Home Puisi Umum Marissa dan Juana
Marissa dan Juana
Kutz Amlan
2/10/2019 09:37:49
2,540
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Orang-orang di sini,

     barangkali semuanya sudah tidak waras!

Cakap main lepas,

     gelojoh macam tidak cukup nafas!

 

Mereka kata aku khayal

Mana mungkin;

 

     Aku bukan khayal

     Aku...bukan...khayal

     Aku…..bukan…..khayal

     Aku masih realistik walau tidak cukuptotal

     Aku sedang cuba bina mimpi guna akal

     Aku sedang cuba kawal emosi dan spiritual

 

Mana datang aku khayal?

 

Di celah daun sembilan tujuh dan lima

Marissa dan Juana bersilih nama

Ganjaran lumayan jadi idaman

Apresiasi deria pada alam ciptaan

Seni 420 jadi taruhan

Sama-sama kita ke awan.

 

Mana orang-orang tadi

     yang kata aku khayal?

     yang kata jiwa kental?

 

Aku bicara ada makna

Mahu gulung ada caranya

Bukan menonong entah ke mana-mana

Jangan angkuh ya Tuan Sigaraga

Esok lusa mahu gali kubur ente pun mintak tolong ana.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.