Home Puisi Kisah Hidup Hakikat kehidupan
Hakikat kehidupan
Aina Izzati
23/12/2019 23:34:08
4,476
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup

Hakikat kehidupan..


Ada soalan yang tak perlu dijawab

Ada kemarahan yang tak perlu ditunjuk

Ada luka yang tak perlu dicerita

Ada kesusahan yang tak perlu dikongsi.


Ada sakit yang perlu disimpan

Ada perkara yang perlu dipendam

Tiada sakit yang tiada ubatnya

Tiada masalah yang tiada penyelesaiannya.


Ujian hadir bersama kekuatan

Kerana.. sang pencipta lebih mengetahui

Dia hadirkan insan di sekeliling

Yang memahami dan terus memahami

Yang menjadi penguat di saat diri ini lemah.


Saat aku merasakan tiada yang mempedulikanku

Hakikatnya ada yang memerhati dari jauh

Saat aku kehilangan keyakinan

Ada yang bersama memberi kekuatan.


Sungguh kehadiran mereka mendamaikan

Hati yang dahulu keresahan

Mereka memberiku kekuatan

Ketika aku diuji dengan dugaan.


Walau apa jua keadaan

Bila berkuasa haruslah amanah

Bila sihat jangan sesekali lupakan tuhan.


Saat diberi nikmat, syukurilah

Saat diberi ujian, tabahkan hati

Saat terasa lemah, ajarlah diri untuk terus kuat.


Dalam diam ada tegasnya

Dalam tegas ada lembutnya

Di balik senyuman ada kepahitannya

Di balik ujian ada kemanisannya.


Bila hati selalu ingat pada tuhan

Jiwa kan sentiasa menjadi tenang

Saat susah tiada rasa gelisah

Saat sakit tiada resah di jiwa.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.