Lisha
berjalan dengan pantas sekali munuju ke tandas. Matanya sudah berair. Lisha
tidak dapat menahan kesedihan itu. Dia terasa seperti dihina, dibenci dan
dicaci.
“Apa
salah aku? Salahkah aku meminati seseorang di sekolah ini?” kata Alisha sambil
menahan sebak.
Dia
mengingat kembali peristiwa 5 minit yang lalu. Lisha masuk ke dalam kelas
sambil menjinjing beg. Belum sempat dia duduk, Julia dan Aryana menghampirinya
dan menyoal.
“
Kau minat Azri eh? Kau tahu kan, Azri tu bukan untuk kau,” cebik Aryana sambil
menolak kepala Lisha.
“
Kau tak sesuai lansungdengan Azri. Muka kau penuh jerawat! Hitam! Hodoh!!”
tambah Julia.
Lisha
berhenti mengingati perkara yang menyakitkan hatinya. Dia melihat dirinya di
cermin. Sehelai sapu tangan di ambil dari poket untuk mengelap mukanya. Lisha
sedih.
Dia
melihat jam yang terdapat di pergelangan tangannya. Jam menunjukkan 2:50
petang. Lagi 10 minit pelajar tingkatan 2 dibenarkan untuk pulang. Lisha
berjalan menuju ke kelas lalu mengambil begnya dan terus beredar.
“Oi
perempuan. Kau tak reti tengok jam ke hah? 10 minit baru boleh balik,” kata
Aryana sedikit marah.
Lisha
mengerling ke arah Aryana. Lisha menjeling panjang. Sambil berjalan menuju ke
arah pintu pagar utama, dia berbisik kecil.
“Aryana,Julia.
Selama ni kau orang kenal aku sebagai Lisha seorang yang lemah, pendiam dan
baik. Kau belum tahu siapa aku sebenarnya. Hehehehe,” bisik Lisha perlahan.
Lisha
seorang anak yatim piatu, disebabkan itu dia tinggal bersama pak ciknya. Hari ini dia
memilih untuk tenangkan fikiran di bawah sepokok asam yang terletak di belakang
sekolahnya.
Ketika
dia berjalan, dia berasa seperti diekori. Lisha melihat bayang-bayang yang
semakin lama semakin hampir dengannya. Lisha mengeluarkan jarum peniti yang
tersemat di atas kepalanya. Dia berjalan dengan penuh hati-hati.
Lisha
menoleh kebelakang. Dia melihat kawasan sekeliling. Lisha mencari bayang-bayang
yang mengekorinya sebentar tadi.
“Aku
tahu kau ada dekat sini. Keluar jelah,”
kata Lisha sambil melihat sekeliling.
Lisha
tahu itu pasti saka ibu saudaranya, Cik Som. Meskipun mereka tinggal bersama
namun Cik Som tidak suka akan Lisha di atas sebab-sebab tertentu. Lisha tahu
Cik Som tidak suka dirinya kerana dia seorang budak yang baik.
“Aduh,
aku nak kena balik dah ni. Lapar,” rengek Lisha sendirian.
Dari
jauh, kelibat seorang lelaki sedang memerhatinya.