Akukah perempuan itu
Yang berjaya memecah tembok egomu
Menawan pahlawan cinta di hatimu
Yang dahulunya keliru
Yang dahulunya membeku
Akukah perempuan itu
Yang berjaya meneduhkan terik mentari di kalbumu
Terik yang membakar embunan rasa di jiwamu
Hinggakan lara membaja gersang di hatimu
Akukah perempuan itu
Yang berjaya mengukir senyum di ulas bibirmu
Atau aku hanya perempuan pemimpi
Di batas harapan
Di tengah ladang perindu
Berikan kata pasti
Kerana aku masih menanti
Apakah permata kan bersinar di jari
Atau harapan hanyalah angan yang akan menjadi kenangan
Andai akulah perempuan itu
Akan kupenuhi segenap ruang cinta
Agar kau tidak lagi sepi dan membeku
Dan akan berakhirlah musim dingin yang merantai gelora di kalbu
Membaja bahagia hingga ke akhir waktu
11 jun 2015