Home Puisi Umum Nostalgia
Nostalgia
Viviana Rose
19/12/2015 14:07:53
1,323
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Rindu 
Tidak terlukis di dinding maya
Cinta
Tidak terungkap di hujung lidah
Namun, tetap saja ia ada merantai sukma
Mempamer warna-warna indah
Di kota pencinta
Meski ombak cuba merubah pasir pantai
Dan terik membakar menyilaukan pandangan
Ia tidak akan berganjak
Dan ia akan tetap ada di sana
Meski waktu bergulir
Kerana kenangan akan tetap ada
Selagi nafas berhembus seiring jantung berdetak

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.