilamendengar perkataan ‘penjara’, barulah Fadli beredar meninggalkan rumah itu.

            Ashamenarik nafas lega. Sementara itu Afidah melangkah menghampiri Asha. Bahu Ashadisentuh. Asha yang tersentak itu segera memusingkan tubuhnya ke belakang.

            “Tengoklah.Tadi dia serang kau di pasar raya. Sekarang di rumah pula? Kau masih dengankeputusan kau untuk tidak mendakwa dia ke?” sindir Afidah.

            “Akutak nak bercakap tentang perkara ni. Aku penat,” balas Asha ringkas.

            Afidahberdecit.

            “Sampaibila kau nak biarkan dia?” marah Afidah.

            Ashahanya memekakkan telinganya.

            “Asha,aku tanya ni!” bentak Afidah.

            Ashamengeluh geram. Dia menoleh memandang Afidah.

            “Allahtu Maha Berkuasa, Fida. Suatu hari nanti pintu hati Fad akan terbuka untukbertaubat,” balas Asha. Dia menghayun langkah memasuki ke dalam rumah.

            Afidahmemicit dahi. Itulah salah satu sikap Asha yang Afidah tidak suka. Mengapa Ashaterlalu baik?

 

Previous: 15 - 1
Next: 15 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.