Home Puisi Kisah Hidup ANUGERAH INI
ANUGERAH INI
Diansutera
4/9/2020 00:57:36
3,750
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup
ANUGERAH INI


Anugerah ini

kusambut dengan kesyukuran

deraian air mata sukacita

betapa inilah harganya

untuk kubayar buat ayah bonda

pada sarat harapan nan terpendam.


Tika ku rangkul anugerah ini

tetiba terimbau wajah bonda

yang perih meredah dingin pagi

keseorangan bekerja tanpa suami

tidak jemu menekuni usaha

demi wang sekolah nan dipinta.


Anugerah ini

menyimpul makna dan cerita

perjuangan tidak pernah reda

dalam diam dalam tawa dalam pilu

terus bertemali satu demi satu

ampuh terbina impian di dada

buat menapak kaki ke menara.


Dan kuabadikan anugerah ini

buat ayah yang telah pergi

usar digusar anak warisan

kerana kekentalan semangatmu

kembang segar dijiwa kami

kan berputik buah ranum jatidiri

membenih harapan jasa dan budi.


Nukilan:

Diansutera

To' Uban, Pasir Mas, Kelantan.

14122010 ( Selasa/4:50 petang)


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.