Semalam
Tidak akan sama dengan hari ini
Juga tidak akan sama Dengan hari esok.
Semalam
Kita tertawa riang
Demi meraih mimpi bersama
Berlari dengan senyum
Saling bersandar di bahu
Berpegangan tangan menggapai bahagia.
Semalam
Adalah hari yang paling bahagia
Hampir tidak ada duka
Langit juga cerah
Memberi petanda tidak akan ada hujan
Malam pula penuh dengan bintang
Memberi petanda bahagia akan tiba
Pada hari esok.
Ternyata semalam hanya tinggal kenangan
Apabila munculnya hari yang baru
Hadapi kehidupan yang baru
Bersama orang baru
Hingga memadam Kebahagian semalam.
Selamat tinggal semalam.