Gumpalan kapas awan bergerak perlahan setia mengalun bayu bersih menyelimut angkasa bersaksi biasan suria. Romansa dedaunan bersama bayu duduk dalam tiap hembusan menghasilkan irama nyaman sedang bumi dipasak degil kepala manusia.
Saat tenang dicabul segenap penghuni tanpa nurani, segala yang dicipta tanpa akal fikiran oleh Maha Pencipta tanpa keluh memuji muja-Nya atas kurniaan tak tererosi sedikit pun. Sang merpati gagah melebarkan sayap melegarkan diri ke seluruh medan tropika untuk secicip rezeki, walaupun harus berpanas terik berembun pagi.
Dengan Suara suara binatang jalang
Menambah tekun kubaca kalam Mencari arti
semalam yang hilang dibalik sinaran bintang
Saat nur Ilahi kian meredup.
Dalam arti kelam ku cuba secerbis bunga angkasa yang baru saja dipetik segar harum
disetiap ciuman, gimanakah jalan andai lelah
itu baru aku hidu harumannya semalam hilang
dalam pusingan jam.
Gimana andai larian itu segenap cahaya dilangit, masa ditentukan oleh pemilik
kaki gian berlari mencari titis-titis airmata
untuk hari ini, kegagalan segala urusan dan
impian menjadi halimunan dihantui kenyataan Tuhan.
Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.
Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.