Kerana Aku Guru Biasa
Kalaulah aku hartawan, ramai kawan datang bertandangKalaulah aku agamawan, banyak orang menegur bersalam
Kalaulah aku sasterawan, karya aku jadi bualan
Kalaulah aku artis seniman, gambar aku minta dirakam
Kalaulah aku pemimpin terbilang, ke mana pergi jadi ikutan
Kalaulah aku ahli sukan, di padang lagi minta tanda tangan
Kerana aku bukan siapa-siapa
Aku hanya guru biasa
Mangajar bangsa tulis dan baca
Hartawan tidak tahu membilang duitnya
Agamawan tidak petah bicaranya
Sasterawan tidak puitis bahasanya
Artis kaku lakonannya, salah nyanyian lirik lagunya
Pemimpin pincang pentadbirannya
Ahli sukan, salah teknik latihannya
Kerana apa? kerana tugasnya tidak berguru
Berguru dengan seorang insan dipanggil cikgu
Gaji cikgu tidak tinggi
Jumlah ilmunya tidak banyak,
Namun, ilmu yang sedikit tidak disimpan
Mahu diajar sedaya mahu
Mendidik, membimbing, tunjuk dan ajar
Membentuk manusia menjadi manusia