Home Cerpen Keluarga CAcat
CAcat
25/5/2015 16:23:34
4,135
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga
Hujan yang turun semakin lebat ni ibarat seperti memahami keadaan sekeliling aku terkenang pada kata kata Nizam sewaktu dikolej dulu.

”Rul,kalau kita cacat nanti macam mana lah keadaan kita kan”masa tu aku terdiam tidak mampu berkata apa apa..pertanyaan Nizam terlalu sukar untuk aku gambarkan, cacat?????Terlalu banyak maksud cacat tu…cacat dari segi perangai,cacat dari segi keupayaan atau cacat dari segi apa???Tidak terlintas dalam fikiran ini untuk menjadi cacat..Aku bukanlah seorang yang kuat untuk menempuh segala dugaan dan cobaan dari Ilahi…”Aaahhh!!malas lah nak fikir,masalah yang satu ni pun tak settle lagi”Didalam benak ku…

“Shahrul!!!bangun!!kau tak pergi kelas ke hari ni..”suara lantang dari ruang tamu…suara seorang ibu lantas aku bergegas melihat jam sudah pukul berapa??”laahh!!awal lagi…kenapa lah mak aku ni kejut awal sangat”berbicara sendiri..”Shahrul!!kau dah bangun belum ni”suara lantang itu semakin dekat seperti berada dihadapan pintu bilik”yeee mak!!dah bangun ni..kelas lambat lagi..nanti Shahrul siaplah”jawap ku.. ntah kenapa fikiran aku tumpukan apa yang telah terjadi malam tadi..fikiran ku melayang layang teringatkan peristiwa kemarin..aku seperti dihentam oleh Liyana kerana sikap yang sambil lewa ini..”Shahrul!!kalau macam ni lah perangai kau…sampai bila bila kau tak akan kemana..”tersedar dari tengkingan bayangan tu..aku terus sedar dan melihat jam sudah pukul 10.”alamak!!dah lambat ni”bergegas aku untuk siapkan diri.

“Shahrul,tunggu jup,masuk sekali dengan aku lah,cepat cepat nak kemana”sapa ajim kepadaku..rakan sekelas aku di universiti...setiba dikelas aku ternampak satu kelibat lalu sombong dihadapan ku”errghh..Yana!sekejuplah”teguran aku kepada Liyana”hah..kau nak apa!”terdiam seketika,Liyana seperti masih marah dekat aku lagi…tidak mahu keruhkan lagi keadaan aku terus kedalam kelas..”Ajim??kenapa Yana marah aku sangat ye??”Tanya aku kepada Ajim”ntah lah Shahrul,Yana bukan jenis macam tu”jawapan Ajim seperti tidak membantu aku untuk mendapatkan jawapan apa yang telah berlaku. Dia marah orang lain lepas dekat aku atau dia marah sebab aku koyak buku nota dia hari tu..tapi kemarin aku sudah memohon maaf..aku menjadi semakin buntu, walaupun masalah ni taklah seberapa besar tapi entah kenapa sejak terjadi pertengkaran antara aku dan Liyana. Aku selalu fikirkan punca dan sebabnya.

“Assalamualaikum,Shahrul..malam ni aku nak jumpa kau boleh,dekat tempat biasa?”Tersenyum aku membaca mesej yang dikirim oleh Liyana..’ehh,Liyana ni dah tak marah aku lagi ke??ke dia nak lepaskan kemarahan dia lagi’selepas selesai mencuci kereta aku terus bersiap untuk berjumpa dengan Liyana didalam hati ini masih tertanya Tanya apa yang akan berlaku.

”oit,asl kau lambat”tegas Liyana kepada ku..”sorry,lah Yana..jammed tadi”lantas jawapan aku tadi dibalas dengan satu senyuman yang sangat manis..senyuman tu membuat aku terkenang semula pertemuan antara aku dan Liyana bagaimana kami menjadi semakin rapat..

