Home Puisi Cinta Sukar Melupakanmu
Sukar Melupakanmu
JejakaTerpujiSyurga
11/7/2019 08:11:15
2,724
Kategori: Puisi
Genre: Cinta

Saat cinta

Mula hadir

Hatiku

Mula berbunga

Melihat wajahmu

yang Ayu


Namun bila

Engkau pergi

Bayangmu

Ku termimpi

Merasuk diriku

Yang sepi


Apakah salahku kepada dirimu

Kau pergi jauh dari hidupku ini


Kau 

wanita

Yang bekerjaya

Aku cuma sederhana


Kau

Ada semua

Tak mampu

Aku berikannya


Kau lebih rela

Jatuh hati

Pada seorang lelaki

Punya mahligai hati


Remuk sudah hati

Menjadi cebisan

Sukar dicantum

Sukar pulih ke asal


Setahun sudah,

Kau tinggalkan diriku

Masih sukar

Melupakanmu


Walaupun kau

Bukan lagi kekasihku

Aku sentiasa berdoa

Agar kau bahagia

Sentiasa

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.