Home Novelet Thriller/Aksi HADAD
HADAD
Zakuan Faizz
19/3/2016 21:53:32
7,280
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
BAB 9

RISYA duduk sambil memeluk tubuh di suatu sudut hujung bilik yang ditempatkan oleh Dato’ Lai Teng Mun. Dia menangis tersedu-sedu. Mungkin tidak selesa dengan situasi kejam yang sedang bermain di kepalanya ketika itu.

“Ibu, Risya nak balik. Risya nak jumpa ibu.”

Halus sahaja suara anak kecil itu berkata-kata. Halus lagi jiwanya untuk meninggalkan orang tua kesayangannya. Walaupun mereka berdua telah bertindak kejam ke atas budak kecil yang tidak punya dosa, Risya tetap tidak mengambil hati dan terus mengingati mereka berdua. Memang padanlah anak-anak kecil yang masih tidak boleh berfikir matang sematang orang dewasa.

“Puteri…” Dato’ Lai Teng Mun menerjah masuk bilik itu. Pintu dihentak kuat. Wajah tersenyum manis.

Risya terkejut. Badannya bergerak sedikit bagai terkena renjatan elektrik. Kepalanya di gelengkan. Tidak laju malah perlahan.

“Puteri menangis?” perlahan sahaja nada suara Dato’ Lai Teng Mun bertanya. Namun, Risya tetap berdiam tanpa sebarang respon.

“Tak mahu menangis maa. Puteri sudah besar, ada uncle. Uncle boleh bagi semua puteri mahu.”

Dato’ Lai Teng Mun sudah mula menghampiri Risya. Risya terus tertunduk tanpa melihat wajah Dato’ seperti memakai topeng dengan bermacam-macam riak wajah.

“Puteri…” sekali lagi Dato’ memanggil. Kemudian, memegang muka Risya. Lalu, menyentuh dagunya.

“Tak usah menangis. Jangan takut. Wa ada sama puteri. Mahu minum? Air sedap…”

Risya menggeleng. Hanya perbuatan itu sahaja yang dia mampu lakukan. Kemudian, dia terus bangun dan berlari ke birai katil. Perbuatannya seakan mahu melepaskan diri dari Dato’ Lai Teng Mun itu.

“Mahu main kejar-kejar dengan wa?” Dato’ tersenyum sinis. Lalu, mengejar Risya hingga ke birai katil tersebut.

“Wa dapat lu…” Dato’ Lai Teng Mun ketawa besar.

“Argh!” Risya menjerit dengan kuat. Dato’ tersentak. Wajahnya bertukar garang. Tangan Risya digenggam erat.

“Lu apa pasal? Lu nak lawan wa?” dengusan nafas Dato’ Lai Teng Mun kuat kedengaran seperti singa tua yang sedang kelaparan.

Risya merintih sakit. Wajahnya merah padam seperti disimbah air panas. Dia cuba menarik-narik tangannya daripada genggaman besi yang terikat utuh.

“Sayang mahu air?”

Risya tetap berdiam diri. Dato’ memandang terus wajah Risya. “Mahu air?” kini soalan itu disertakan dengan wajah yang amat garang.

Risya mengangguk. Terpaksa dia menipu walaupun dia tidak mahu.

“Bagus, nanti wa kasi lu air sedap. Lu minum puas-puas, wa ada banyak…”

Dato’ Lai Teng Mun tersenyum. Hatinya dijentik rasa suka. Mungkin juga dia bahagia kerana anak kecil itu seakan anaknya yang menjawab sahaja pertanyaannya.

“Puteri Jun! bawa air ke mari!” lantang suara Dato’ memanggil.

“Baik boss!” laju sahaja Puteri Jun membalas. Bunyi tapak kasut tumit tinggi kedengaran bergerak laju. Mungkin dia sudah berjalan menghampiri dapur untuk mengambil minuman yang diminta oleh bossnya itu.

“Dato’ ini airnya…” Puteri Jun memberi sebotol Wine dan segelas kosong kepada Dato’ Lai Teng Mun. Laju sahaja dia menghantar minuman itu kepada Dato’. Mungkin dia takut kalau terlambat pasti tubuhnya rakus terbenam dengan sebutir peluru kepunyaan Dato’ Lai Teng Mun.

Kemudian, Dato’ Lai Teng Mun menuang air tersebut ke dalam gelas itu. Perlahan sahaja perbuatannya agar tidak tertumpah mengena lantai bilik tersebut. Kalau nak dikatakan pembersih tetapi tidak juga. Premis yang dihuni olehnya setiap hari bukan dia yang membersihkannya. Semua kerja pembersihan dilakukan oleh puteri-puteri yang bekerja di situ.