”Shahrul,sebenarnya aku tak marah kau pun,Cuma kebelakangan ni aku tertekan dengan kerja Prof. Amil yang banyak tu,Sorry beb,kalau aku ada marah marah kau ke apa”sambil tersenyum lega selepas mendengar kata kata Liyana tadi”aku ingat kau nak marah aku” kata kata perli aku buat liyana tersenyum ..


…………………………………………3 tahun yang lalu……………………………………………………………………………..


“Tuk!!Tuk!!”ketukan yang kuat tu buatkan aku tersedar dari berangan”bos,esok kita ada meeting dengan Dato Halim tentang projek di nilai”aku hanya tersenyum tanda setuju kepada Haslyyn PA disyarikat YANUL HOLDING.. sebuah syarikat hasil titik peluh kami bersama.. aku melihat jam sudah pukul 4 tapi kerja banyak lagi..

Dring…dring…

”Assalamualaikum abang,hari ni jangan balik lambat sangat tau,Yana tengah siapkan makan malam kita”tersenyum aku mendengar kata kata manja dari Yana..fikiranku melayang seketika pada kenangan kami semasa di universiti sehingga ke alam perkahwinan..perkahwinan kami baru sahaja 2 tahun banyak lagi yang perlu aku belajar.

”Bos!!dah pukul 6..bos tak balik lagi”kata kata Haslyyn mengejutkan aku”Eehh awak ni,buat saya terkejut je”melihat jam sudah pukul 6 nak mengadap jammed lagi pukul berapa nak sampai..tergesa gesa aku kemaskan barang barang yang berselerak dimeja dan terus keluar menuju ke parking kereta.

“Assalamualaikum sayang,urmm sedapnya..sayang abang masak apa ni”“eh,abang dah balik..masak yang special untuk suami Yana ni lah”Aku hanya tersenyum melihat hasil masakan isteri tersayang.sambil merenung raut wajah Yana yang beriya iya hidangkan semua santapan untuk makan malam.

”sayang,bangun,solat subuh Jemaah”Yana hanya tersenyum manja tanda setuju. Selesai solat yana terus ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Aku masih disajadah merenung jauh nasib keluarga yang akan datang, Entah kenpa pagi ini aku terasa sangat berbeza seperti hari hari sebelum ini didalam benak ku”yaAllah,aku mohon hari ni lebih sempurna dari hari hari sebelum ni”selesai berdoa airmata aku jatuh dengan tidak sengajanya terus aku fikirkan yana didapur hati ini menjadi tidak tentu arah seperti akan ada sesuatu yang terjadi kepada Yana”sayang okay”Tanya ku kepada Yana”eh,abang kenapa Tanya soalan yang pelik sangat ni,Yana ok je nie..jum bang sarapan dah siap..kita makan sama sama ek?”suara manja Liyana itu ibarat menyembuhkan segala resah dihati yang datang singgah tanpa aku sendiri tidak tahu apa sebabnya..

”Sayang,bila kita nak ada anak”

“Eh,kenapa Tanya soalan ni pulak”

“Teringin je..hehe”

“Abang ni..InshaAllah kalau kita ada rezeki”

Ringkas Liyana menjawap soalan tadi… Dihadapan pintu Liyana sempat mencium tangan ku lantas aku balas dengan ciuman didahi”abang sayang yana,jaga baby kita ni ye”sambil tangan aku diletakkan diperutnya”ehh abg ni..bergurau pulak”Yana hanya tersenyum selepas membalas gurauan ku.’kenapa rasa rindu dekat bini aku pulak ni…kalau tak ada metting dengan Dato hari ni dah lama aku balik”Hati ini terasa perlukan Liyana, perasaan ini semakin aneh aku rasakan seperti takut kehilangan sesuatu yang aku sayangi.


Dring…dring…

“ye Haslyyn,saya dalam omway ni,yee saya tahu hari ni saya ada meeting dengan Dato Halim,awak jangan risaulah, tunggu saya dekat office nanti saya ambik awak”

"hye,ni PA ke bini"

Tersenyum mengenang sifat kelam kabut Haslyyn..sementara dalam perjalanan hati aku menjadi setenang tenangnya selepas mendengar motivasi pagi, perasaan resah tadi hilang seketika.

