Hutan belukar memenuhi rimba,
Laungan rimau menghening suasana.
Jika pahala suka dipersia,
Lupa dan alpa menitik di jiwa.
Alam sekitar sentiasa dijaga,
Hidup berharmoni tenang sentiasa,
Buku dicipta untuk dibaca,
Hiasi diri dengan cahaya pelita.
Alam ghaib penuh misteri,
Rahsia dijaga dengan rapi,
Luka di wajah terpampang seri,
Luka di hati siapa yang pasti.
Penuhnya gelap di malam hari,
Mentari hilang tiada lagi,
Walau disimpan ilmu disisi,
Bercambah tiada mati sendiri.
Ingatlah dunia sekelip mata,
Sedar nanti di keranda pusaka,
Jika mati ujaran sentiasa,
Bukalah kitab suluhan bersama.