Kepada mereka yang pernah hadir
Ku ucapkan terima kasih
Kerana tanpa kamu yang bernama sahabat
Aku tidak berada di sini.
Terima kasih
Kau ada bila diperlukan
Sentiasa ada dikala senang dan susah
Sihat atau sakit
Kau setia menjadi peneman.
Walaupun nanti kita tidak lagi bersama
Demi meneruskan kehidupan
Ingatlah
Kau tetap menjadi sahabat yang sempurna
Keperibadianm
Kebijaksanaan dan keikhlasanmu
Akanku kenang
Dan diingati sampai bila-bila.
Jika suatu hari nanti
Kau telah berjaya dan mencapai cita-citamu
Bersumpahlah bahawa
Kau akan tetap menjadi dirimu yang dulu
Jalanmu jangan mendongak ke langit
Sentiasalah menunduk
Kata-katamu jangan angkuh
Janganlah berlaku sombong
Hidupmu janganlah bongkak.
Wahai sahabat
Setiap perjalanan ada perhentian
Setiap perhentian ada persimpangan
Akan tiba masanya
Kita harus memilih perjalan sendiri
Kita juga harus meninggalkan apa yang dimiliki
Dan di waktu itulah perpisahan yang sebenar
Walaupuan ketika itu kita tidak lagi bersedia
Belajarlah untuk menerima hakikat
Bahawa hidup ini tiada yang kekal.