__________

“Aku dah cakap kalau kau tak sanggup jaga aku,kau boleh berambus dari rumah ni,aku tak perlukan sapa sapa pun”
Hati ini rasa ingin melepaskan saja maki hamun kepada sapa sapa yang berada didepanku..semenjak kemalangan itu hidup aku berubah menjadi seorang yang panas baran siapa saja yang berada dihadapanku pasti akan ku marah termasuk Liyana..

Aku kehilangan kedua dua belah kaki yang selama ini membantu aku untuk mencari rezeki dalam fikiranku hanya salahkkan takdir,kenapa?dan mengapa ini takdir aku?aku sering bersendirian tidak mahu berhadapan dengan dunia luar hidupku hanya melepaskan kemarahan pada diri sendiri.. aku tidak mampu menjadi seperti orang lain tidak mampu menjadi ketua keluarga dan tidak mampu memberi apa apa kebahagian kepada Liyana.

“YaAllah,kau kuatkan lah semangat suamiku,kau berikanlah dia jaminan hidup yang baru dan kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuh segala dugaanmu yaAllah”

Dibenak pintu,Aku mendengar doa seorang yang bergelar isteri, airmata ini tiba tiba mengalir dan teringat akan pada doa arwah ibu.

"jika ini takdirmu yaAllah kau kuatkanlah aku untuk menjadi seorang ibu dan seorang srikandi keluarga untuk aku menjaga Shahrul Azmi"

“ibu,sudah 3 tahun ibu pergi,ibu seorang wanita yang sangat kuat,semenjak kematian arwah ayah ibu lah yang membesarkan Shahrul dari kecil lagi..kalaulah ibu masih ada?”

kata kata itu terhenti selepas Yana menyapa aku
”abang buat apa dekat depan pintu?abang nak makan Yana ambilkan?”

suara yang sangat lemah keluar dari mulut Liyana..aku terus kedalam bilik tanpa menjawap sepatah pun soalan Yana..“abang,makanan dah siap..abang jangan lupa makan tau..Yana nak pergi kerja dah ni”satu senyuman manis dilemparkan kepada aku dan satu ciuman ikhlas ditangan aku.

Hati ini terasa seperti ditusuk satu pisau tajam..aku seperti seorang suami yang tidak berguna..kadang kadang terasa ingin bunuh diri dan biarkan Liyana mencari kehidupan yang baru pasti itu lebih elok..tapi apa saja yang aku mampu lakukan hanya hati inginkan begitu tapi aku masih punyai iman,lemah aku fikirkan apa nasib selepas ini.. YAHUL HOLDING sudah punyai ketua yang baru Yana mengantikan tugasku sebagai CEO di YANUL HOLDING.

“Aku cacat!!apa lagi kau nak dengan orang cacat macam ni!!kau buta ke kau buat buat buta!!?”terkenang kata kata yang kasar aku lemparkan kepada Liyana dan itu lah kali pertama aku bersikap kasar terhadapnya.

“kau memang seorang wanita yang kuat Liyana,tak pernah putus asa walaupun aku layan kau sangat kasar..segala tugas kau buat termasuk tugas sebagai ketua keluarga..kau tak putus putus berdoa supaya aku menjadi kuat sampaikan kesihatan kau sendiri terabai..yaAllah dayusnya aku sebagai seorang ketua keluarga..aku ego Liyana,aku malu,aku tak dapat terima kenyataan,aku buta dan aku seorang lelaki cacat yang bodoh.

”Barulah aku mengerti kata-kata Nizam semasa aku berada dizaman kolej dahulu. Orang yang kehilangan fizikalnya bukanlah orang yang cacat sebenar tapi yang sebenarnya cacat adalah orang yang cacat fikirannya.. aku masih mampu buat perkara lain seperti menulis,melukis atau sebagainya..

