Home Puisi Umum Rasuk
Rasuk
Doctrina
25/4/2023 16:31:18
1,758
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Rasuk


 Di benak fikirku bukan sekadar tali tangsi

 Di mana rungkai jiwa boleh ku lerai satu-satu

Aku bukan naskhah random, picisan

Aku bukan sang taksub diri

Aku bukan pemilik rantai besi



Jiwa siapa lebih parah?

Di bilang ke mana arah

Rasuk bukan mainan patung-patung suka gembira

Rasuk pasti merah



Aku yang dahulu telah berpecah tiga

 Lantang bingit suara amarah

 Kalau ada yang diserpih bukan milik hari semalam

Yang berat timbangan lukanya

Adalah aku yang pernah satu


Rasuk bukan hatiku

Rentan hanya hinggapku


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Doctrina