Home Puisi Cinta Sajak Buat Bakal Suamiku
Sajak Buat Bakal Suamiku
Princess Mirrah
24/1/2017 13:23:31
2,909
Kategori: Puisi
Genre: Cinta

Temuilah aku dampingi aku,

Mungkin aku teman sejati,

Jangan cuba nafikan aku,

Kerana aku mungkin dihati.


Isi dihati hanya Tuhan tahu,

Banyakkan istikharah sebagai solusi,

Moga jawapan datang bertamu,

Mungkin akulah insan dicari.


Hadirnya diriku mungkin sekali,

Jangan sekali jauhi aku,

Terimalah aku seikhlas hati,

Mungkin diriku tercipta untukmu.


Andai hatimu terasa sepi,

Dari jauh aku menemani,

Jangan pernah merasa sendiri,

Kerana aku sentiasa disini.


Setia aku pada dirimu,

Bila engkau yang ditakdirkan untukku,

Sambutlah aku sayangi diriku,

Cintailah aku sepenuh jiwamu.


Love,

Bakal isterimu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.