Home Puisi Kisah Hidup Depresi
Depresi
Shiropena
2/11/2018 23:45:42
3,437
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup

Hari-hari hati disakiti,

Oleh alam yang fana ini,

Merobek sendi menyentap diri,

Menyesat akal tersendu sendiri.

 

Minda menyimpan seribu kata,

Ingin diluahkan tiada kuasa,

Mulut dikunci beribu rahsia,

Simpan sesalan menggumam rasa.

 

Mengharap bantuan insan disisi,

Mohon ditanyakan khabar diri,

Usah diguraukan masalah ini,

Kelak dikubur menyesal nanti.

 

Jalan diisi senyum di pipi,

Bertegur sapa walau bertapi,

Hancur hati tiada yang pasti,

Simpanlah nanti baru ditangisi

 

Mentaliti orang sukar diubah,

Sudah sakit semuanya salah,

Dianggap diri perlu diubah,

Sabarlah diri janganlah pasrah.

 

Kelam malam hilangkan resahku,

Fenomena sayu mendayu-dayu,

Harapan esok membuka waktu,

Jadi insan gembira selalu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.