Home Puisi Umum Rehat dan Rawat
Rehat dan Rawat
Kutz Amlan
14/8/2019 10:49:41
2,415
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Jangan berani-berani menongkah arus 
Andai tidak cukup ilmu di dada
Gusar akan tersasar di hujung jalan
Tiada guna menyesal nanti

Dan mereka juga bilang
Jangan masuk terowong gelap
Andai tidak cukup berbekal pelita
Gusar akan sesat entah ke mana
Tiada harapan untuk kembali

Dan aku bilang
Satu dua tiga empat lima waktu
Cukup usia; 
          berserah
Sampai masa; 
          akuakan kembali
Menghadap Yang Maha Agung
Apa perlu berfikir lama-lama?
Boleh jadi gila.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.