Home Cerpen Seram/Misteri Menongkah Arus Kebenaran
Menongkah Arus Kebenaran
Diansutera
5/9/2020 11:52:41
3,056
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

MENONGKAH ARUS KEBENARAN


Keinginan untuk memiliki kehebatan ada pada setiap insan.Baik insan yang kaya atau miskin, yang berkuasa atau lemah, mereka mempunyaicara tersendiri untuk memiliki sesuatu kehebatan.

     Kisah yang akubawakan ini berlaku di hadapan mataku sendiri. Malam Jumaat dalam bulan Mac2003, selepas solat isyak berjemaah di masjid, aku dan kawan-kawanku menuju kerumah Ustaz Mokhtar untuk menyambung pengajian kitab turath, iaitu kitabtasauf.

     Sebenarnya, disamping mengajar kitab, Ustaz Mokhtar juga merawat pesakit yang terkenapenyakit ain seperti sihir, saka dan gangguan makhluk halus atau jin.  Saban hari, sama ada siang atau malam, adasahaja pesakit yang datang meminta khidmat dan bantuan Ustaz Mokhtar.  Cuma pada malam Jumaat beliau mengkhususkanuntuk mengajar kitab tasauf.

     Ketika kami tibadi rumah Ustaz Mokhtar pada malam itu, ruang tamu rumah beliau sedang dipenuhidengan tetamu. Entah dari mana datangnya mereka ini, detak hatiku.

    “Assalaamu’alaikum, ustaz!” aku memberi salam, mewakili kawan-kawan yanglain sebaik menunjukkan muka di pintu.

    “Wa’alaikumussalam! Err...Di, mungkin kelas kita adakan lewat sikitmalam ni. Ada kes kecemasan sikit,” ujar Ustaz Mokhtar selepas menyambutsalamku.

     Seperti manabiasa, ustaz akan meminta kami berzikir ketika beliau menjalankan ritualperawatan pesakit. Beliau tidak mahu kami leka dan turut diganggu jin atausyaitan yang mengganggu pesakit yang dirawat. Selain itu, dengan zikir jugakami dapat membantu ustaz mengumpul kekuatan untuk berlawan dengan makhluk yangmerasuk penyakit.

     Di suatu sudutrumah ustaz, aku lihat seorang perempuan berbadan gempal dlam usia tiga puluhansedang nyenyak tidur. Di sisinya kulihat suami dan anak lelaki menemaninya.Sementara di sudut yang lain masih ada beberapa pesakit yang sedang menunggugiliran.

     “Siapa namanya?”Tanya ustaz kepada suami perempuan itu.

     “Zainab...,”jawab lelaki itu, ringkas.

     “Emaknya...?”ustaz bertanya lagi.

     “Asiah,” jawabsuami perempuan itu sambil tersengih ke arah ustaz. Selepas itu, ustaz berlaluke dalam biliknya.

     Seketikakemudian, Ustaz Mokhtar keluar dengan segelas air penawar. Perempuan tadidibangunkan lalu diberi minum air penawar itu. Seiring dengan itu, aku melihatmulut Ustaz Mokhtar terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al Quran dan doa-doa.

     “Arrrrgh! Aduhsakit....., aduh sakitnya!” tiba-tiba perempuan itu menjerit dan meronta-ronta.Suami dan anaknya cuba memegangnya tetapi rontaannya sungguh kuat. Kedua-duamereka terpelanting ke lantai.

     “Ha! Ha! Ha! Ha!....,” perempuan itu menghilai dan menyeringai pula. Ternyata perempuan itutelah kerasukan.

     Walaupun bulutengkukku mula meremang tetapi aku cuba kuatkan hati dan beranikan diri. Akubingkas dan sepantas kilat aku mengilas tangan perempuan itu. Dia terkunci disitu sambil merenung tajam ke arahku.

     Aku melepaskanperempuan itu kepada Ustaz Mokhtar. Dengan pantas dan berhati-hati beliaumenapakkan tapak tangannya ke atas belikat perempuan itu. Aku lihat perempuanitu menepis-nepis sambil menjerit nyaring.

     “Aku tak mahu...,aku tak mahu..., sakit..., sakit..., aduh sakit! Aku nak pulang. Aku nakpulanggggg!” jerit perempuan itu.

     Jelas padapandanganku bahawa raungan kesakitan yang sebenarnya bukan lagi datang daripadaperempuan itu tetapi makhluk yang merasuknya, sebab, tangan ustaz sekadardiletakkan di atas belakang perempuan itu.

     “Engkau tak bolehpulang selagi tak perkenalkan siapa engkau yang empunya diri,” ustaz menekansuranya seperti membengis.

     “Aku..., aku...,aku anak kerak!” jawab makhluk di dalam tubuh perempuan itu dengan kepenatanseperti baru lepas berlari.

     “Siapa tuanengkau?” desak ustaz pula.

     “Tak boleh! Akutak boleh beritahu. Tuan aku dah pesan tak boleh beritahu sesiapa,” anak kerakyang merasuk perempuan itu mula berdolak-dalik.

     “Engkau kenaberitahu kami, jika tidak engkau akan sakittt!” jerkah ustaz sambil menghelanafas tajam.

     Anak kerak yangmerasuk perempuan itu meraung-raung kesakitan. Dia cuba melepaskan diridaripada ustaz tetapi tidak berjaya. Dia sudah terkekang dengan ayat-ayatruqyyah pendinding dan doa-doa yang dibacakan ustaz.

     “Baiklah...,baiklah..., aku beritahu. Tuan aku ialah Hasmah. Dia duduk sebelah rumahZainab,” jawabnya.

     “Mengapa diasuruh engkau ganggu Zainab?” soal ustaz lagi.

     “Dia cuma nakcuba kuasa aku aje, menjadi ke tidak..., he, he, he!” anak kerak itu ketawakecil seperti menyindir.

     “Mengapa dia nakcuba kuasa engkau?” suara ustaz sedikit lembut.

     “Dia nak jadibomoh. Dia nak jadi orang hebat dalam kampung dia. Kalau dia jadi bomoh, orangkampung tentu akan minta tolong dengan dia.....,” penjelasan anak kerak itumulai panjang melebar.

     “Hasmah ambilengkau kat mana?” ustaz terus mengorek rahsia.

     “Kat KualaLumpur, dengan bomoh dari Jowo,” anak kerak itu terus menjawab.

     “Berapa dia bayarkat bomoh Jowo tu?”

     “Dua ribu aje!”

     “Dua ribu?Astaghfirullahal azhiiim,” ustaz terkejut sambil beristighfar panjang.

     Aku juga turutberistighfar. Betapa manusia sanggup menghabiskan wang beribu-ribu ringgitsemata-mata mahu mengejar kehebatan dunia. Apatah lagi jalan yang dirintisnyaadalah jalan salah dan menyesatkan.

     Akhirnya UstazMokhtar mengarahkan anak kerak berkenaan meninggalkan Hasmah dan kembali ketempat asalnya. Anak kerak itu juga diminta berikrar suapaya tidak kembalikepada Hasmah dan tidak mengganggu Zainab lagi.

     Zainab dapatdipulihkan dan keadaan emosinya kembali seperti biasa. Sebagai penutup kamimengaminkan doa selamat yang dibacakan oleh Ustaz Mokhtar.

SEKIAN

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.