Home Puisi Umum Wanita itu sungguh bernilai
Wanita itu sungguh bernilai
Aina Izzati
22/7/2020 10:26:01
4,202
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Wanita itu sungguh bernilai.. 


Wahai wanita

Maruah itu tinggi nilainya

Tak dapat dihitung dengan nilai wang

Sehingga tak terkira nilainya. 


Wahai wanita

Harga diri itu lebih mahal daripada berlian

Jika berlian dijaga dan disimpan dengan rapi

Bagaimana pula dengan harga diri seorang wanita? 


Duhai muslimah

Jadilah muslimah yang bermaruah

Yang punya harga diri

Kerana dirimu begitu berharga. 


Duhai muslimah

Jadikan malu itu sebagai mahkotamu

Letakkan malu pada perbuatan, percakapan dan pandangan

Kerana malu itu merupakan sebahagian daripada iman. 


Wahai kaum Hawa

Tutuplah auratmu dengan sempurna

Bantulah kaum Adam menjaga pandangannya

Jangan keranamu mereka ke neraka. 


Duhai kaum Hawa

Jika kamu adalah seorang anak

Kamulah anak perempuan yang membuka pintu syurga buat ayahmu

Dengan amal dan akhlak solehmu. 


Duhai wanita

Jika kamu merupakan seorang isteri

Kamulah yang melengkapi separuh keimanan suamimu. 


Duhai wanita

Jika kamu seorang ibu

Kamulah syurga buat anak-anakmu

Kerana syurga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibu. 


Duhai kaum Hawa

Jangan asyik dengan dunia percintaan

Jangan terlalu asyik dengan kemaksiatan

Jangan berasa bangga berduaan dengan lelaki ajnabi

Sedangkan tiada ikatan antara kalian

Pastinya syaitan yang ketiga. 


Duhai wanita

Wanita yang cantik mungkin akan membuka mata lelaki

Tetapi.. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki

Dengan akhlak baiknya. 


Duhai muslimah sejati

Elaklah dari ikhtilat

Jika masih boleh dielakkan

Jagalah batas pergaulan dengan lelaki ajnabi

Tunjukkan bahawa dirimu bermaruah

Tunjukkan bahawa dirimu begitu bernilai. 


Duhai wanita

Jagalah dirimu

Jagalah maruahmu

Pilihlah yang terbaik buat diri

Jangan sampai tersasar dari landasan

Jangan sampai kita dihina

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.


By: Aina Izzati

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.