Home Puisi Umum Manusia mudah lupa
Manusia mudah lupa
Aina Izzati
23/1/2020 17:44:14
6,452
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Manusia mudah lupa..


Berkawan hanya ketika susah

Berkawan hanya bila perlu

Menjadi hamba hanya ketika susah

Berdoa hanya ketika susah dan sedih

Ingat kepada Allah hanya ketika seluruh dunia memusuhi

Menyesal hanya ketika waktu sudah tidak boleh diputarkan..


Tatkala terasa ingin meninggalkan seorang kawan yang baik

Tanya pada diri

Siapa yang ada bila kita tiada sesiapa

Siapa yang ada ketika kita dalam kesusahan

Siapa yang ada tatkala kita jatuh tersungkur.


Jangan kerana satu keburukan orang

Semua kebaikannya sudah tak kelihatan oleh diri kita

Jangan kerana satu kekurangan orang

Semua kelebihannya tak ingin dilihat lagi

Bagaimana jika satu hari nanti kita akan berada di tempatnya

Belum tentu orang yang ada dengan kita kini akan ada ketika itu.


Manusia ini sifatnya pelupa

Nasihat dan teguran itu sangat perlu

Tak kisahlah siapa kita

Yang pastinya kita hanyalah manusia biasa

Yang tak pernah lari daripada kesalahan dan kesilapan.


Orang yang separuh imannya

Hanya berdoa ketika susah

Orang yang penuh imannya

Masih berdoa ketika senang

Bersujudlah kepadaNya

Tanda syukur dan merendah diri.


Bersyukurlah dengan nikmat kurniaanNya

Nikmat yang ada hanyalah sementara

Semua yang kita ada hanyalah pinjaman daripadaNya

Jika Dia berkeinginan untuk menariknya kembali

Hanya sekelip mata sahaja.


Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain

Jangan ingat itu semua adalah hak kita

Ada kalanya Allah memudahkan usaha kita sehingga berjaya

Tetapi manusia mudah lupa

Manusia mudah alpa

Sehingga merasa bangga di atas muka bumi ini.


By: Aina Izzati

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.