MUKABUKU
Post;
ini dipanggil mukabuku
apa yang terlintas ditulis laju-laju
setiap hari ada yang baru
suka hati aku
suka hati kamu
masing-masing punya satu.
Like;
mungkin suka
mungkin benci
mungkin sekadar menunjukkan sokongan
mungkin juga menyatakan bantahan
mungkin memberitahu arah kencederungan
tanpa mengguris perasaan
atau mungkin tanpa apa-apa tujuan.
Share;
lebih jelas lebih ketara
tentang pendirian tanpa perlu berkata-kata
boleh juga sekadar suka-suka
berkongsi minat, bersedih dan berjenaka
asalkan dapat ditonton bersama.
Comment;
tidak perlu meleret berkajang-kajang
tidak perlu direka bermacam kemungkinan
segala jelas terang benderang
ada ikut ada menentang
teruskan sahaja
sekelumit pun tidak dihalang.
Unfriend& Block;
lebih mudah lebih ringkas
datang tidak dijemput
pulang tidak dihantar
mohon bingkas sebelum panas
sila berambus dengan lekas!