“Minum…” Dato’ Lai Teng Mun memberi segelas Wine kepada Risya.

Risya menggeleng. Dia tidak mahu minum ketika itu. Mungkin juga tidak berasa dahaga walaupun sudah banyak mengeluarkan air mata dari tadi. Kalau tidak hadirnya Dato’ ke dalam bilik itu, pasti Risya membenamkan diri dengan lautan air matanya.

“Minum!” dato’ cuba berkeras.

Risya tersedu-sedu. Dia sudah mula takut. Matanya terus dialihkan ke wajah Dato’ Lai Teng Mun. Mukanya sedikit garang. Puteri Jun yang sedang berdiri tegak melihat mereka dengan perasaan yang sungguh sayu. Ingin sahaja dia membelai wajah anak kecil itu. Tetapi, tidak tercapai baginya untuk melakukan perkara seperti itu. Kalau dia cuba menghampiri pasti Dato’ Lai Teng Mun menengking nya tanpa ada sebarang sebab musabab yang kukuh.

Risya mengambil segelas air tersebut pada tangan Dato’ Lai Teng Mun. Perlahan sahaja pergerakan yang diutarakan oleh Risya. Sedikit getaran kelihatan di tangannya.

“Minum ya sayang,” manis sungguh senyuman yang dilemparkan oleh Dato’ Lai Teng Mun. Tangan kanannya yang bebas daripada sebarang alatan mengusap lembut rambut Risya. Membelai perlahan seperti membelai tubuh kucing.

Sedikit perasaan sayang mula terbit di hatinya. Sekali sekala dia mengucup dahi Risya yang sedang enak menelan molekul-molekul air setan tersebut. Kemudian, Risya menghulurkan gelas tersebut kepada Dato’ Lai Teng Mun. Habis juga air itu tanpa tinggal setitik pun.

“Bagus. Manyak Bangus. Lu tengok Puteri Jun, budak ini bagus…” Dato’ Lai Teng Mun ketawa besar. Kini, segelas cawan kaca itu dipenuhi dengan air setan itu lagi. Lalu, diberi kepada Risya yang sedang menjilat bibirnya dengan lidah merahnya itu.

Puteri Jun hanya tersenyum. Tetapi, sebalik senyumannya itu pasti terbit rasa kasihan kepada anak kecil yang dididik dengan air setan ketika kecil. Ingin menitik juga air matanya melihat kejadian itu berlaku.

Kini, Risya mengambil juga air itu buat isi perutnya. Mungkin dahaga disebabkan menangis terlalu lama di sudut hujung bilik itu. Di teguk beberapa kali sehingga habis. Tak lama selepas itu, Risya terhenti daripada menelan sisa-sisa air itu.

Gelas di tangannya terlepas mengena lantai bilik. Lalu, pecah dan berderai. Kaki Dato’ Lai Teng Mun dialihkan agar tidak mengena serpihan kaca tersebut. Puteri Jun yang berdiri seperti batang kayu juga terkejut dengan situasi tersebut. Mukanya merah padam. Seakan terkejut melihat Risya yang seperti ingin termuntah. Perut Risya juga sudah kelihatan membulat. Mungkin juga kesan daripada minum air setan itu dalam kuantiti yang banyak.

Kini, tak henti Risya memuntahkan air itu. Wajahnya kelihatan sungguh pucat diselang-selikan dengan tangisan. Mungkin sakit mengeluarkan muntah makanan atau minum dari dalam perutnya itu. Merah padam wajah anak kecil itu. Semerah buah rambutan yang masak ranum. Agak kasihan tetapi nasi sudah pun menjadi bubur. Masa juga tidak boleh diputarkan lagi.

Puteri Jun yang tidak tahan menanti terus mendapatkan Risya. Dato’ Lai Teng Mun hanya memerhati sahaja seperti tunggul kayu besar di birai katil itu. Wajahnya seperti tidak bersalah membuatkan anak itu sakit. Tetapi, penuh kerutan di dahinya. Mungkin juga penat berfikir akan perkara itu.

“Dato’ kita hantar Puteri Risya ke klinik?” Puteri Jun memberi cadangan. Namun, tiada sebarang respon diutarakan oleh Dato’ Lai Teng Mun.

Cadangan itu baginya seperti suatu yang tidak berguna. Dia melepaskan keluhan bertubi-tubi. Lalu, membaling sebotol air setan yang tidak bertutup itu di dinding biliknya. Seakan-akan wajahnya terlalu tertekan dengan keadaan Risya yang tidak ubah seperti seorang budak yang sedang nazak.

