Home Puisi Cinta Separuh Jiwaku Pergi
Separuh Jiwaku Pergi
Princess Mirrah
17/2/2017 14:28:03
2,975
Kategori: Puisi
Genre: Cinta

Betapa ku sayang,

Betapa ku setia,

Betapa ku kasihi,

Betapa ku hargai,


Dirimu umpama bayangan diriku,

Sentiasa bersama untuk selama,

Mengharungi segala rintangan yang ada.


Namun kau calari setangkai hatiku,

Kau hancurkan segala cintaku yang tulus,

Ke manakah perginya kasihmu yang dulu,

Adakah hanya kepuraan semata?


Betapa terhirisnya betapa terlukanya,

Tidak kau endahkan sakit ku rasa,

Pasrah diriku menerima segala,

Separuh jiwaku kau bawa pergi..


Akan ku cari kasih sejati,

Akan ku gapai sedaya upayaku,

Akan ku jaga sebaik-baiknya,

Akan ku sulami dengan keikhlasan,

Akan ku sirami dengan ketaqwaan.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.