Home Puisi Alternatif SELEPAS HUJAN
SELEPAS HUJAN
Diansutera
3/9/2020 13:00:20
4,080
Kategori: Puisi
Genre: Alternatif

SELEPAS HUJAN

(senario politik masakini)


Hujan tidak turun lagi

Meski setitis pun

Namun bumi masih basah

Dedaunan berdada kembang

Bunga-bunga mekar indah

Katak-katak berlompatan riang

Air dari pergunungan

Menuruni jurang

Air dari perbukitan

Melompati lereng

Air dari dataran

Menyusur lorong

Mengalir

Sepanjang alur dan lurah

Lesu

Tapi terus mengalir

Perlahan-lahan

Berjalan di lembah

Dan terus ke sungai

Terus terusan mengalir

Dan mengalir

Tebing-tebing terhakis

Sedikit demi sedikit berubah

Air jadi keruh

Kemudian jernih

Batu-batu berlompatan

Pasir-pasir berpindah

Air terus mengalir

Dan mengalir

Tanah dan pasir

Berhimpun bersama

Membina suatu kehidupan

Kemudian berubah lagi

Tanah pasir batu

Pindah bersama air

Tanah pasir batu

Berpisah satu satu

Kemudian ketemu lagi

Air masih mengalir

Mengalir dan mengalir dan.....


Nukilan:

Diansutera,

Jenerih Tujuh, To Uban, Pasir Mas.

1987

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.