Home Puisi Umum Pesan pada hati
Pesan pada hati
Aina Zaid
23/11/2019 00:00:18
167
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Pesan pada hati..


Pesan pada hati

Tak semua orang sukakan kita

Tak semua orang sayang kita

Tak semua orang ikhlas terhadap kita

Tak semua orang jujur dengan kita.


Pesan pada hati

Benci jangan sampai menghina

Suka jangan sampai memuja

Sayang jangan terlalu memanjakan

Rindu jangan sampai terlupa titipkan doa.


Pesan pada hati

Jangan sombong

Jangan pandang rendah terhadap orang lain

Jangan iri hati terhadap orang lain

Jangan rasa diri sudah hebat.


Pesan pada hati

Tidak perlu cemburu dengan kelebihan orang lain

Tidak perlu berasa susah dengan kejayaan orang lain

Tidak perlu berbangga dengan apa yang kita miliki

Kerana segalanya cuma sementara.


Ajar hati untuk terus kuat apabila diuji

Ajar hati untuk rendah diri bila dipuji

Ajar hati untuk sentiasa beristighfar pada Ilahi

Ajar hati untuk lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aina Zaid