Buka pekung di dada ini,
Sedari mimpi tiada realiti,
Hanya terlelap di jalan sepi,
Tangisi diri meniti hari.
Pinta hati melirik hiba,
Menyeri pipi di petang pagi,
Masa menyimpan luka berbisa,
Hiris pilu sinar pelangi,
Mata terselak lihat dunia,
Sungguh tiada insan disisi,
Rela meniti hari bersama,
Biar perit kucuba hadapi.
Azimat indah simpan di suasa,
Biar lekat di sanubari,
Walau kita takkan bersua,
Doa bersama kusemat dihati.