“Dato’?” tanya Puteri Jun sekali lagi.

“Lu diam. Jangan manyak soal. Letak budak itu sana. Jangan masuk campur hal wa… Wa tau mahu buat apa maa…” kata Dato’ Lai Teng Mun perlahan.

“Tapi Dato’, Puteri Risya sakit. Kita kena bawak dia ke klinik.”

Puteri Jun seakan mendesak. Desakannya itu membawa kepada suatu kebaikan. Cuma Dato’ Lai Teng Mun itu sahaja yang tidak menyedari akan desakan yang dibuat oleh Puteri Jun itu. Hati lelaki ini keras untuk mendapatkan nasihat. Mungkin juga menunggu saat kematian Risya barulah Dato’ Lai teng Mun itu sedar akan kesilapannya terhadap pemberian air setan secara berlebihan kepada Risya.

“Lu dengar tak?” Dato’ Lai Teng Mun menjerit.

Puteri Jun terkejut dan mengangguk. Dia tertunduk sedikit sambil menggigil. Mungkin takut kalau dipukul oleh Dato’ Ataupun lebih teruk lagi dibunuh oleh Dato’ Lai Teng Mun dengan sepucuk pistol dan juga sebutir peluru.

“Tapi Dato’ kalau kita tak bawa dia ke klinik, Puteri Risya akan sakit. Dan Dato’ pasti kehilangan dia.”

Pandai sahaja Puteri Jun memujuk. Ada benar juga apa yang diperkatakan oleh Puteri Jun itu. Kalau bukan disebabkan Dato’ Lai Teng Mun sendiri pasti semua perkara remeh ini tidak akan pernah berlaku.

Kini, Dato’ Lai Teng Mun bangun dari tempat duduknya. Kakinya pula digerakkan menghampiri almari. Dompet yang diletakkan kemas di atas almari tersebut diambil dengan laju. Lalu, menghampiri Risya. Kemudiannya terus mendakap Risya dengan rakus. Barulah Dato’ Lai Teng Mun sedar kesihatan Risya. Untung sahaja Puteri Jun itu meluahkan sesuatu kepada Dato’ Lai Teng Mun. Kalau tidak pasti Risya terpaksa menanggung sakit itu sendirian.

Kini, Risya menangis tidak henti-henti malah lebih lama dan sedikit kuat sehingga suaranya menujah kawasan hadapan premis hitam itu. Mungkin perutnya rasa terlampau sakit dek air yang ditelan beberapa teguk sebentar tadi.

“Lai lai!” Dato mengarahkan Amir dan Khai keluar dari premis itu.

“Woi apahal tu?” kedengaran suara Sabrina dari dalam sebuah bilik. Mungkin juga dia terdengar suara Risya menangis dan dapat merasakan keadaan terburu-buru di luar biliknya.

“Lu orang diam!” Dato’ Lai Teng Mun menengking.

“Kenapa dengan budak tu? Aku nak tahu kenapa dengan budak tu, budak tu aku yang punya, biarlah aku nak ambik tahu!” Sabrina tidak henti menanyakan soalan.

Pang!

Suatu tembakan mengena pintu bilik yang didiami oleh Calisha dan Sabrina. Mereka berdua terkejut.

“Dah lah Sab! Kang tak pasal-pasal kita yang kena tembak lagi. Kau nak kene tembak lagi belah paha kiri?” soal Calisha yang cuba menenangkan Sabrina ketika itu.

Kemudian, mereka berdua terus berdiam diri. Cuma kedengaran suara orang yang sedang sibuk di luar bilik itu.

“Dato’ tayar sudah pancit maaa… .” kata Khai dengan kepala yang serabut.

“Lu orang angkat kereta wa. Cepat! Ini budak mahu mati!”

Tangkas Amir bergerak dari situ. Kemudian, memandu kereta tersebut betul-betul di hadapan premis itu. Kemudian, Mereka semua terus membenamkan diri dan bergerak pergi dari situ. Laju sahaja kereta itu pergi. Seperti seekor cheetah yang sedang mengejar makanan di hadapan matanya.

Selepas semuanya meninggalkan tempat hitam itu. Sabrina cuba bersuara lagi.

“Budak tu kenapa? Woi jawablah, jangan bisu, aku tanya ni!”

Pang!

Soal Sabrina sambil membaling besi yang terdapat di dalam bilik itu bersamanya.

Tak lama kemudian, Puteri Jun mula menghampiri tingkap bilik itu.

“Puteri Risya muntah-muntah…”

Puteri Jun terpaksa berlaku jujur.

“Bodoh! Air setan punya pasal?” Sabrina mentertawakan kata-katanya sendiri.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.