JAMAAH
Berteras kukuh kitab yang agung
Beralas pesanan kekasih ulung
Bersulam ijma’ para pendukung
Berkias pelengkap jadi penyambung
Iktikad insan yang dijunjung
Usah berhujah
Walau sebaris kalimah
Andai jiwa masih mentah
Andai akal masih dangkal
Andai tinta belum sejengkal
Kerana khuatir
Umpama arus sungai bertemu laut
Mana mungkin akan bertaut
Tawassul istighasah tabarruk
Menjadi debat seteru pentaksub
Maka;
Tinggallah jiwa-jiwa yang baru mengenal
Saling memandang kekok dan janggal
“Apa ini? Jangan bicara terlalu tinggi
Nanti semakin sukar untuk kami mengerti”
Jaga jamaah kita
Ini amanah untuk selama-lamanya
Jangan kucarkan yang sedia ada
Kuatkan iman di dalam dada
Semoga dilindungi Yang Maha Kuasa.