“abang tengok..walaupun dorang kurang upaya tapi dorang tak patah semangat..dorang pandai melukis,menulis,bersajak ada yang jadi ahli sukan Negara lagi tau”aku hanya terdiam tidak mampu berkata apa apa semasa berada dipusat jagaan orang kurang upaya(OKU) didalam hati ku tahu Liyana sengaja bawak aku berjalan ke tempat seperti ini untuk beritahu sesuatu, aku hanya diam seribu kata hati aku tidak pulih sepenuhnya.

“Assalamualaikum,En.Shahrul Azmi..?Liyana Natasha berada dihospital kerana kemalangan jalan raya..mintak encik sekeluarga datang di hospital Serdang”aku tergamang selepas mendengar kata kata itu..

setibanya dihospital aku dan pakcik Man sekeluarga menanti diwad ICU ingin tahu keadaan Liyana..hati ini menjadi kaku seperti tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya”Shahrul sabar nak..semua ni akan selamat,Liyana mesti tak ada apa apa tu”kata kata Pakcik Man adik kepada ibu ku itu seperti ingin memberi aku semangat tetapi aku diam seribu kata.. segala dosa,segala kata kata maki ku,layanan kasar aku terhadap Liyana sedang beraksi dibenak fikiranku..hanya airmata yang mengerti segala kesulitan ini.

”Yana..jangan tinggalkan abang,abang sorang sorang,abang tak ada sapa sapa selain Yana,sapa nak siapkan makan pagi abang,sapa nak cium tangan abang,sapa nak dengar segala keluhan abang…sayang abang mintak maaf selama ni abang kasar dengan sayang , abang maki sayang,abang marah sayang,abang halau sayang…abang mintak maaf..tolong!!jangan tinggalkan abang sorang sorang” kata kata itu hanya mampu aku ucap didalam benak fikiran ini.. aku menyesal segala perbuatan aku terhadap Liyana..aku lari dari tanggungjawap sebagai seorang ketua keluarga.



“Papa bangunlah!hari ni kan hari perasmian buku tu..Papa lupa ye”
Aku terasa ingin tidur semua kerana tidak puas bermimpi..tetapi Hani Nadia telah tarik aku dari mainan mimpi indah itu.

”pandainya anak papa ni kejutkan papa ye”tersenyum aku melihat wajah hani Nadia persis seperti ibunya..

”aku terlalu rindukan Liyana..hari ini adalah hari perasmian novel pertama aku yang berjudul CACAT..alangkah indahnya jika Liyana bersama sama kami jayakan kejayaan aku ini, novel ini mendapat sambutan ramai sehingga aku dinobatkan sebagai penulis terbaik hasil dari karya kisah ku..

“Hello,encik novelis,dengar cerita awak dah glamer sekarang”

“Iya cik puan,seronok kat cina sampai tinggalkan Hani dengan papa dia kat malaysia ni”

“hehe!!tak seronok sebab rindu kan heroin kita tu bang,tapi apa boleh buat sebab urusan YAHUL HODING terpaksalah..urmm!abang?yana kat KLIA ni…yana tunggu abang dan hani datang?”

Tersenyum aku mendengar gurauan Yana..”Hani,jum ambik mama..mama dah sampai Malaysia”Hani hanya tunjuk respon tanda gembiran seperti tidak sabar ingin berjumpa mama-nya itu.. aku lihat novel hasil karya aku itu teringat akan peristiwa 2 tahun yang lalu hanya tersenyum tanda bersyukur.

“AKU BUKAN LAGI SI CACAT YANG HANYA PANDAI SALAHKAN TAKDIR TAPI AKU ADALAH SI CACAT BERKAKI PALSU YANG BERADA DIMENARA GADING..TERIMA KASIH YAALLAH KAU TELAH ATURKAN SATU PERJALANAN HIDUP YANG SANGAT MENARIK DAN LIYANA NATASHA KAU ADALAH SEORANG WANITA YANG KUAT DAN TIDAK PERNAH KENAL APA ITU ERTI KEGAGALAN”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.